Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pro Honda Taja LCR Honda, Moreira Debut MotoGP 2026
Auto Terkini

Pro Honda Taja LCR Honda, Moreira Debut MotoGP 2026

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam11/01/2026
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

HONDA Motor Co Ltd rasmi mencapai perjanjian penajaan dengan pasukan LCR Honda bagi MotoGP 2026, sekali gus menyaksikan jenama pelincir dan bahan kimia tulen Honda, Pro Honda, dinamakan sebagai penaja utama kepada satu jentera pasukan berkenaan.

Dalam perjanjian itu, LCR Honda akan menanpilkan dua jentera penuh musim, terdiri daripada Castrol Honda LCR yang dikekalkan bersama Johann Zarco, dan jentera baharu, Pro Honda LCR.

Dua Jentera LCR Honda Musim 2026

Zarco, 35, iaitu pelumba berpengalaman dari Perancis akan terus mengemudi jentera Castrol Honda LCR, selepas menamatkan saingan MotoGP 2025 di kedudukan ke-12 keseluruhan.

Sementara itu, jentera Pro Honda LCR akan dikendali juara Moto2 2025, Diogo Moreira dari Brazil, yang bakal membuat debut dalam kelas premier MotoGP.

Moreira Naik Kelas Sebagai Juara Moto2

Moreira, 21, dilihat sebagai antara prospek Honda paling cerah untuk masa depan selepas kejayaan merangkul kejuaraan Moto2.

Kemasukan ke MotoGP bersama LCR Honda bukan saja memperkukuh barisan pelumba muda Honda, terapi menandakan komitmen jangka panjang pengeluar Jepun itu dalam pembangunan bakat baharu.

Sejarah Awal Pro Honda dalam MotoGP

Jenama Pro Honda sebenarnya sudah mula diperkenalkan di pentas MotoGP sejak penampilan sulung pada perlumbaan penutup musim 2024, Solidarity Grand Prix.

Ketika itu, pelumba uji Honda HRC, Stefan Bradl beraksi sebagai pelumba wildcard dengan jentera RC213V yang dihiasi liveri Pro Honda.

Enam Penampilan Wildcard Musim 2025

Pada musim 2025, liveri Pro Honda terus digunakan menerusi penyertaan wildcard Aleix Espargaro dan Takaaki Nakagami bersama Honda HRC Test Team.

Secara keseluruhan, enam perlumbaan disertai dua pelumba itu, memberikan pendedahan berterusan kepada jenama Pro Honda di peringkat tertinggi perlumbaan motosikal dunia.

Pro Honda sebagai Jenama Global Honda

Pro Honda ialah jenama global bersatu bagi pelincir dan produk kimia tulen Honda, yang dibangunkan untuk memaksimum prestasi dan ketahanan kenderaan Honda.

Teknologi yang diuji dalam persekitaran ekstrem sukan permotoran digunakan semula dalam produk komersial, dengan menawarkan tahap kebolehpercayaan tinggi kepada pengguna.

Kenyataan Honda, LCR

Kerua Pegawai Eksekutif Honda Motor Co Ltd, Kotaro Shimizu beekata, kerjasama dengan LCR Honda di bawah jenama Pro Honda dibina atas hubungan kepercayaan kukuh antara Honda Racing Corporation (HRC) dan pasukan itu.

Ketua Pasukan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LCR Honda, Lucio Cecchinello menyifatkan kerjasama berkenaan sebagai pencapaian penting yang menekankan keseimbangan antara prestasi kompetitif dan kebolehpercayaan jentera.

LCR Honda Terus Perkuat Kehadiran MotoGP

Ditubuhkan pada 1996 dan berpangkalan di Monaco, LCR Honda sudah meraih lima kemenangan dalam kelas MotoGP.

Dengan sokongan Pro Honda dan kemasukan juara Moto2, musim 2026 dijangka menjadi fasa penting kepada pasukan itu dalam usaha memperkukuh semula daya saing Honda di pentas MotoGP.

2025 Moto2 2026 MotoGP Al-Haj Automotive Pvt. Ltd. (Al-Haj Automotive) Aleix Espargaro Auto Terkini CASTROL Honda LCR Diogo Moreira Honda Motor Co Honda Racing Corporation (HRC) Johann Zarco Moto2 MotoGP Pro Honda Pro Honda LCR Takaaki Nakagami
Shazwan Hisam

Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Honda CR-V Generasi Ke-6 Kini di Jepun, Lambat Tetapi Lebih Canggih

27/02/2026
Chery taja kejuaraan Piala Lee Chong Wei (LCWC) 2026
Auto Terkini

Chery Taja Kejuaraan Piala Lee Chong Wei 2026, Pentas Cungkil Bakat Muda Badminton

26/02/2026
Auto Terkini

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Petros, Tuntutan RM7.95 Juta Petronas Sah

26/02/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Volvo EX30 Dapat Nafas Baharu, Enjin Elektrik 150 PS, Jarak Maksimum 476 km

26/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
PLUS mula projek rintis ANPR
Auto Terkini

200,000 Pengguna Muat Turun Aplikasi JustGO Malaysia untuk Sistem ANPR

By Syafie20/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.