Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»PREVIU: Volkswagen Beetle 1.2L (2014)
Roda4

PREVIU: Volkswagen Beetle 1.2L (2014)

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju18/04/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

IMG_8840SEBUT saja Volkswagen (VW) Beetle. pasti ramai mengenalinya berdasarkan rekabentuk begitu ikonik dengan mempunyai pengaruh yang tiada penghujung dan seluas lautan tujuh.

Sekali pandang, ia mudah dikenali sebagai Beetle. Sewajarnya pujian  patut diberikan kepada pereka VW atas kebijaksaan memaparkan imej dinamik, sporty dan maskulin pada model baru itu.

Beetle atau lebih dikenali ‘kereta katak atau kodok’ di kalangan peminat tempatan kini memasuki satu lagi fasa baru dengan masih mengekalkan nilai falsafah dan interpretasi asli pengasasnya.

Lihat saja model sedia ada seperti Beetle 1.2L, 1.4L dan 2.0L, kesemuanya masih memeliharakan profil asal Beetle yang comel selain menambah sentuhan sporty dalam DNA kereta ini. Tidak berhenti setakat itu, VW kini kembali memperkenalkan Beetle 1.2L versi dipertingkatkan (facelift) dengan pelbagai spesifikasi terbaharu.

Antara peningkatan yang disematkan adalah penggunaan radio baharu dan sistem penggera anti-kecurian. Biarpun tidak mengalami perubahan yang ketara, penambahan ini pasti membawa 1001 kegembiraan dan keterujaan buat peminat si kumbang ini.

IMG_8854LUARAN-  MASKULIN

Di peringkat global, Beetle mula diperkenalkan kepada dunia pada tahun 1938. Sejak itu, lebih 22 juta unit Beetle sudah terjual. Manakala bagin pasaran tempatan, Beetle diperkenalkan pada sekitar 1950. Tanpa mengambil masa lama, ia kini menjadi ikon unik buat peminatnya.

Melihat keseluruhan si kumbang ini, ia tampil lebih lebar, panjang dan berdimensi rendah, hud lebih panjang serta bonet lebih tirus. Lampu belakang Beetle menyerlahkan rupa segar dengan menggantikan bentuk bulat kepada semi bujur dan paten nyalaan lampu berbentuk C.

Lebih penting, Beetle masih mengekalkan rekaan lampu depan bulat yang menjadi ‘trademark’ kereta ini zaman berzaman. Naluri ‘funky’ berterusan terpancar di segenap ruang dalaman. Panel papan pemuka yang diwarnakan mengikut warna badan kereta bukan saja mengembalikan nostalgia lama model awal dulu, tetapi tampak menawan juga.

Tambahan warna turut diberikan pada roda stereng dan panel pintu. Namun, sentuhan rekabentuk klasik terbaik adalah tambahan ‘kotak Beetle’ atas papan pemuka yang pintunya dibuka ke atas. Ini baru retro!

IMG_8901DALAMAN – KLASIK

Beetle mudah membawa dua dewasa berbadan sasa dengan memberikan ruang kelegaan kaki dan kepala mencukupi walaupun kubah bumbung ditiruskan. Ruang bagasi menawarkan kapasiti 310L, penambaikan daripada 209L berbanding model sebelum ini. Jika dilipat kerusi belakang, ruang but dapat ditingkatkan kepada 905L.

Ciri tambahan lain adalah sistem bunyi yang menggunakan pemain audio LCD skrin sentuh RCD 310 bersama lapan pembesar suara, mampu memberikan anda kesan bunyi hi-fi yang muncul dari segenap penjuru.

Bukan itu sahaja, Beetle juga dilengkapi sistem pendingin hawa  ‘Climatronic’ dengan kawalan  suhu dua zon, pedal anjakan dan kawalan jelajah (cruise control).

The Beetle_Front viewPRESTASI  – KECIL CILI PADI

Beetle dikuasakan unit enjin pancitan terus bahan api dengan sistem pengecas turbo bersesaran 1.2L TSI. Hasil padanan kotak gear Direct Shift Gearbox (DSG) 7-kelajuan, ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 103hp dan tork 175Nm@1,550 hingga 4,100rpm.

Pecutan dari statik ke 100kmj mampu dicapaiu dalam masa 10.9 saat dengan kelajuan maksimum mencecah 180kmj. Sebalik prestasi pecutan yang mengagumkan itu, kumbang klasik ini masih mampu menawarkan penggunaan bahan api yang menjimatkan iaitu  5.9 liter per 100km (atau 16.9km perliter).

Sedia maklum, VW sentiasan mengutamakan aspek keselamatan pemandu dan penumpang. Untuk itu, Beetle sudah mendapat pengiktirafan 5-bintang dalam ujian Euro NCAP.

Combined side and thorax airbags for front passengersSebagai tambahan kepada sistem penggera anti-kecurian, ia turut dipasang dengan tali pinggang keledar tiga poin, perehat kepala pada tempat duduk hadapan yang telah dioptimumkan tahap keselamatannya, beg udara sisi dan bahagian dada untuk penumpang hadapan dan pemandu. Beg udara untuk penumpang hadapan juga boleh dinyahaktifkan. Antara ciri keselamatan lain adalah Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Bantuan Brek (BA), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC) dan ISOFIX

Beetle 1.2l TSI Design ditawarkan pada harga RM131,888 seunit, manakala 1.2l TSI Sport pula berharga RM142,888. Pelanggan ditawarkan dengan lima pilihan warna menarik iaitu putih (Candy White), merah (Tornado Red), kuning (Saturn Yellow), coklat (Toffee Brown) dan hitam (Deep Black).

SPESIFIKASI

ENJIN: 1.2L TSI dengan bantuan kotak gear 7-kelajuan DSG
KUASA MAKSIMUM: 103hp @ 5,000rpm
TORK MAKSIMUM: 175Nm @ 1,550rpm hingga 4,100rpm
0-100KMJ: 10.9 saat
KELAJUAN MAKSIMUM: 180kmj
KAPASITI TANGKI: 55L
TAYAR: 215/60 R16

Kereta katak kodok Si Kumbang Volkswagen Beetle 1.2L Volkswagen Beetle 1.2L facelift Volkswagen Beetle 1.4L Volkswagen Beetle 2.0L
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Caterpillar Perkenal Konsep Trak Heavy-Duty Berasaskan AI

    24/03/2026
    Auto Terkini

    Geely Zhanjian 700, SUV Mewah dan Lasak, Fungsi Crab-Walk dan Redah Air 800 mm!

    24/03/2026
    Auto Terkini

    Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

    19/03/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 Tampil Rekabentuk Ringkas, Harga Marhaen

    19/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    By Abang Hirata20/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?

    By Han Othman06/02/20192
    Auto Terkini

    KTM 990 RC R 2026 Rasmi di Pasaran Global, Dari RM66,000

    By Shazwan Hisam15/10/2025
    Veteran ATM bakal dapat lesen bawa kenderaan berat.
    Trak dan Lori

    Kerajaan Bakal Perkenal Program Lesen Kenderaan Berat untuk Veteran ATM

    By Shazwan Hisam18/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.