• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / PREVIU: Suzuki S-Cross (2014) – Harga Serendah RM129,888

PREVIU: Suzuki S-Cross (2014) - Harga Serendah RM129,888

November 22, 2014 By Admin Leave a Comment

FacebookTwitter

01 Suzuki S-CROSS LaunchSUZUKI Malaysia Automobile Sdn Bhd (SMA) secara rasminya memperkenalkan model baharunya, Suzuki S-CROSS yang penuh dengan praktikaliti dan versatil.

Pengarah Urusan SMA, Keiichi Suzuki berkata, pihaknya menyasarkan penjualan 400 unit pada 2015 bagi kenderaan segmen crossover ini. Penjualan ini bakal menyumbang antara lima sehingga 10 peratus jumlah jualan kereta jenama Suzuki di Malaysia.

“ Kami yakin S-CROSS akan menjadi model crossover pilihan ramai yang hadir dengan kepelbagaian ciri dan teknologi,” katanya.

CBU HUNGARY

Diimport sepenuhnya (CBU) dari Hungary, Suzuki S-CROSS dijana unit enjin petrol bersesaran 1.6L. Hasil bantuan transmisi Pemboleh Ubah Berterusan (CVT), ia mampu menghamburkan kuasa sehingga 117hp pada 6,000rpm dan tork puncak 1556Nm (4,400rpm).

P1240791S-CROSS mampu mencatat masa sepantas 11saat dari keadaan statik hingga 100kmj. Hasil penggunaan bahan api pula, ia mampu dipandu sejauh 17.2km perliter berdasarkan sukatan mengikut Kitaran Pemanduan Baru Eropah (NEDC).

P1240784LUARAN - Maskulin

Hadir sebagai kenderaan di bawah segmen C, ia menampilkan rekaan luaran moden dan maskulin selain tidak mengetepikan aspek aerodinamik. Rekaannya turut diberi sentuhan moden di mana pada bahagian hadapan dilengkapi dengan lampu utama HID bersama lampu siang LED serta lampu kabus.

P1240836P1240796    P1240755

P1240794    P1240801Lebih tampak menarik dan garang, ia diberi sentuhan dinamik dengan kehadiran rim aloi bersaiz 17 inci dan bumbung panoramik

DALAMAN – Ringkas Dan Padat

Memasuki perut kabin, ia disempurnakan dengan ruang dalamannya yang luas dan selesa dengan tempat duduk fabrik baharu. Padanan warna gelap memenuhi segenap ruangan dalaman. Rekaan papan pemuka tampak ringkas dan padat

P1240808P1240814    P1240815

P1240819    P1240818P1240827  P1240828  P1240831  P1240829Untuk memudahkan pemandu, tahap pandangan telah ditambah baik menerusi  Paparan Multi-Maklumat (MID). Secara tidak langsung, ia memudahkan pemandu menerima pelbagai paparan maklumat dengan mudah.

Jika mahukan hiburan sepanjang pemanduan, stereng tiga jejari dilengkapi suis kawalan untuk sistem audio 2-DIN dengan input AUX selain butang kawalan MID disusun kemas. Ruangan hiburan turut diserikan dengan kehadiran skrin sesentuh bersaiz 7 inci bersama sistem navigasi dan kamera undur.

Antara ciri lain turut disematkan adalah penggunaan sistem kemasukan tanpa kunci, tempat duduk bahagian belakang boleh laras dan penyaman udara dwi-zon

P1240823Sementara itu, ruangan kabin yang selesa tidak dilupakan. Di posisikan sebagai kenderaan segmen C, kapasiti simpanan barang S-CROSS adalah seluas 440L dan hampir 1,269L diperolehi apabila kerusi belakang dilipatkan sepenuhnya.

KESELAMATAN

Aspek keselamatan, S-CROSS dilengkapi dengan tujuh beg udara keselamatan, Program Stabiliti Elektronik (ESP), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) bersama Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA) dan Hill-hold Control.

Crossover ini turut dipasang sistem konsep Suzuki TECT (Total Effectiveness Control Technology) yang membantu menjadikan kenderaan lebih ringan dan selamat untuk penumpang serta membantu melindungi pejalan kaki sekiranya berlaku kemalangan.

P1240839Hadir dengan jaminan lima tahun atau 150,000km had perbatuan, S-CROSS dijual pada harga RM129,888 (atas jalan tanpa insurans). Ia menawarkan empat pilihan warna menarik. Antaranya; Crystal Lime Metallic, Amethyst Gray Pearl Metallic, Cool White Pearl dan Boost Blue Pearl Metallic.

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Keiichi Suzuki, Model Crossover segmen C, Pelancaran Suzuki S-Cross, Segmen C, Suzuki S-Cross, Suzuki S-Cross Dijual pada harga RM129888, Suzuki S-Cross Dilancarkan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • #TahukahAnda: Tentang Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) yang Perlu Anda Tahu
  • Lakaran Yamaha Y15ZR 155 VVA Ini Mungkin Buat Anda Tidur Tak Lena
    Lakaran Yamaha Y15ZR 155 VVA Ini Mungkin Buat Anda Tidur Tak Lena
  • 5 Motosikal Gaya Cafe Racer dengan Bajet RM15k yang Boleh Anda Beli di Malaysia
    5 Motosikal Gaya Cafe Racer dengan Bajet RM15k yang Boleh Anda Beli di Malaysia

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my