• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / PREVIU: Suzuki Kizashi 2.4L Sport Limited Edition (2014)

PREVIU: Suzuki Kizashi 2.4L Sport Limited Edition (2014)

May 21, 2014 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

kizashi-limited edition-i

 

kizashi-limited edition-iv      kizashi-limited edition-ii

PEMINAT sedan segmen-D yang mahukan kelainan mungkin boleh menyenaraikan Suzuki Kizashi 2.4L Sport Limited Edition sebagai pilihan apabila Suzuki Malaysia Automobile Sdn Bhd (SMA) mengumumkan pelancaran model tersebut, baru-baru ini.

Mendapat sentuhan sporty dan elegan, profil Kizashi 2.4L Sport Limited Edition kini tampil lebih unik dan bergaya dalam usaha mencabar pasaran sedan premium sedia ada. Warna hitam kusam memberikan lebih karakter dan daya tarik tersendiri kepada rekabentuk asal yang dikekalkan daripada model terdahulu.

Rekaan dalaman dilengkapi sistem Hiburan Dalaman Kereta (ECE) menerusi sistem audio 2-Din dengan skrin sentuh, navigasi, kamera undur definisi tinggi (HD) dan output bunyi dipertingkat yang mampu menghasilkan lebih kepuasan pemanduan, sekali gus memberikan nilai tambah kepada ciri premium standard. Lebih istimewa, sedan Suzuki edisi terhad ini direka khas untuk pasaran Malaysia sahaja.

Aksesori Kizashi 2.4L Sport Limited Edition bernilai lebih RM9,000 menyerlahkan cita rasa, gaya dan fiil baharu yang mampu mewujudkan keterujaan dan nilai bagi pembeli prospektif yang sedang mencari kelainan. Kizashi 2.4L Sport Limited Edition didatangkan dengan ciri standard keselamatan aktif seperti Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), beg udara SRS dan Program Stabiliti Elektronik (ESP) dengan kawalan traksi untuk kestabilan pemanduan ketika membelok, memecut atau berdepan situasi kecemasan.

Kizashi 2.4L Sport Limited Edition terbukti selamat dan seronok dipandu hasil janaan enjin petrol empat silinder sebaris bersesaran 2.4L DOHC yang menghasilkan kuasa 176hp dan tork, 230Nm serta kelancaran sistem Transmisi Variabel Berterusan (CVT) untuk perjalanan selesa dan berkuasa.

Kizashi 2.4L Sport Limited Edition terdapat dalam versi Sport dan berharga RM158,207,20 atas jalan, termasuk insurans. Kemasan hitam kusam adalah warna pilihan, manakala aksesori edisi terhad tidak ditawarkan untuk belian runcit individu. Pembeli juga ditawarkan rebat tunai hingga RM30,000 selagi stok masih ada bersama waranti tiga tahun atau 100,000km perbatuan (yang mana tiba dahulu).

Pemilik Suzuki juga berpeluang menikmati faedah tambahan seperti bantuan jalan raya 24 jam dan bantuan kemalangan, serta perkhidmatan individu bersama servis bantuan rumah dan kelulusan tuntutan pantas secara talian di 1300-88-6699.

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Segmen D, SMA, Suzuki, Suzuki Kizashi 2.4L Limited Edition, Suzuki Malaysia Automobile Sdn Berhad

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • EV Mewah ZEEKR X, ZEEKR 001 Buka Tempahan di Jerman, Harga Mula Lebih RM220k!
    EV Mewah ZEEKR X, ZEEKR 001 Buka Tempahan di Jerman, Harga Mula Lebih RM220k!
  • Mazda CX-5 (2023) Dikemas Kini di Jepun dengan Tambahan Varian Retro Sports Edition
    Mazda CX-5 (2023) Dikemas Kini di Jepun dengan Tambahan Varian Retro Sports Edition
  • Dua Varian Motosikal Mini CFMoto Papio Masuk AS Tahun Depan?
    Dua Varian Motosikal Mini CFMoto Papio Masuk AS Tahun Depan?
  • Lotus Emeya (2024) - Kereta Hiper GT Elektrik dengan Pecutan 0-100kmj Bawah 2.8 Saat!
    Lotus Emeya (2024) - Kereta Hiper GT Elektrik dengan Pecutan 0-100kmj Bawah 2.8 Saat!

PANDU UJI

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia

SAYA berpeluang memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my