Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»PREVIU: Mitsubishi Triton Generasi Ke-5 (2015)
Roda4

PREVIU: Mitsubishi Triton Generasi Ke-5 (2015)

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju26/05/2015
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Mitsubishi Triton Generasi Ke-5_Pandulaju.comSUDAHPUN hampir 37 tahun berada di pasaran, Mitsubishi Triton masih kekal relevan dan diminati ramai. Lebih membanggakan, model trak pikap ini terus ‘mengganas’ untuk memastikan ia kekal yang terbaik jika dibandingkan dengan pesaingnya lain.

Untuk itu, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) baru saja memperkenalkan model terbaharunya, Mitsubishi Triton serba baharu ke pasaran tempatan yang hadir dengan rekaan lebih berani dan berkuasa.

Ditawarkan dalam lima varian berbeza, trak pikap generasi ke-5 itu dijual pada harga serendah RM69,800 hingga RM111,600 (varian tertinggi).

HARGA: (Termasuk insurans dan GST)

  • Mitsubishi Triton Quest Manual 4×2 – RM69,800
  • Mitsubishi Triton 4×4 Double Cab (Manual) – RM85,800
  • Mitsubishi Triton 4×4 Double Cab VGT (Manual) – RM95,000
  • Mitsubishi Triton 4×4 Double Cab VGT (Auto) – RM101,600
  • Mitsubishi Triton VGT Adventure (Auto) – RM111,600

Mitsubishi Triton Generasi Ke-5_Pandulaju.comWARANTI:

Triton serba baharu didatangkan dengan jaminan selama tiga tahun atau 100,000km perbatuan (mana tiba dahulu). Ia juga menawarkan penyenggaraan dua tahun secara percuma.

Bagi 2,000 pelanggan pertama yang menempah dan mendaftar Triton serba baharu pula bakal menerima Kad Ganjaran PETRONAS percuma bernilai RM138 untuk Dynamic Diesel. Tertakluk kepada terma dan syarat.

PRESTASI:

Diimport sepenuhnya (CBU) dari Thailand, hanya satu pilihan enjin saja ditawarkan iaitu 2.5L 4-silinder dengan Variable Geometry Turbocharger (VGT) bersama intercooled.

Untuk makluman, ia masih mengekalkan enjin sama seperti model terdahulu tetapi ditambah baik untuk menawarkan prestasi tinggi selain penjimatan bahan api.

Enjin berteknologi maju Doyble Overhead Cam (DOHC) turbodiesel 16 injap bersama sistem common-rail ini mampu menhasilkan kuasa sehingga 176hp pada 4,000rpm dan tork 400Nm (2,000rpm), iaitu penambahan 50Nm berbanding model sebelum ini.

Mitsubishi Triton Generasi Ke-5_Pandulaju.comManakala bagi Triton Quest 4×2 serba baharu yang hadir bersama enjin 2.5L turbodiesel dengan sistem commonrail bertekanan tinggi pula memiliki output sebanyak 108hp dan tork setinggi 200Nm.

Hadir bersama kotak gear transmisi automatik 5-kelajuan dengan mod Sport atau manual 5-kelajuan, ia digabungkan bersama sistem Easy Select 4WD Mitsubishi.

LUARAN:

Triton serba baharu ini dibangunkan sebagai “Trak Utiliti Sukan Terhebat” dengan menggabungkan keselesaan ruang dalaman sama seperti model sedan.

Tegap, bergaya dan rekabentuk dinamik adalah antara karakter utama Triton. Rekabentuk hadapan dipadankan dengan gril 3D selain kehadiran  lampu LED nyalaan siang.

Dilihat daripada sudut profil, Triton serba baharu memiliki rekabentuk arus ke hadapan dan `garisan J’ di antara kabin dan dek belakang. Tambah menarik, ia kemudian dipasangkan dengan rim aloi bersaiz 17 inci.Mitsubishi Triton Generasi Ke-5_Pandulaju.com

DALAMAN:

Apa yang boleh dikatakan, ciri-ciri ditawarkan trak pikap baharu ini adalah sama seperti yang ada pada model sedan premium.

Sama seperti generasi Triton sebelumnya yang menetapkan standard baharu dalam segmen pikap, penggantinya ini juga membawa ciri-ciri yang pertama dalam kelasnya. Antaranya, sistem kemasukan tanpa kunci, penggilap cermin automatik, Kawalan Suhu Dua Zon dan pedal anjakan (ciri-ciri bagi setiap varian adalah berbeza.).

Ruangan hiburan pula hadir dengan sistem audio sesentuh bersama kamera undur. Stereng juga didatangkan dengan alat kawalan untuk memudahkan pemandu mengendalikan ruangan audio dengan mudah.

Mitsubishi Triton Generasi Ke-5_Pandulaju.com

LUAS:

Menawarkan lebih keselesaan dan kemudahan, model 4×4 model ini berukuran 5280mm panjang (berkurangan 15mm), 1815 lebar (meningkat 15mm) dan 1780mm tinggi.

Jarak permukaan jalan adalah 205mm pada kesemua varian 4×4. Dimensi ruang dalaman pula dinaik taraf di mana mengalami peningkatan 20mm bagi ruang kaki dan 10mm lebih untuk ruang bahu.

KESELAMATAN:

Sama seperti model Mitsubishi lain, aspek keselamatan tidak dilupakan. Trition serba baharu ini memiliki binaan badan RISE (Reinforced Impact Safety Evolution) Mitsubishi yang menggunakan besi tensil kuat dan berkesan menyerap serta melepaskan tenaga sekiranya berlaku pelanggaran.

Antara ciri keselamatan lain turut disematkan adalah seperti dua beg udara SRS, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD) dan ISOFIX.

Untuk mengetahui lebih lanjut, apa kata ke pusat pameran Mitsubishi untuk pandu uji dan merasai kehebatan trak pikap ini.

Mitsubishi Triton Generasi Ke-5_Pandulaju.com
Generasi ke-5 Kereta Mitsubishi Motors Malaysia Mitsubishi Triton baharu MMM Pandu uji
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Roda4

Porsche Pertimbang Satukan Model Taycan dan Panamera

10/03/2026
Auto Terkini

Geely Auto No.1 di China 2 Bulan Berturut-Turut!

10/03/2026
Audi Q7 S Line 2025 CKD
Roda4

Audi Q7 S line CKD Kini Berharga RM399,990, SUV 7-Kerusi dengan Enjin V6 3.0L

10/03/2026
Lotus Eletre X Hybrid 2026
HEV

Lotus Eletre X Hybrid Guna Teknologi Hibrid Berkuasa 952ps, Tork 935Nm

09/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.