• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PREVIU: Mitsubishi Pajero Facelift 2015

PREVIU: Mitsubishi Pajero Facelift 2015

November 27, 2014 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Mitsubishi Pajero (1)JIKA anda masih tercari-cari sebuah trak pikap yang ranggi, sofistikated dan menarik,  mungkin Mitsubishi Pajero versi dipertingkatkan (facelift) 2015 boleh dipertimbangkan.

Ia bukan saja menampilkan rekaan luaran lebih segar, ruangan dalaman dan aspek keselamatan turut dipertingkatkan.

Dari penampilan luaran, antara perubahan ketara dapat dilihat adalah kehadiran rekaan bampar dan gril hadapan baharu. Ia juga hadir dengan lampu nyalaan siang (DRL) bersama lampu kabus. Bahagian belakang turut menerima perubahan dari segi penutup tayar gantian dan tempat nombor plat yang direka semula.

Selain penampilan luaran lebih segar, ruangan kokpit menyerlah dengan imej bergaya menerusi kerusi dibaluti kulit termasuklah kehadiran corong pendingin hawa pada bahagian penumpang belakang. Ia juga dilengkapi sistem audio Rockford bersama 12 unit pembesar suara dengan paparan skrin bersaiz 9inci.

Premium Metalic Trim and Stylish Wood Finish (1)Di sebalik bonet, model yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun itu dikuasakan unit enjin V6 bersesaran 3.8L bersama kotak gear automatik INVECS-II 5-kelajuan.

Enjin 6-silinder dengan sistem Mitsubishi Innovative Valve Timing Elektronic Control (MIVES) itu mampu menawarkan kuasa sehingga 248hp dan tork setinggi 329Nm.

Gearshift (1)Walaupun hanya trak pikap, Mitsubishi tidak pernah mengabai keselamatan pengguna. Pajero facelift 2015 ini diberikan beberapa penambahan ciri keselamatan seperti sistem Mitsubishi Super Selct 4WD yang bertanggungjawab memberikan kuasa cengkaman lebih baik.

Selain itu, ia juga dilengkapi Mitsubishi Active Stability dan Traction Control (M-ASTC) yang berfungsi melaraskan kuasa enjin dan brek secara automatik untuk menstabilkan kenderaan sekiranya berada dalam laluan menyukarkan.

Ample head-room and leg-room for up to seven occupants (1)Dijual pada harga RM291,177 (atas jalan tanpa insurans), Pajero facelift 2015 boleh dimiliki dalam tiga warna pilihan; Warm White Mica, Eiger Grey Metallic dan Cool Silver Metallic. Dengan setiap pembelian Pajero facelift itu, pemilik trak pikap ini bakal menikmati jaminan tiga tahun atau 100,000km.

Maklumat lanjut mengenai promosi dan produk Mitsubishi, layari www.mitsubishi-motors.com.my atau like di laman facebook di https://www.facebook.com/MitsubishiMotorsMalaysia.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Mitsubishi Motors Malaysia, Mitsubishi Pajero CBU Jepun, Mitsubishi Pajero Facelift 20155, Mitsubishi Pajero facelift Malaysia tampil lebih segar, Mitsubishi Pajero versi dipertingkatkan 2015, Previu Mitsubishi Pajero Facelift 2015

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev