Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»PREVIU: Chevrolet Malibu (2014) – RM153,888
Roda4

PREVIU: Chevrolet Malibu (2014) – RM153,888

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju03/09/2014
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Chevrolet Malibu Launch_2DESAS-DESUS ketibaan model Chevrolet Malibu LTZ akhirnya terjawab apabila pengedarnya di Malaysia, Naza Quest Sdn Bhd secara rasminya melancarkan model itu ke pasaran tempatan.

Jika ikutkan perancangan, model sedan eksekutif itu sepatutnya diperkenalkan pada awal tahun ini. Namun atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan, ia terpaksa ditangguhnya. Biarpun agak lambat tiba di pasaran tempatan, ia langsung tidak merencatkan perancangan Naza Quest yang menyasarkan penjualan sebanyak 2,400 unit dalam tempoh 12 bulan akan datang, bersandarkan kepada rekod prestasi model serantau yang positif.

Ketua Pegawai Operasinya (COO), Norzahid Mohd Zahudi berkata, pihaknya menjangkakan model baharu itu bakal mendapat sambutan menggalakkan dan akan menyumbang kirakira 10 hingga 12 peratus kepada jumpah jualan dalam tempoh yang sama.

Memposisikan dirinya dalam segmen D, Malibu dijangka bersaing hebat dengan pesaingnya yang terdiri daripada Nissan Teana, Honda Accord, Mazda6 dan Toyota Camry.

Chevrolet Malibu Launch_8PRESTASI

Di sebalik hud, Malibu dijana unit enjin Ecotec DCVCP (Dual Continuous Variable Cam Phasing) bersesaran 2.4L. Hasil bantuan kotak gear automatik 6-kelajuan, ia mampu menghamburkan kuasa sebanyak 165hp pada 5,800rpm dan tork 225Nm (4,600rpm).

Biarpun dijana enjin bersesaran tinggi, Malibu dikhabarkan mampu menawarkan penggunaan bahan api yang efisien tanpa menggugat keupayaan prestasi enjin. Atas kertas, Malibu menawarkan penjimatan bahan api dengan catatan penggunaan sekitar 7.8L bagi setiap 100km.

P1220382LUARAN

Hadir dengan rekabentuk yang sporty dan menarik, sosok badan Malibu yang mantap membuatkan ia tampak mewah serta eksekutif. Melihat dari padangan hadapan rekabentuknya tampak seiras seperti ‘abangnya’, Chevrolet Camaro. Ya, bahagian hadapan Malibu sebenarnya diilhamkan daripada Camaro. Kehadiran garisan sisi membuatkan ia tampak lebih aerodinamik dan maskulin.

Chevrolet Malibu Launch_6P1220392    Chevrolet Malibu Launch_3 Chevrolet Malibu Launch_7  Chevrolet Malibu Launch_9  P1220395  P1220446Penampilan hadapan Malibu LTZ hadir dengan gril berwarna hitam dengan lingkaran krom bersama padanan lampu utama HID. Bagi tampak lebih sporty, ia hadir dengan padanan rim aloi bersaiz 18 inci bersama ‘pasangannya’ 245/45 R18 jenama Bridgestone.

DALAMAN

Memasuki ruang kabin, penggunaan material premium dengan kombinasi warna hitam dan perak memenuhi segenap ruang dalaman Malibu. Papan pemuka pula tampak ringkas dan padat dengan kehadiran sistem audio dengan skrin sesentuh bersaiz tujuh inci. Ia juga dilengkapi dengan enam pembesar suara yang diletakkan di segenap ruangan kabin.

Chevrolet Malibu Launch_12P1220434  P1220404  P1220437  Chevrolet Malibu Launch_11P1220449Tipikalnya bagi sebuah kenderaan segmen D adalah keselesaan ruang kabin. Malibu LTZ turut memiliki ruang kabin yang mengagumkan dengan memiliki panjang bersaiz 4,865mm dan lebar 1,855mm. Ruang kaki lebih luas walaupun kerusi pemandu dan penumpang hadapan dilaraskan sehingga maksimum ke belakang.

Antara ciri lain yang boleh didapati pada model dari negara Uncle Sam ini adalah sistem kemasukan tanpa kunci, butang penghidup enjin dan penghawa dingin automatik zon tunggal.

KESELAMATAN

Aspek keselamatan, Malibu LTZ hadir dengan empat beg udara, Simtem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA) dan Sistem Kawalan Stabiliti Elektronik.

Sistem suspensi pula disokong oleh topang MacPherson pada bahagian hadapan yang ‘bekerjasama’ dengan multi-rangkai (multi-link) suspensi belakang mampu menghasilkan pemanduan lebih stabil dan selamat. Lebih penting, Malibu turut mendapat pengiktirafan 5-bintang daripada NCAP.

Hadir dengan jaminan lima tahun atau 200,000km perbatuan (mana tiba dahulu), Malibu LTZ dijual pada harga RM153,888 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan). Pengguna turut ditawarkan dengan empat pilihan warna menarik iaitu Moulin Rouge Red Metallic, Carbon Flash Metallic, Olympic White dan Switchblade Silver.

P1220398SPESIFIKASI

ENJIN 2.5L Ecotec
TRANSMISI Automatik 6-kelajuan
KUASA MAKSIMUM 165hp@5,800rpm
TORK MAKSIMUM 225Nm@4,600rpm
RODA 245/45 R18
HARGA RM153,888 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan)

Chevrolet Camaro Chevrolet Cruze Chevrolet Malibu LTZ COO Naza Quest Desas-Desus Ecotec DCVCP (Dual Continuous Variable Cam Phasing) Naza Quest Sdn Bhd Norzahid Mohd Zahudi uncle sam
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Isuzu D-Max 2026 2.2L 8AT Kini Jadi Single Cab Automatik Pertama Malaysia!

    01/04/2026
    Roda4

    Isuzu D-Max 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM103k!

    01/04/2026
    Auto Terkini

    Honda ZR-V 2026 Jepun Tiada Turbo, Cross Touring Bawa Imej Off-Road

    30/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Toyota Hilux Travo 2026 Debut Di Bangkok, Generasi Kesembilan Kini Dengan Versi EV

    30/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
    Roda4

    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

    By Shazwan Hisam04/11/2025
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.