Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Premier Model F (1904) – Vintaj yang Sudah Berkubur, Tetapi Kekal Eksotik dan Mewah
Roda4

Premier Model F (1904) – Vintaj yang Sudah Berkubur, Tetapi Kekal Eksotik dan Mewah

Abang HirataBy Abang Hirata24/09/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEJARAH kereta dunia sudah melebihi seabad dan sepanjang tempoh tersebut hanya beberapa jenama saja kekal bertahan hingga kini. Mercedes-Benz (Daimler & Benz), Ford, Fiat, Peugeot, Renault dan Aston Martin ialah antara syarikat automotif yang berjaya menyambut usia centennial, iaitu genap sekurun.

BACA >>> Jaguar Land Rover Hasilkan Unit Sistem Infotainment Baharu Gaya Vintaj

Ada beberapa jenama sudah terkubur, tetapi tidak bagi model yang masih tersimpan elok sampai sekarang. Antara jenama dimaksudkan itu ialah Premier Motor Manufacturing Company (Premier) yang diasaskan pada 1903 di Indianapolis, Amerika Syarikat (AS).

VINTAJ SERTAI KONVOI

Menariknya, satu model Premier bakal kembali ke jalanan apabila pemiliknya menyertai konvoi ‘Bonhams Veteran Car Run supported by Hiscox’ dari London ke Brighton, Britain. Konvoi tersebut ialah untuk memperingati ‘Emancipation Run of 14th November 1896′ sempena penerimaan Lokomotif (Kenderaan Bermotor) berhubung Akta Lebuhraya (Locomotives on the Highway Act).

BACA >>> Kereta Klasik VS Baharu: Lihat Foto 14 Jenama Terkenal Dunia Dahulu dan Sekarang

Bakal menyertai konvoi berkenaan ialah kereta-kereta klasik yang jarang dilihat orang awam pada 4 November depan. Penyertaan Premier dalam acara itu turut merungkai beberapa fakta menakjubkan yang terlipat dalam sejarah dunia automotif.


Berikut fakta menarik tentang Premier Motor Manufacturing Company dan model Premier Model F (1904):

  • Diasaskan pada 1903 di Indianapolis, AS.
  • Dikenali sebagai syarikat pengeluar kereta paling canggih.
  • Mula popular apabila menggunakan daun pokok oak pada gril radiator – dikatakan pertama seumpamanya di dunia menggunakan lambang atau emblem sebagai identiti sebuah jenama automotif.
  • Emblem tersebut juga dengan berani menampilkan perkataan ‘Quality Car’.
  • Syarikat pertama membina kereta dengan enjin penyejukan udara.
  • Sama seperti syarikat kereta era tersebut, Premier menggunakan sukan permotoran untuk membina jenama dan bermula pada perlumbaan Indianapolis 500.
  • Menjelang 1926, lebih 10,000 kenderaan Premier dihasilkan.
  • Namun, tahun sama juga Premier berpindah kepada pemilik baharu.
  • Daripada angka 10,000, hanya beberapa unit model (keluaran pra-tahun 1905) yang masih wujud dan layak menyertai Veteran Car Run.
  • Salah satunya ialah model silinder kembar 16hp yang dipamerkan di Indianapolis Motor Speedway Museum.
  • Sebuah lagi, Model F (gambar) yang dibaik pulih dan bakal menyertai Regent Street Motor Show Concours d’Elegance dan konvoi Veteran Car Run ke Brighton.
  • Unit 1904 tersebut dikemaskan dengan warna Brewster Green (hijau gelap) dan dikuasakan enjin 4 silinder.
  • Model F itu dijumpai penghujung era 80-an dalam keadaan lusuh tetapi lengkap segala peralatan.
  • Kerja baik pulih dibuat sebaiknya mengikut maklumat yang ada tentang model berkenaan, manakala pintu belakang baharu dibuat mengikut foto era tersebut
  • Model F menggunakan enjin overhead 4 silinder dengan transmisi gelungsur (sliding), antara ciri canggih era tersebut.
  • Kelajuan maksimum Model F ialah 64kmj dan mampu bergerak sejauh 292km dengan setangki penuh.
  • Kereta berkenaan dimiliki Steven Haines selepas berjaya memenanginya dalam acara bidaan Bonham, tahun lalu.
  • Seperkara menarik tentang Model F ialah tidak pernah merentasi Atlantik, atau pasaran luar AS.
  • Sebuah lagi kereta pra 1905 yang bakal menyertai Veteran Car Run ialah Vabis. Model asal Sweden itu ialah asas kepada syarikat Scania hari ini!
GALERI
Amerika Syarikat (AS) Bonham Bonhams Veteran Car Run supported by Hiscox kereta klasik kereta vintaj Premier Premier Model F USA
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

HEV

Lotus Eletre X Guna Teknologi Hibrid Berkuasa 952ps, dan Tork 935Nm

07/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.