Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Prasarana Catat Rekod Tertinggi 1.63 Juta Penumpang Harian Sepanjang 2025
Auto Terkini

Prasarana Catat Rekod Tertinggi 1.63 Juta Penumpang Harian Sepanjang 2025

SyafieBy Syafie08/01/2026
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Prasarana catat 1.63 juta penumpang 2025

PRASARANA Malaysia Berhad (Prasarana) mencatat sejarah baharu apabila merekodkan jumlah perjalanan penumpang harian tertinggi sebanyak 1.63 juta pada 31 Disember 2025, sekali gus menjadi pencapaian terbaik sejak penubuhan syarikat itu.

Prasarana memaklumkan, purata jumlah perjalanan penumpang harian sepanjang 2025 turut meningkat sebanyak 11 peratus kepada 1.31 juta, berbanding 1.18 juta pada 2024.

Purata Penumpang Harian Meningkat 11 Peratus


Peningkatan itu mencerminkan tahap kebolehpercayaan operasi perkhidmatan rel dan bas yang semakin kukuh serta konsisten, sekali gus mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap pengangkutan awam.

Dari segi kebolehpercayaan operasi, Prasarana berjaya mengurangkan jumlah gangguan perkhidmatan rel kepada hanya 31 gangguan sepanjang 2025, berbanding 71 gangguan pada 2024, iaitu penambahbaikan sebanyak 56 peratus.

Prestasi memberangsangkan itu hasil inisiatif berterusan sejak 2021, seperti:

  • Penyelenggaraan aset lebih sistematik dan proaktif
  • Pengukuhan kecekapan operasi
  • Penambahbaikan ketepatan masa perkhidmatan

Ini bagi memastikan perjalanan penumpang lebih lancar dan terancang.

Segmen Bas Terus Diperkasa

Bagi segmen bas, Rapid Bus mencatat peningkatan Tahap Ketersediaan Perkhidmatan (Level of Service, LOS) kepada 1,355 unit bas pada 2025, berbanding 1,165 unit bas pada tahun terdahulu.

Jumlah itu turut merangkumi pengembangan perkhidmatan Rapid On-Demand (ROD) yang dipertingkat sepanjang tahun lalu.

Pemodenan Armada Bas

Usaha pemodenan armada bas terus giat dilaksana:

  • 310 unit bas diesel baharu diterima berperingkat sejak tahun lalu dan dijangka lengkap sepenuhnya menjelang Februari 2026
  • 250 unit bas elektrik fasa pertama disasarkan untuk penghantaran awal Mac 2026, dengan keseluruhan perolehan dijangka selesai sepenuhnya menjelang Mac 2027

Langkah itu selari aspirasi kelestarian serta pengurangan pelepasan karbon dalam sektor pengangkutan awam.

Penambahbaikan Kemudahan Pengguna

Sepanjang 2025, Prasarana menyiapkan:

  • 301 hentian bas baharu
  • 16 laluan pejalan kaki

Selain itu, 43 hentian bas dan 17 laluan pejalan kaki masih dalam pembinaan bagi terus meningkatkan akses, keselesaan serta pengalaman pengguna pengangkutan awam.

Pendigitalan My50 Catat Sambutan Positif

Pendigitalan Pas Bulanan My50 (Digital Transit Pass – DTP) yang dilancarkan pada 1 Julai 2025 mencatat penerimaan memberangsangkan.

Pada Disember 2025, kadar penggunaan DTP mencapai 37 peratus daripada keseluruhan 254,329 pengguna pas bulanan My50.

Bagi tempoh Julai hingga Disember 2025, sebanyak 556,618 pas Digital My50 sudah dibeli secara kumulatif, membuktikan keyakinan pengguna terhadap sistem pentiketan digital yang semakin meningkat.

Aplikasi MyRapid Pulse Dipertingkat

Selaras dengan slogan ‘Memajukan Mobiliti, Memperkaya Pengalaman’, Prasarana turut memperkenalkan versi baharu aplikasi MyRapid Pulse pada 1 Mei 2025 dengan ciri lebih mesra pengguna.

Antara fungsi utama adalah:

  • Jelajah Bandar, membantu pengguna mengenal pasti lokasi menarik di sekitar Lembah Klang
  • Penjejakan bas masa nyata (real-time bus tracking)

Sehingga kini, aplikasi MyRapid Pulse sudah dimuat turun sebanyak 240,000 kali, dengan 96,000 pengguna aktif, manakala 34,426 pengguna aktif mingguan menggunakan fungsi penjejakan bas masa nyata.

Fokus 2026: Perkhidmatan Lebih Cekap, Saling Berhubung

Bagi 2026, Prasarana akan menumpukan kepada penyampaian perkhidmatan yang lebih konsisten, selamat dan mesra pengguna merangkumi operasi rel dan bas di bawah jenama Rapid KL dan Rapid Penang.

Pengangkutan awam terus menjadi pilihan utama rakyat kerana mampu menjimatkan masa perjalanan serta mengurangkan kos perbelanjaan harian.

My50 Diteruskan, Lorong Bas Diperluas

Menerusi Belanjawan 2026, Kerajaan meneruskan subsidi pas perjalanan tanpa had My50, dengan purata 260,000 pengguna sebulan, di mana pengguna hanya membayar RM50 sebulan manakala baki RM100 disubsidi kerajaan.

Bagi meningkatkan kecekapan bas:

  • Dua lorong bas baharu akan diperkenalkan di Jalan Ipoh dan Jalan Gombak bermula suku ketiga 2026
  • Lorong bas sedia ada di Jalan Ampang akan dijadikan lorong kekal

RM5 juta untuk Hentian Bas Baharu

Di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13), Kerajaan memperuntukkan RM5 juta bagi pembinaan 250 hentian bas baharu, melibatkan:

  • 200 hentian bas di Lembah Klang
  • 50 hentian bas di Pulau Pinang

Tren LRT Baharu Laluan Kelana Jaya

Kerajaan turut memperuntukkan RM1 bilion dalam Belanjawan 2026 bagi penggantian 26 unit tren LRT baharu di Laluan Kelana Jaya, laluan paling sibuk di Lembah Klang.

Set tren pertama dijangka diterima pada September 2028, dengan tujuan meningkatkan kecekapan operasi dan keselesaan penumpang.

Sasaran 40 Peratus Penggunaan Pengangkutan Awam

Prasarana menegaskan komitmennya untuk terus melaksanakan kempen dan inisiatif strategik bagi mencapai sasaran kerajaan iaitu 40 peratus kadar penggunaan pengangkutan awam di Lembah Klang menjelang 2030, seperti digariskan dalam Dasar Pengangkutan Negara.

SUMBER: FB RapidKL

Auto Terkini Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) Rapid KL
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Honda CR-V Generasi Ke-6 Kini di Jepun, Lambat Tetapi Lebih Canggih

27/02/2026
Chery taja kejuaraan Piala Lee Chong Wei (LCWC) 2026
Auto Terkini

Chery Taja Kejuaraan Piala Lee Chong Wei 2026, Pentas Cungkil Bakat Muda Badminton

26/02/2026
Auto Terkini

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Petros, Tuntutan RM7.95 Juta Petronas Sah

26/02/2026
Volvo EX30 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Volvo EX30 2026 Dapat Nafas Baharu Berkuasa 150ps, Jarak Maksimum 476km

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.