SELAIN memperkenalkan Porsche Macan GTS, Sime Darby Auto Performance turut melancarkan Porsche 911 generasi baharu.
Porsche 911 ditawarkan dalam tiga varian berbea iaitu Porsche 911 Carrera, 911 Carrera S dan 911 Carrera 4S. Harga jualan pula bermula RM870,000 hingga RM1,040,000.
HARGA: (Termasuk GST tanpa insurans)
- Porsche 911 Carrera - RM870,000
- Porsche 911 Carrera S - RM970,000
- Porsche 911 Carrera 4S - RM1,040,000
WARANTI:
- 4 tahun bersama pakej penyenggaraan secara percuma.
PRESTASI:
- Porsche 911 Carrera – 3.0L pengecas turbo; 370hp; 450Nm
- Porsche 911 Carrera S & 4S – 3.0L pengecas turbo; 420hp; 500Nm
Bagi menawarkan pengalaman lebih menyeronokkan, Porsche 911 Carrera dipadankan dengan Sport Chrono Package. Ia memberi pilihan kepada pemandu untuk memilih mod Normal, Sport, Sport Plus atau individual.
BACA>>> Bagaimana menyebut Porsche dengan Betul Seperti Orang Jerman
0 - 100KMJ & KELAJUAN MAX:
- Porsche 911 Carrera - 4.2 saat; 293kmj
- Porsche 911 Carrera S - 3.9 saat; 306kmj
- Porsche 911 Carrera 4S - 3.8 saat; 303kmj
JIMAT MINYAK?
Berbanding versi terdahulu, ketiga-tiga varian 911 carrera ini dikatakan lebih menjimatkan.
- Porsche 911 Carrera – 7.4L per 100kmj
- Porsche 911 Carrera S – 7.7L per 100kmj
- Porsche 911 Carrera 4S - 7.9L per 100kmj
PENAMBAHBAIKAN:
- Lampu nyalaan siang LED
- Lampu indikator LED
- Lampu belakang dengan rekaan baharu
Leave a Reply