Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Polis Tahan 37 Mat Rempit Ekzos Bising di Pekan Tanjong Karang
Auto Terkini

Polis Tahan 37 Mat Rempit Ekzos Bising di Pekan Tanjong Karang

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize22/05/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SERAMAI 37 individu, termasuk remaja bawah umur yang menunggang motosikal dengan ekzos diubah suai hingga bising ditahan di sekitar Pekan Tanjong Karang, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Ramli Kasa berkata, semua individu berusia 15 hingga 27 tahun itu ditahan bersama 31 motosikal dalam Op Bersepadu Mat Rempit pada jam 11 malam.

Menurutnya, operasi selama enam jam itu dijalankan sepasukan anggota termasuk pegawai dari Balai Polis Tanjong Karang dan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Kuala Selangor.

Operasi dilakukan selepas polis menerima aduan bunyi bising pada waktu malam yang menimbulkan kacau ganggu kepada penduduk setempat,” katanya dalam satu kenyataan, Ahad lalu.

Pemeriksaan polis mendapati semua individu terbabit melakukan pelbagai kesalahan seperti tiada lesen memandu, menunggang di bawah usia 16 tahun dan mengubah suai ekzos.

Kesalahan itu turut melibatkan nombor pendaftaran, aksesori tidak lengkap dan tiada cukai jalan (LKM) serta perlindungan insurans,” katanya.

Dalam operasi itu, polis mengeluarkan 110 saman atas pelbagai kesalahan seperti tiada lesen memandu, menunggang di bawah umur 16 tahun, mengubah suai ekzos, aksesori tidak lengkap, kesalahan nombor pendaftaran, tiada cukai jalan (LKM) dan tiada perlindungan insurans.

PDRM menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya mematuhi undang-undang jalan raya dan menghormati masyarakat setempat.

PDRM juga menasihatkan ibu bapa dan penjaga untuk memantau anak-anak supaya tidak terlibat dalam aktiviti motosikal yang menyalahi undang-undang serta tidak terlibat dalam sebarang aktiviti jenayah.

BACA >>> JAS Periksa Motosikal Disita Polis, Keluar 20 Saman Ekzos Bising
BACA >>> Warga Asing Pun Terjebak Trend Rempit Malaysia, Siap Ubah Suai Ekzos

Auto Terkini ekzos bising kuala selangor mat motor mat rempit PDRM Saman tanjong karang ubah suai ubah suai ekzos
Sharil Tarmize

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lotus Eletre X Guna Teknologi Hibrid, 952 ps/935Nm, 0 – 100 km/j 3.3 Saat!

07/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.