Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Polis Cekup Geng Lekir, Shafiq Samun Orang Awam di Pahang
Auto Terkini

Polis Cekup Geng Lekir, Shafiq Samun Orang Awam di Pahang

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju27/07/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


POLIS merampas tiga kenderaan dipercayai digunakan dua kumpulan penjenayah untuk melakukan jenayah samun sekitar Kuantan, Pahang baru-baru ini.

Berdasarkan laporan, dua kumpulan itu ialah Geng Lekir dan Geng Shafiq dengan empat ahli dicekup antara 21 Julai dan 25 Julai lalu.

Penangkapan dua geng tersebut disahkan Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu.

GENG LEKIR

  • Melibatkan dua lelaki tempatan berumur 31 dan 39 tahun ditahan pada 21 dan 24 Julai lalu.
  • Ada tiga laporan kes samun diterima polis yang mensasarkan warga asing sebagai mangsa di kawasan Gebeng dan bandar Kuantan.
  • Dua lelaki berkenaan menggunakan Proton Waja dan Proton Satria Neo untuk melakukan samun.
  • Jumlah kerugian tiga kes itu berjumlah RM5,000 melibatkan telefon bimbit, dokumen dan wang tunai.

Bertindak atas maklumat, seorang lelaki ditahan di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang di sini pada jam 10 pagi 21 Julai lalu.

“Hasil pemeriksaan, dua kereta iaitu Waja dan Satria Neo serta dua pisau, beg silang dan beg pinggang dirampas. Susulan tangkapan itu, rakan lelaki terbabit ditahan di Kampung Seri Damai pada jam 9.50 pagi, 24 Julai lalu.

“Siasatan mendapati seorang daripadanya mempunyai empat rekod jenayah dan kini ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) sehingga 28 Julai ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu melakukan samun berkumpulan dan menggunakan senjata,” kata Wan Mohd Zahari

GENG SHAFIQ

  • Melibatkan dua lelaki tempatan berumur lingkungan 20-an.
  • Masing-masing ditahan di kawasan Pulau Manis dan Paloh Hinai di Pekan pada 25 Julai lalu.
  • Tangkapan dibuat berdasarkan laporan seorang lelaki warga emas berumur 60 tahun yang mendakwa disamun dengan kerugian RM6,000 di sebuah kedai di Kampung Baru, Gambang, 22 Julai lalu.
  • Dua suspek melakukan jenayah tersebut dengan menaiki kapcai jenis Yamaha Y15ZR dan meragut beg pinggang mangsa.
  • Mangsa menerima empat jahitan di kepala akibat terjatuh ketika bergelut dengan suspek.

Hasil ujian saringan awal mendapati kedua-dua suspek positif metamfetamin dan mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah dan dadah.

“Mereka ditahan reman di bawah Seksyen 117 KPJ hingga 1 Ogos ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan,” kata Wan Mohd Zahari lagi.

SUMBER: Polis Kuantan | Harian Metro

Auto Terkini kes samun Polis Kuantan Samun Proton Samun Yamaha Wan Mohd Zahari Wan Busu
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Denza Z9GT: Shooting-Brake China Kini Di Eropah, Fungsi Crab-Walk, EV dan Hibrid

    10/04/2026
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Mekanisme MyKad, MyKasih untuk Subsidi Diesel

    09/04/2026
    Kerajaan cadang letak polis di stesen minyak sempadan
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Letak Polis di Stesen Minyak Sempadan

    09/04/2026
    Pemandu e-hailing dan pengendali bot berdaftar dapat tambahan subsidi BUDI95 15 Oktober 2025
    Auto Terkini

    MOT: e-Hailing Digalak Perluas ‘Carpool’ Bagi Kurangkan Kos Petrol

    09/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Auto Terkini

    Perodua Bezza Potong ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie09/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.