• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis Buru Wira Langgar Lari Penghantar Makanan di JB

Polis Buru Wira Langgar Lari Penghantar Makanan di JB

December 21, 2022 By Azhan O Leave a Comment

36
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


POLIS memburu pemandu Proton Wira yang terlibat dalam insiden langgar lari di Jalan Sutera Tanjung, Taman Sutera Utama, Johor Bahru, kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Superintendan Fariz Ammar Abdullah dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kemalangan membabitkan pemandu Wira dan motosikal Honda Wave ditunggang seorang penghantar makanan pada kira-kira jam 8 malam.

BACA >>> Satu Kaca Pun Tak Kena, Pemandu Syukur Terselamat Walaupun Wira 'Total Lost' Langgar Lori

Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu kereta itu memasuki laluan bertentangan dan melanggar motosikal tersebut yang sedang berhenti di simpang jalan.

Sejurus selepas kejadian, suspek melarikan diri dan memandu secara berbahaya dengan melawan arus.

"Akibat kejadian tersebut, penghantar makanan itu cedera ringan di belakang badan dan hingga kini, pemandu kereta terbabit masih belum tampil membuat laporan polis, " katanya.

Fariz Ammar berkata, siasatan polis mendapati Wira dipandu suspek ialah kereta curi yang dilaporkan hilang di kawasan Pelangi Indah di Johor Bahru, Ahad lalu.

Hasil maklumat orang awam, polis menemui kereta berkenaan ditinggalkan di tepi jalan Persiaran Scientex Utama, Senai, kira-kira jam 10 pagi semalam. Kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Insiden itu turut tular di media sosial yang merakamkan Wira dipandu suspek memasuki laluan bertentangan dan melanggar penghantar makanan yang sedang berhenti di simpang jalan.

BACA >>> Proton Wira Pertahan Ranking Kereta Nombor Satu Paling Diburu Pencuri Malaysia
BACA >>> Pemandu Wira Lawan Arus Maut Tersepit Langgar Bas di Ayer Hitam

SUMBER: Bernama

Artikel Berkaitan

36
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, jenayah, Johor Bahru, Kereta Curi, Langgar Lari, Pemandu Wira Langgar Lari, Penghantar Makanan, Proton Wira, Rider Foodpanda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Harley-Davidson Strap Tank (1908): Motosikal Paling Mahal Dunia, Harga Cecah RM3.98j!
    Harley-Davidson Strap Tank (1908): Motosikal Paling Mahal Dunia, Harga Cecah RM3.98j!
  • Review: Kelebihan vs Kekurangan Memiliki Perodua Ativa Hybrid
    Review: Kelebihan vs Kekurangan Memiliki Perodua Ativa Hybrid
  • #SembangDeras: Kerajaan Hapus Pelekat Cukai Jalan Tak Lama Lagi?
    #SembangDeras: Kerajaan Hapus Pelekat Cukai Jalan Tak Lama Lagi?
  • Kei-Car Elektrik Terbaik Jepun, Mitsubishi eK X EV Raih Rating 5 Bintang JNCAP
    Kei-Car Elektrik Terbaik Jepun, Mitsubishi eK X EV Raih Rating 5 Bintang JNCAP

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my