• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis Buru Mat Motor Tunggang EX-5 Guna Kaki Sambil Minum Teh Ais

Polis Buru Mat Motor Tunggang EX-5 Guna Kaki Sambil Minum Teh Ais

September 14, 2020 By Aryon Leave a Comment

794
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


POLIS kini memburu seorang lelaki yang menunggang motosikal menggunakan kaki di Jalan Kuching, Kuala Lumpur berdasarkan rakaman video tular beberapa hari lalu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, motosikal terbabit didapati didaftarkan atas nama seorang lelaki berusia 61 tahun.

Polis juga sudah pergi ke rumah suspek berdasarkan alamat didaftarkan dan dimaklumkan motosikal tersebut digunakan anak lelakinya pada hari insiden itu. Dia juga tiada di rumah ketika polis ke sana dan usaha mengesan kini giat dijalankan.

Zulkefly turut memaklumkan yang motosikal tersebut sudah dirampas untuk tindakan lanjut. Menurutnya, lelaki itu dikenali sebagai M Thiruvarasu berusia 36 tahun dengan alamat rumah di Selayang Baru dan diminta tampil membantu siasatan. Kes akan disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Suspek dirakamkan mengawal hendal motosikalnya jenis Honda EX-5 menggunakan kaki sambil tangan memegang sebungkus teh ais. Aksinya itu dirakamkan kenderaan di depan dan tular di media sosial. Mungkin dia ingat nyawanya ada sembilan.

BACA >>> Polis Buru Pula Bapa, dan Budak Bawa Treler
BACA >>> Ibu Bapa dan Budak Darjah Tiga Pandu Proton Saga Kena Panggil Balai

SUMBER: SinarHarian

Related

794
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, Auto Terkini, PDRM, Polis Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tunggang Motosikal Guna Kaki, videotomotif

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
    #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev