Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Polis Beri Amaran Keras Jangan Guna Peranti ‘Number Plate Flipper’
Auto Terkini

Polis Beri Amaran Keras Jangan Guna Peranti ‘Number Plate Flipper’

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam17/09/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Peranti 'number plate flipper'

SATU peranti baharu yang semakin popular di platform e-dagang menimbulkan kebimbangan pihak berkuasa kerana membolehkan pengguna menyembunyikan atau menukar nombor pendaftaran kenderaan serta-merta hanya dengan satu butang.

Dikenali sebagai ‘number plate flipper’, peranti itu ditawarkan beberapa penjual luar negara, terutama dari China, dengan harga antara RM150 hingga RM350. Pemerhatian mendapati lebih sedozen penjual yang aktif mempromosikan alat tersebut di beberapa platform e-dagang popular.

Cara Berfungsi

Peranti 'number plate flipper'
Peranti 'number plate flipper'

Berdasarkan video demo di laman e-dagang, alat tersebut ada dua jenis dijual, iaitu:

  • Pertama: Menggunakan motor terbina dalaman yang akan memusingkan plat nombor asal kepada nombor palsu apabila diaktifkan
  • Kedua: Menurunkan panel kosong atau pengatup bagi menutup terus nombor pendaftaran asal

Pemasangan Mudah, Risiko Salah Guna

Semua alat berkenaan dibuat daripada gabungan logam dan plastik, kalis cuaca, dan boleh dipasang dalam masa kurang 10 minit. Ia turut disertakan kabel kuasa, unit kawalan, dan panduan penggunaan.

Walaupun ada penjual yang mempromosikan sebagai pelindung plat nombor daripada cuaca atau permukaan jalan kasar, beberapa iklan secara terbuka menyebut bahawa peranti itu boleh digunakan untuk mengelak kamera penguatkuasaan jalan raya.

Peringatan Polis: Tindakan Tegas Menanti

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, mana-mana pemilik kenderaan yang dikesan memasang alat tersebut boleh dikenakan tindakan tegas bawah Akta Pengangkutan Jalan.

Beliau menjelaskan, menjadi satu kesalahan mempamerkan nombor pendaftaran selain diluluskan sesebuah kenderaan, atau mempamerkan nombor pendaftaran mengelirukan atau palsu seperti termaktub di bawah ini.

Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987

Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dihukum penjara hingga setahun atau denda hingga RM5,000, atau kedua-dua sekali. Polis juga boleh menyita kenderaan yang dipasang peranti tersebut dan mengheret pemilik ke mahkamah.

Polis akan mempergiat penguatkuasaan dan melancarkan operasi khas untuk mengesan mana-mana kenderaan yang menggunakan peranti ini,” katanya dipetik The Star.

Beliau turut memaklumkan polis akan berbincang dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Kementerian Digital mengenai penjualan peranti itu dalam talian.

Undang-Undang Perlu Diperketat

Sementara itu, pakar kriminologi, Datuk Seri A Thaiveegan menegaskan penjualan peranti itu perlu dipandang serius kerana boleh menjejaskan penguatkuasaan undang-undang terhadap pesalah trafik dan menyukarkan pihak polis memburu penjenayah.

Pindaan sewajarnya perlu dibuat terhadap undang-undang berkaitan untuk mengharamkan pengimportan, pengeluaran tempatan, penyimpanan dan pemasangan peranti ini,” kata bekas Ketua Polis Pulau Pinang itu.

SUMBER: The Star

aksesori Auto Terkini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Number plate flipper
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    25/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ Ambil Tindakan Ke Atas 14,455 Kenderaan Sepanjang Op HRA 2026

    25/03/2026
    Auto Terkini

    Harga Minyak Global Turun, Harapan Diplomatik Redakan Ketegangan Asia Barat

    25/03/2026
    Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim, turunkan harga RON95 1.99 seliter mula 30 September ini.
    Auto Terkini

    MOF: Salah Guna Subsidi BUDI95, MyKad Individu Terlibat Disekat

    24/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    By Abang Hirata20/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?

    By Han Othman06/02/20192
    Auto Terkini

    KTM 990 RC R 2026 Rasmi di Pasaran Global, Dari RM66,000

    By Shazwan Hisam15/10/2025
    Auto Terkini

    Semua Stesen Minyak di Bangladesh Mungkin Tutup Sepenuhnya

    By Syafie24/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.