Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Polestar 2 (2024) Facelift Diperkenal, Jarak Pandu Hampir 600km, Pacuan RWD!
Roda4

Polestar 2 (2024) Facelift Diperkenal, Jarak Pandu Hampir 600km, Pacuan RWD!

Abang HirataBy Abang Hirata27/02/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

POLESTAR 2 mula memasuki pasaran kenderaan elektrik (EV) premium pada 2019. Walaupun masih baharu di pasaran, Polestar sudahpun memperkenal model versi dipertingkat (facelift).

Model facelift itu tampil dengan rupa depan ala Polestar 3, lebih berprestasi dengan motor elektrik baharu, dan  bateri lebih berkuasa serta buat kali pertama dalam pacuan roda belakang (RWD) untuk Polestar.

BACA >>> Bukan Kereta Terbang, Tapi Bot Hidrofoil Candela C-8 Ini Guna Bateri Polestar!
BACA >>> Polestar 2 Tunjuk Apa Akan Berlaku Terhadap Bateri EV Jika Kemalangan

Penaiktarafan itu juga meningkatkan lagi jarak pemanduan dan ciri penting untuk menambah daya tarik pembelian. Berikut fakta mengenai Polestar 2 (2024) facelift:

Motor Baharu, Pemanduan Diperkemas dan Sistem RWD

Menggunakan motor elektrik dan inverter baharu. Varian motor tunggal menggunakan RWD yang dikuasakan motor magnet kekal dan inverter silikon karbida.

Motor baharu dengan output hingga 220kW (295hp) daripada 170kW, dan tork 490Nm daripada 330Nm. Pecutan 0-100kmj dapat dibuat sepantas 6.2 saat, atau 1.2 lebih pantas berbanding model terdahulu.

Varian dua motor mempunyai tetapan bias kepada roda belakang. Motor depan sebagai punca pacuan utama dan disokong gandar depan dengan motor tak segerak baharu. Peningkatan kuasa pula 310kW (415hp) daripada 300kW dan tork 740Nm daripada 660Nm. Pecutan 0-100kmj sepantas 4.5 saat.

Motor depan juga boleh dinyah aktif apabila tidak diperlukan, dan diaktifkan semula apabila tambahan kuasa diperlukan.

Pilihan Performance Pack dengan kuasa hingga 350kW (469hp) dan pecutan 0-100kmj sepantas 4.2 saat. Pembeli juga boleh memuat turun perisian peningkatan prestasi secara atas talian OTA, ditawarkan varian Long Range Dual Motor.

Jarak Lebih Jauh, pengecasan Lebih Pantas

Dilengkapi bateri litium-ion baharu. Varian Long Range menggunakan bateri 82kWj daripada CATL dengan 27 modul. Varian Standard Range kekal dengan bateri 69kWj dengan 24 modul, dibekalkan LG Chem.

Bateri dinaik taraf boleh menerima kadar pengecasan lebih pantas hingga 205kW (DC) untuk Long Range dan 135kW (Standard Range).

  • Varian Long Range Dual Motor dengan fungsi nyah aktif boleh dipandu hingga 592km mengikut Prosedur Ujian Kenderaan Ringan Harmoni Sedunia (WLTP) atau peningkatan 105km.
  • Varian Long Range Single Motor boleh dipandu hingga 635km (WLTP), peningkatan 84km.
  • Varian Standard Range Single Motor pula boleh dipandu hingga 518km (WLTP), peningkatan 40km.

Emisi Karbon Lebih Rendah

Bateri 82kWj mengeluarkan emisi karbon 5.9 tan untuk setiap kereta, turun daripada 7 tan sebelum ini.

Ciri Standard Baharu

Dilengkapi ciri keselamatan dan kelengkapan baharu seperti:

  • Sistem Maklumat Titik Buta (BLIS) dengan sokongan stereng
  • Amaran Trafik Lintas (CTA) dengan brek automatik
  • Mitigasi dan Amaran Perlanggaran Belakang (RCWM)
  • Kamera Pandang Keliling 360º
  • Cermin sisi malap auto
  • Pengecas wayarles

SmartZone dan Rim 20 inci

Kali pertama diperkenalkan pada Polestar 2. Sama seperti Polestar 3, SmartZone pada gril dilengkapi ciri aktif kenderaan seperti kamera hadap depan dan radar jarak sederhana.

Dipasangkan rim aloi tempa 20 inci untuk Performance Pack yang sama seperti Polestar 3.

Sejak dilancarkan, Polestar sudah ditawarkan di 27 pasaran dunia dengan pengeluaran lebih 100,000 unit hingga lewat 2022. Tempahan Polestar 2 wajah baharu itu kini dibuka di laman web Polestar Eropah sebelum disusuli pasaran lain.

Penghantaran pertama dijadual pada suku ketiga 2023 pada harga bermula €50,190 (RM233,660).

BACA >>> Polestar 2 BST Edition 270 (2022) – Contoh EV yang Diubah Suai Secara Rasmi!
BACA >>> Luar Biasa! 2,000 Unit Polestar 2 Ditempah dalam Masa 2 Jam Sahaja di Korea!

Polestar 2 (2024)
Polestar 2 (2022) (Korea)
Auto Terkini EV Kenderaan Elektrik (EV) Polestar Polestar 2 Polestar 2024 Roda4
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Honda Insight Kembali, Jadi EV dan Bukan Hibrid, Gaya Crossover!

06/03/2026
JAECOO J5 lancar di Malaysia
Roda4

JAECOO J5 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM102,000!

05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

05/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.