• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PMX Terima Hadiah EV Jenama TOGG dari Presiden Turkiye

PMX Terima Hadiah EV Jenama TOGG dari Presiden Turkiye

February 10, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


PERDANA Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa beliau menerima kenderaan elektrik (EV) jenama TOGG yang dihadiahkan oleh Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan sebagai tanda persahabatan antara kedua-dua negara.

Anwar berkata beliau akan menggunakan kenderaan tersebut selama beliau menjawat jawatan Perdana Menteri dan selepas itu, ia akan diserahkan kembali kepada negara.

Anwar sempat menggunakan kenderaan berkenaan untuk meninjau persiapan sambutan lawatan rasmi Presiden Turkiye ke Malaysia. Namun, beliau menegaskan bahawa hadiah tersebut adalah untuk negara, bukan hak peribadinya.

Pada masa yang sama, Perdana Menteri turut menghargai usaha dan pengorbanan penjawat awam dalam mempersiapkan sambutan lawatan tersebut. Beliau melihat sendiri kecekapan dan dedikasi mereka dalam memastikan kelancaran acara yang melibatkan pelbagai agensi kerajaan.

Anwar juga menyatakan bahawa Malaysia, sebagai Pengerusi ASEAN, memanfaatkan peluang tersebut untuk menunjukkan kecekapan penjawat awam dalam menguruskan ratusan program ASEAN dengan efektif. Beliau memuji tahap persiapan yang luar biasa meskipun tidak semewah negara lain.

Menurut Anwar, pengurusan ASEAN lebih daripada sekadar kedudukan atau kebanggaan, ia mencerminkan kemampuan penjawat awam dalam memastikan pentadbiran negara berjalan lancar.

SUMBER: HarianMetro

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kenderaan Elektrik (EV), Pengerusi ASEAN 2025, PMX, Presiden Turkiye

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my