Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»PMX Jadi ‘Duta Jualan’ EV Perodua di Sidang Kemuncak G20 Afrika Selatan
Auto Terkini

PMX Jadi ‘Duta Jualan’ EV Perodua di Sidang Kemuncak G20 Afrika Selatan

SyafieBy Syafie11/11/2025
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PMX jadi duta jualan EV Perodua di G20

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal membawa nama industri automotif negara ke peringkat global apabila mengumumkan akan mempromosi model kenderaan elektrik (EV) Perodua ketika menghadiri Sidang Kemuncak G20 di Afrika Selatan, minggu depan.

Dalam ucapan ketika program lawatan dan sesi ramah mesra bersama warga kerja Perodua di Rawang hari ini, Anwar menyifatkan diri sebagai ‘pegawai pemasaran utama Perodua’, sambil menegaskan keyakinan terhadap potensi EV tempatan di pasaran antarabangsa.

Saya akan jadi pegawai pemasaran Perodua yang utama, mempromosikan EV tersebut ke Afrika Selatan.”

Promosi EV Malaysia ke Pasaran Antarabangsa

Selain Afrika Selatan, lawatan kerja Perdana Menteri turut merangkumi kunjungan rasmi ke Ethiopia dan Kenya dengan misi memperkukuh hubungan dua hala dan membuka peluang perdagangan baharu bagi produk buatan Malaysia, termasuk EV nasional.

Anwar berkata, pasaran tempatan tetap menjadi keutamaan bagi model EV Perodua, tetapi pada masa sama Kerajaan mahu membuka laluan eksport ke luar negara sebagai sebahagian strategi memperkukuh ekonomi hijau dan industri mobiliti elektrik negara.

Pasaran tempatan akan menjadi keutamaan EV ini, tetapi pada masa sama kita mahu tembusi pasaran luar negara.”

Brazil Tawar Akses Mudah untuk EV Perodua

Anwar turut mendedahkan, Brazil bersedia memberikan akses pasaran lebih mudah kepada produk keluaran Malaysia, termasuk EV.

Perkara itu disampaikan Presiden Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva ketika pertemuan bersama Anwar di Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, baru-baru ini.

Menurutnya, langkah itu sejajar usaha Kerajaan memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab automotif serantau, sekali gus menyokong sasaran peralihan negara ke arah penggunaan EV menjelang 2050.

Langkah promosi EV Perodua di pentas antarabangsa tersebut bukan sekadar simbol kebanggaan nasional, tetapi bukti kesungguhan Malaysia untuk menempatkan jenama tempatan dalam peta industri automotif global, dari Rawang ke dunia.

SUMBER: SinarHarian

Auto Terkini Kenderaan Elektrik (EV) Perodua PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) Sidang Kemuncak G20
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Lebuhraya WCE
Auto Terkini

160,000 Kenderaan Dijangka Penuhi WCE Hujung Minggu Ini

21/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

21/02/2026
KTM Komuter
Auto Terkini

KTMB Beri Potongan 30 Peratus untuk Balik Kampung Tanpa Jem

20/02/2026
Auto Terkini

Toyota RAV4 PHEV 2026 Lancar di Jepun, Jarak Pemanduan Elektrik 150 km!

19/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.