• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PLUS, Gentari Buka Stesen Cas DC Modular Mudah Alih di Hentian Sebelah Behrang Utara

PLUS, Gentari Buka Stesen Cas DC Modular Mudah Alih di Hentian Sebelah Behrang Utara

October 17, 2023 By Han Othman Leave a Comment

6
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Gentari Sendirian Berhad (Gentari) hari ini melancarkan Stesen Pengecas Pantas Kenderaan Elektrik (EV) Modular Mudah Alih Gentari dan EV Connection Sendirian Berhad (EVC) di Hentian Sebelah Behrang (arah Utara), Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Majlis pelancaran disempurnakan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi yang turut
dihadiri Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Ir Sazali Harun, Pengerusi PLUS Malaysia Berhad, Datuk Mohamad Nasir Ab Latif, Pengarah Urusan UEM Group Berhad dan Ahli Lembaga Pengarah PLUS, Datuk Mohd Izani Ghani, Pengarah Urusan PLUS, Datuk Nik Airina Nik Jaffar dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Gentari dan Ketua Pegawai Eksekutif Gentari Green Mobility, Shah Yang Razali, serta pengurusan kanan KKR, LLM, PLUS dan Gentari.

PLUS berganding bahu bersama Gentari untuk Stesen Pengecas Pantas EV Modular Mudah Alih Gentari dan EVC di Lebuhraya PLUS itu adalah bagi memudahkan pengguna EV mengecas kenderaan mereka di lokasi strategik.

Ini secara tidak langsung menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia beralih daripada penggunaan enjin pembakaran dalaman (ICE) tradisional kepada kenderaan dikuasakan tenaga elektrik.

Pengenalan inisiatif ini adalah selari usaha Kerajaan memperluas rangkaian stesen pengecas EV di seluruh negara.

Selain itu, usaha ini diharap dapat menyumbang dan membantu mempercepat pencapaian aspirasi Kerajaan ke arah mencapai Negara Rendah Karbon menjelang 2050.

Related

6
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, gentari, Gentari Green Mobility Sdn Bhd, Gentari Sdn Bhd, Hentian Sebelah Behrang (arah Utara), Kementerian Kerja Raya (KKR), Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), PLUS Malaysia Berhad, stesen cas EV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my