Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pininfarina Battista Reversario, EV Buatan Khas Paling Unik Dari Automobili Pininfarina, Kembar Battista Anniversario
Auto Terkini

Pininfarina Battista Reversario, EV Buatan Khas Paling Unik Dari Automobili Pininfarina, Kembar Battista Anniversario

Abang HirataBy Abang Hirata27/07/2024
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PININFARINA Battista Anniversario dilancar pada 2020 bagi meraikan ulang tahun ke-90 sejak Battista ‘Pinin’ Farina mengasaskan perusahaan pembinaan koc (badan kereta) dan reka bentuk Pininfarina.

Kereta hiper elektrik Anniversario dibuat sebanyak lima buah sahaja. Daripada lima buah, seorang pemilik mengambil keputusan untuk menempah sebuah lagi dan dinamakan sebagai Battista Reversario.

Unit itu merupakan buatan khas paling unik dari Automobili Pininfarina dan diinspirasi dari Anniversario dan konsep keseimbangan.

Setiap unit kereta buatan tangan yang keluar dari ibu pejabat Automobili Pininfarina di Cambiano, Itali merupakan luahan unik keperibadian pelanggan dan Reversario adalah contoh pegangan tersebut.

Reversario tiada pendua dan satu daripada ciri yang menyerlah terletak pada skema warna ‘terbalik’ Anniversario.

Sisi bawah dibuat dalam warna Bianco Sestriere (putih) manakala bahagian atas dalam warna Grigio Antonelliano (kelabu). Warna Iconica Blu pada sisi kereta seperti asal.

Logo dan tulisan Reversario ditempatkan pada sisi sayap gentian dan bahagian bawah saya belakang aktif.

Pada bahagian dalam, kerusi Pilota dibalut Alcantara putih atas putih (white-on-white) selain perkakasan lain seperti penahan cawan dan tali pinggang keledar dalam warna Iconica Blu dan latar belakang hitam.

Warna biru menaikkan seri dalaman dan berbeza dengan pilihan warna seperti merah atau kuning.

Tidak hanya kereta, Reversario didatangkan bersama tiga jenis beg yang dibuat dari kulit hitam dengan kemasan Iconica Blu dan Alcantara off-white.

Satu petikan menarik tentang projek ini daripada pemilik Reversario ialah “Kembar tidak boleh dipisahkan kerana mereka benar-benar bersatu dalam reka bentuk.”

Battista Reversario sama seperti Anniversario bukan sebuah lagi kereta berprestasi tetapi kereta buatan Itali yang sah di jalan raya paling berkuasa pernah dihasilkan.

Anniversario menggunakan bateri litium-ion kapasiti tinggi 120 kilowatt-jam (kWj) yang disimpan di dalam perumah gentian karbon yang kuat dan ringan.

Pek pateri bentuk T sejukan cecair dipasang di tengah dan belakang kerusi untuk mendapatkan pusat graviti rendah.

Kuasa yang dihasilkan setinggi 1,874 bhp dan tork 2,300Nm dengan pecutan 0 sehingga 100 kilometer sejam (kmj) hanya perlu 1.86 saat dan 0 sehingga 200 km/j dalam masa 4.75 saat.

Empat motor elektrik menggerakkan setiap roda dan dilengkapi sistem elektronik seperti Full Torque Vectoring, Kawalan Penstabilan Elektronik dan perisian diferensial untuk pemandu memilih penghantaran kuasa dan tindak balas pengendalian.

Pemandu mempunyai pilihan mod Calma, Pura, Energica, Furiosa dan Carattere.

Pininfarina Battista Reversario:

Pininfarina Battista Reversario dan Anniversario:

Pininfarina Pininfarina Battista Pininfarina Battista Anniversario Pininfarina Battista Reversario Pininfarina Battista Reversario dan Anniversario
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Lebuhraya WCE
Auto Terkini

160,000 Kenderaan Dijangka Penuhi WCE Hujung Minggu Ini

21/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

21/02/2026
KTM Komuter
Auto Terkini

KTMB Beri Diskaun 30 Peratus Tambang ETS Balik Kampung Sambut Ramadan

22/02/2026
Tirai MotoGP 2026 gegar Kuala Lumpur
MotoGP

#MotoGP2026: 20,000 Peminat Gegar Ibu Kota Sempena Pelancaran Musim 2026

21/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.