Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Piaggio Perkenal Siri Vespa Dual (2023) di India, Harga Mula RM7.3k!
Auto Terkini

Piaggio Perkenal Siri Vespa Dual (2023) di India, Harga Mula RM7.3k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju24/05/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PIAGGIO Vehicles memperkenalkan siri skuter terbaharu, Vespa Dual (2023) ke pasaran India dalam dua varian enjin, 125cc dan 150cc.

Asasnya, siri Dual ialah produk sedia ada Vespa VXL dan SXL, tetapi hadir dengan kombinasi dwi-tona untuk badan dan beberapa komponen seperti panel sisi, lantai, balutan pelana dan perehat bonceng.

PILIHAN WARNA VESPA DUAL

Semua siri Vespa Dual (2023) menggunakan putih mutiara (Pearl White) sebagai warna asas badan dengan satu warna tambahan untuk menjadikan model itu sebagai Vespa dwi-tona istimewa.

Vespa Dual VXL dan SXL masing-masing didatangkan dalam dua warna pilihan berikut:

  • VXL: Pearl White dengan Azuro Provenza (putih-biru), Pearl White dengan Beige (putih-coklat lembut)
  • SXL: Pearl White dengan Matte Red (putih-merah), Pearl White dengan Matte Black (putih-hitam)

HARGA VESPA DUAL

Varian VXL

  • 125 – 132,000 rupee (RM7,320)
  • 150 – 146,000 rupee (RM8,090)

Varian  SXL

  • 125 – 137,000 rupee (RM7,590)
  • 150 – 149,000 rupee (RM8,260)

TRENKUASA VESPA DUAL

  • Enjin 125cc berkuasa 9.65hp @ 7,400rpm, tork 10.11Nm @ 5,600rpm.
  • Enjin 150cc berkuasa 10.64hp @ 7,400rpm, tork 11.26Nm @ 5,300rpm

APA BERBEZA?

  • Vespa Dual dilengkapi perehat bonceng, pelekat badan khas dan balutan pelana mengikut warna skuter.
  • Vespa Dual VXL menggunakan lampu utama dan cermin sisi bulat, manakala Vespa Dual SXL hadir dengan rekabentuk bersegi untuk dua komponen tersebut (lampu dan cermin sisi).
  • Fork depan sebelah dengan dwi-absorber untuk suspensi belakang (semua varian).
  • Lampu utama LED.
  • Varian 150cc dipasangkan rim aloi 11 inci dengan tayar 110/70 (depan), dan 10 inci dengan tayar 120/70 (belakang).
  • Versi 125cc dipasangkan rim aloi 10 inci dengan tayar saiz 90/100.
  • Setiap varian dipasangkan brek cakera tunggal di depan. Model 150cc dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) saluran tunggal, manakala varian 125cc menggunakan Sistem Brek Kombi (CBS).
Piaggio India roda2 skuter Vespa Vespa Dual (2023) Vespa SXL Vespa VXL
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Super-N Diperkenal, Hanya GBP20k (RM106k)!

    10/04/2026
    Honda Vario 125 Street 2026
    Roda2

    Honda Vario 125 Street 2026 Rasmi Tiba di Malaysia – Gaya Street, Harga RM7,468

    10/04/2026
    Auto Terkini

    Denza Z9GT: Shooting-Brake China Kini Di Eropah, Fungsi Crab-Walk, EV dan Hibrid

    10/04/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Mekanisme MyKad, MyKasih untuk Subsidi Diesel

    10/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Proton X50 2026 Quartz Black
    Roda4

    Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

    By Shazwan Hisam09/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.