Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pharmaniaga Mula Guna EV Hantar Ubat Bulan Depan
Auto Terkini

Pharmaniaga Mula Guna EV Hantar Ubat Bulan Depan

Han OthmanBy Han Othman27/09/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PHARMANIAGA Berhad (Pharmaniaga) menerusi anak syarikat milik penuh, Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd (PLSB) melancarkan penggunaan kenderaan elektrik (EV) untuk menghantar ubat-ubatan di beberapa kawasan sekitar Lembah Klang.

Pelancaran itu disempurnakan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang sempena Sambutan Ulang Tahun Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) ke-50 di Pangkalan Udara di Kuantan, Pahang, semalam.

BACA >>> Indonesia Sasar Keluarkan 600k Unit Kenderaan Elektrik Menjelang 2030
BACA >>> Duo Sportbike EV Kawasaki E2, E2-R Lancar di Eropah November Ini?

Operasi penghantaran ubat ke klinik kesihatan dan hospital Kerajaan akan menggunakan dua EV bermula Oktober ini.

Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniaga Berhad, Datuk Zulkarnain Md Eusope berkata, pengggunaan EV adalah sebahagian usaha kelestarian jangka panjang syarikat dalam mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, sekali gus menyokong seruan Kerajaan untuk emisi rendah karbon di bawah inisiatif Aspirasi Karbon Rendah 2040.

Sebagai salah satu GLC terbesar Malaysia, kami menyahut seruan Kerajaan mencapai aspirasi ini bagi menjamin kelestarian dan pembangunan negara mampan, dan pada masa sama mampu mencapai matlamat karbon neutral di Malaysia pada 2040.

“Kami bercadang menambah bilangan EV kepada 30 peratus dalam tiga tahun akan datang, seterusnya meningkatkan bilangan kepada 60 peratus menjelang 2028,” katanya.

Zulkarnain berkata, Pharmaniaga mensasarkan penggunaan penuh EV di seluruh rangkaian ekosistem pengangkutan logistik syarikat menjelang 2035.

Penggunaan EV baharu itu membolehkan PLSB melalui bukti konsep mencuba kebolehlaksanaan penerapan teknologi EV dalam kumpulan logistik sedia ada dan apabila berjaya, syarikat akan mengkaji meningkatkan bilangan EV untuk penghantaran ubat-ubatan ke daerah lebih jauh.

PLSB ialah pemacu utama syarikat dalam perkhidmatan logistik dan edaran yang membekalkan produk dan ubat-ubatan serta penjagaan kesihatan seluruh negara. PLSB memiliki lima pusat pengedaran di Selangor, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

BACA >>> Pelajar, Siswa Pulau Bali Perlu Guna EV, Mula 2023
BACA >>> Mitsubishi eK X EV (2022) dengan Harga Mula RM59.6k, Termasuk Subsidi Gomen Jepun!

SUMBER: Bernama

Aspirasi Karbon Rendah 2040 Auto Terkini Jeneral Tan Sri Affendi Buang Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Panglima Angkatan Tentera Pharmaniaga Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd (PLSB)
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
Auto Terkini

Honda Insight Kembali, Jadi EV dan Bukan Hibrid, Gaya Crossover!

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Auto Terkini

JPJ Negeri Sembilan Buka Bidaan Nombor Plat Siri ‘NEK’ Bermula 9 Mac

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.