Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Petronas Taja MIE Racing untuk WorldSBK, Hafizh dan Adam Wakil Malaysia
Auto Terkini

Petronas Taja MIE Racing untuk WorldSBK, Hafizh dan Adam Wakil Malaysia

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize26/02/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PETRONAS diumumkan sebagai penaja utama baharu bagi pasukan MIE Racing Honda Team menjelang Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) FIM 2023 yang bermula di Pulau Phillip, Australia hujung minggu akan datang.

Perjanjian dengan Petronas itu membolehkan MIE Racing mengembangkan projek dan menetapkan beberapa matlamat besar musim ini dan seterusnya.

Honda Petronas MIE Racing akan meneruskan saingan WorldSBK dengan menampilkan pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah dan pelumba dari Brazil, Eric Granado.

Musim ini juga menyaksikan debut pasukan Supersport buat kali pertama menerusi pembentukan pasukan baharu Petronas MIE MS Racing Honda Team.

Dalam kelas Supersport, pasukan itu akan menggunakan khidmat pelumba muda berbakat, Tarran Mackenzie dari England dan bakat tempatan, Muhamad Adam Norrodin.

Keempat-empat pelumba bersama pemilik MIE Racing, Midori Moriwaki dan wakil Petronas turut memperkenalkan jentera Honda CBR1000RR-R dan Honda CBR600RR secara maya yang akan berentap dalam kelas Superbike dan Supersport.

Ia memang kebanggaan dan kepuasan sebenar pasukan Honda MIE Racing kerana dapat mengumumkan kerjasama bertahun-tahun dengan Petronas,” kata Moriwaki dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas, Datin Anita Azrina Abdul Aziz berkata, Petronas amat berbesar hati bekerjasama dengan Midori dan sangat teruja memulakan projek terbaharu ini.

Kami pernah bekerjasama dengan Midori sebelum ini dan kami mengharapkan perkongsian yang berjaya dengan Petronas MIE Racing Honda Team, kerana WorldSBk akan memberi peluang untuk memacu kemajuan teknologi minyak kami dalam sukan permotoran dan meletakkan Petronas sebagai jenama komersial,” katanya.

Logo Petronas

Dengan kemunculan Petronas, MIE Racing bersedia memberi tumpuan kepada projek jangka panjang lebih luas dan pembangunan ‘program akademi’ yang bakal menyaksikan rakan kongsinya bergabung tenaga untuk memanfaatkan saingan WorldSBK dan Supersport sebagai platform dan pemangkin untuk program pembangunan bakat di Malaysia.

Usaha tersebut juga membolehkan Petronas mempamerkan kepakaran dan menjalankan ujian serta pembangunan produk bersama pasukan, yang akan membantu memperkasa produk premium syarikat tenaga itu bagi pengeluaran motosikal superbike prestasi tinggi.

BACA >>> Juara WorldSBK 2021, Toprak Sertai Yamaha untuk MotoGP 2023?
BACA >>> Hafizh Sah Sertai WorldSBK Musim Depan!

SUMBER: Bernama

Adam Norrodin CBR1000RR-R Hafizh Syahrin Abdullah Honda CBR600RR Malaysia midori MIE Racing Honda Team Petronas superbike supersport WSBK
Sharil Tarmize

Artikel Berkaitan

Bikin Auto

#BikinAuto: M Performance Track Kit untuk BMW M2 dan Ekzos M Performance untuk BMW M2 CS

02/03/2026
Lee Chong Wei kini pemilik Zeekr 7X
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
KTM Komuter
Auto Terkini

KTM Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

02/03/2026
Marco Bezzechi juara GP Thailand 2026
Sukan Permotoran

#MotoGP2026: Aprilia Juara Aksi Pembukaan, Marquez Bersara Awal

02/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.