Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Petronas Sprinta F900HD – Pelincir Baharu Khas untuk Enjin V-Twin
Aksesori

Petronas Sprinta F900HD – Pelincir Baharu Khas untuk Enjin V-Twin

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam30/07/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PETRONAS Lubricants Marketing (Malaysia) Sdn Bhd (PLMMSB) hari ini mengumumkan pelancaran produk terbaharu, Petronas Sprinta F900HD, iaitu minyak pelincir premium yang direka khas untuk enjin V-Twin.

Teknologi UltraFlex™ untuk Ketahanan Maksimum

Menggunakan teknologi UltraFlex™, kelebihan utama Sprinta F900HD adalah kemampuan mengekalkan kestabilan enjin dalam kondisi tekanan dan suhu tinggi. Formulasi itu menjadikan minyak enjin itu sangat sesuai untuk motosikal jenis cruiser, touring dan enduro.

Piawaian, Formulasi Taraf Dunia

Minyak pelincir itu dirumus khas dengan gabungan Ester+ dan polyalphaolefin (PAO) yang lulus piawaian antarabangsa JASO MA2 dan API SN dengan dua pilihan kelikatan ditawarkan: 10W-60 dan 20W-50.

Ujian Ketahanan, Pengesahan Lapangan

Sebelum dipasarkan, Sprinta F900HD sudah menjalani ujian menyeluruh di pusat penyelidikan Petronas di Turin, Itali, iaitu tempat semua pelincir jenama itu diformulasi.

Malah bagi tujuan pengesahan dunia nyata, lima unit motosikal Harley-Davidson turut diuji pengguna sebenar di jalan raya dengan jarak melebihi 5,000km.

Patuh Piawaian SIRIM 58

Sebagai jaminan tambahan kepada pengguna, Sprinta F900HD juga mematuhi piawaian terkini SIRIM 58, iaitu standard yang mengesahkan ketulenan dan keaslian minyak pelincir daripada SIRIM Malaysia.

Harga, Edaran

Dari segi harga, Petronas Sprinta F900HD ditawarkan pada harga berikut:

  • RM97 -Produk 10W-60
  • RM93 – Produk 20W-50

Harga itu meletakkan Petronas Sprinta F900HD sebagai antara minyak pelincir terbaik dalam kelas dari segi spesifikasi dan nilai untuk wang.

Produk tersebut akan mula dipasarkan berperingkat menerusi bengkel terpilih Petronas, terutama bengkel rasmi yang menawarkan produk Sprinta.

Komitmen Petronas untuk Penunggang V-Twin

Dengan pelancaran Sprinta F900HD, Petronas terus memperkukuh komitmen dalam menyediakan penyelesaian pelinciran berkualiti tinggi, khusus untuk keperluan penunggang motosikal V-Twin di Malaysia.

Petronas Sprinta F900HD
Petronas Sprinta F900HD
Petronas Sprinta F900HD
Petronas Sprinta F900HD
Petronas Sprinta F900HD
Petronas Sprinta F900HD
Petronas Sprinta F900HD
Petronas Sprinta F900HD
aksesori minyak enjin Minyak Pelincir PETRONAS Sprinta F900 Petronas Sprinta F900HD
Shazwan Hisam

Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

Artikel Berkaitan

Indian Motorcycle sambut aniversari 125-tahun
Roda2

Indian Motorcycle Sambut 125 Tahun, Lancar Empat Model Edisi Khas

02/03/2026
Alpinestars Tech-Air 5 Plasma
Aksesori

Alpinestars Tech-Air 5 Plasma: Beg Udara Paling Canggih Setakat Ini?

24/02/2026
LS2 OF628 Compass
Aksesori

LS2 Lancar Helmet OF628 Compass, Harga Mula RM388

08/02/2026
Aksesori

But Menunggang LS2 Torrent Waterproof Boots Rasmi Lancar, Harga RM369

08/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.