• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PETRONAS Sprinta Bonanza 2019: Suami Mengidam YSuku, Isteri Bawa Balik Percuma!

PETRONAS Sprinta Bonanza 2019: Suami Mengidam YSuku, Isteri Bawa Balik Percuma!

August 26, 2019 By Aryon Leave a Comment

86
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LAGI pemenang peraduan PETRONAS Sprinta Bonanza anjuran PETRONAS Lubricants Marketing Sdn Bhd (PLMMSB) yang membawa pulang hadiah bulanan untuk Julai berupa motosikal Yamaha Y15ZR edisi khas.

Pemenang bertuah kali ini dimenangi ibu kepada tiga anak, Norasyikin Mohd Salleh dari Johor yang menyertai peraduan itu dengan membeli pakej minyak pelincir dan kemeja-T Sprinta di khemah PETRONAS pada kejohanan PETRONAS Cub Prix di Pontian, Johor, Julai lalu.

BACA >>> Peraduan PETRONAS Sprinta Bonanza Tawar 3 Model Popular Yamaha Sebagai Rebutan

Norasyikin berkata, suaminya sudah berhasrat mahu membeli model kapcai itu dalam masa terdekat. Jadi apabila dimaklumkan PLMMSB, berita kemenangan tersebut ini memang sangat mengujakan mereka berdua.

Majlis penyerahkan motosikal itu dihadiri Norasyikin dan keluarganya pada acara pusingan keenam PETRONAS Cub Prix di litar Kompleks Sukan Gong Badak Kuala Terengganu dengan hadiah disampaikan Pengurus Besar PETRONAS Wilayah Timur, Datuk Wan Mohd Hasnan Abdullah.

BACA >>> Mahu Servis Kereta? Inilah 5 Sebab Kenapa Anda Perlu Pilih PETRONAS Auto Expert

SENARAI PEMENANG YAMAHA Y15ZR MAC-JULAI 2019

Julai - Norasyikin Mohd Salleh
Jun - Ahmad Shafiq Ahmad Sharifudin
Mei - Muhamad Faez Aju
April - Mohd Arif Mohmad Yasin
Mac - Sahrulnaim Sahrahan

Masih ada dua (2) unit Yamaha Y15ZR, yang popular dengan julukan YSuku untuk dimenangi hingga tempoh peraduan tamat pada 30 September ini. Hadiah kedua, Yamaha R25 dan utama, Yamaha R6) akan disampaikan pelumba Petronas Yamaha SRT, Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli pada acara MotoGP di Malaysia November nanti.

Maklumat lanjut peraduan boleh didapati di laman sosial Facebook PETRONAS Sprinta Malaysia dan Instagram @petronas_sprintamy.

Artikel Berkaitan

86
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Norasyikin Mohd Salleh, Petronas, PETRONAS Lubricants Marketing Sdn Bhd (PLMMSB), PETRONAS Sprinta Bonanza, super moped, Yamaha, Yamaha Y15ZR edisi Petronas, Yamaha YSuku, YSuku

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MOT Sedang Bangunkan Aplikasi Lupus Kenderaan Lama, Tak Perlu Hadir ke JPJ
    MOT Sedang Bangunkan Aplikasi Lupus Kenderaan Lama, Tak Perlu Hadir ke JPJ
  • MB Kedah Dilarang Hadir LIMA'23?
    MB Kedah Dilarang Hadir LIMA'23?
  • #Videotomotif: YouTuber India Buktikan Ducati Panigale V4 S Boleh Masak Telur Dadar!
    #Videotomotif: YouTuber India Buktikan Ducati Panigale V4 S Boleh Masak Telur Dadar!
  • Polis Tahan Dua Mekanik Bengkel Terlibat Kes Samun Bersenjata di Parit Sulong
    Polis Tahan Dua Mekanik Bengkel Terlibat Kes Samun Bersenjata di Parit Sulong

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my