Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Petronas AutoExpert Dibuka Di Ipoh, Pertama Di Perak!
Auto Terkini

Petronas AutoExpert Dibuka Di Ipoh, Pertama Di Perak!

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize27/03/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

MAJLIS Amanah Rakyat (MARA) telah merasmikan sebuah pusat servis kenderaan, Is Tayar Maju Sdn Bhd di bawah program Pembangunan Usahawan Automotif MARA-Petronas (PUMP) yang pertama di Perak.

Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, Dato’ Zulfikri Osman berkata, pembukaan pusat servis ini selari dengan objektif MARA dalam membangunkan komuniti usahawan automotif yang dinamik dan kompeten.

Sejak tahun 2021, MARA Aktif memperkasa jenama perniagaan program PUMP dalam meningkatkan imej dan menepati piawaian industri, seterusnya memperkukuhkan jenama program supaya ia dilihat setara atau lebih baik daripada pesaing di pasaran,” tambah Zulfikri.

Menurutnya, peningkatan imej penting untuk memberikan imej pusat servis yang lebih segar, dinamik, berani serta mampu menarik lebih ramai pelanggan.

PUMP yang berkolaborasi bersama Petronas Lubricants Marketing (Malaysia) Sdn Bhd (PLMMSB) itu dilengkapi dengan modul latihan berstruktur yang komprehensif dan seterusnya usahawan akan melaksanakan proses pengubahsuaian premis bagi mewujudkan outlet di bawah jenama tersebut.

Selain daripada latihan dan pengubahsuaian, usahawan yang terpilih turut akan menerima khidmat nasihat serta dibantu dengan kemudahan pembiayaan perniagaan bagi mereka yang layak. Proses pengubahsuaian dijangka mengambil masa selama 3 bulan.

MARA mensasarkan kepada usahawan yang ingin meningkatkan imej pusat servis serta menaiktaraf pusat servis kepada yang lebih baik. Selain itu, kami turut memberi galakan kepada lepasan Institusi Pendidikan MARA (IPMA) dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta untuk menceburi atau menjalankan perniagaan dalam bidang Automotif,” katanya

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PLMMSB, Mohd Zameer B Mohd Zahur Hussain berkata MARA akan memberi sokongan penuh kepada seluruh jaringan Petronas AutoExpert terutama dari segi kemahiran teknikal, latihan, peralatan dan pemasaran agar semua pengusaha PUMP mendapat nilai mampan.

Sehingga kini, sebanyak 20 outlet PUMP telah dibangunkan melibatkan peruntukan pembiayaan sebanyak RM10.3 juta. Usahawan di bawah program ini telah mencapai nilai jualan sebanyak RM15.85 juta.

Pembukaan outlet Is Tayar Maju Sdn Bhd yang dimiliki oleh Ismail bin Ahmad, 52, secara tidak langsung dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi tempatan di samping mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

BACA >>> Petronas Taja MIE Racing untuk WorldSBK, Hafizh dan Adam Wakil Malaysia
BACA >>> Little Joe Lancar Pewangi Kereta Mesra, Boleh Beli di Kedai Mesra Petronas

Ipoh mara Perak PETRONAS AutoExpert pusat servis
Sharil Tarmize

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Geely Auto No.1 di China 2 Bulan Berturut-Turut!

10/03/2026
Auto Terkini

Viral Pemandu BMW 325i ‘Drift’ di Genting Highlands Ditahan Polis, Kereta Kena Sita

09/03/2026
Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
Auto Terkini

Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

09/03/2026
JPJ lancar JPJvBID
Auto Terkini

JPJ Lancar JPJvBID – Platform Digital Lelongan Kenderaan Sita

09/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.