• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Little Joe Lancar Pewangi Kereta Mesra, Boleh Beli di Kedai Mesra Petronas

Little Joe Lancar Pewangi Kereta Mesra, Boleh Beli di Kedai Mesra Petronas

February 14, 2023 By Sharil Leave a Comment

66
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

KERJASAMA antara Mesra Retail & Café Sendirian Berhad dan Little Joe Malaysia menampilkan pewangi udara kereta Mesra baharu.

Pewangi udara kereta Mesra ini tiba dalam lapan jenis bau seperti Black Velvet, Ocean Splash, Fruit, Fresh Mint, New Car, Passion, Cherry dan Vanila.

Bagaimanapun, hanya haruman New Car dan Fruit boleh didapati secara eksklusif di Kedai Mesra di stesen minyak Petronas.

Pewangi ini diperkenalkan di Kedai Mesra pada 2019 lagi, dihasilkan berasaskan polimer (bukan cecair) yang tidak menyebabkan sebarang tumpahan cecair, sekali gua mampu melindungi bahagian dalam kereta.

Semua produk dijamin 100 peratus selamat kerana wangian dihasilkan mengikut piawaian IFRA yang mematuhi keperluan capaian untuk industri pewangi dan perisa.

Pewangi Little Joe juga dijamin mesra alam, bebas alkohol dan dihasilkan untuk menarik perhatian orang muda dengan ciri cerah, berwarna-warni dan bentuk comel.

Produk ini adalah kerjasama terbaharu Little Joe dan Mesra Retail & Café Sendirian Berhad, yang juga produk eksklusif ketiga dihasilkan Little Joe. Produk ini boleh didapati di Kedai Mesra Petronas bermula Januari 2023.

Pelancaran penyegar udara baharu Little Joe, yang diasaskan di Switzerland dan dihasilkan di Itali, bertujuan membawakan produk penjagaan kereta yang lebih segar di Kedai Mesra buat pelanggan.

Sementara itu, wakil Little Joe berkata, lebih banyak kempen dan promosi akan diadakan di Kedai Mesra untuk pelanggan Petronas pada masa akan datang.

Pada Mac nanti, Mesra Retail & Café Sdn Bhd dan Little Joe akan melancarkan ‘Kempen Balik Raya Little Joe’ dengan menawarkan lebih banyak hadiah menarik untuk dimenangi!

BACA >>> Little Joe, Harimau Malaya Jalin Kerjasama, Tawar Penyegar Udara Edisi Khas
BACA >>> Kad TnG Edisi Khas BAM Versi Original Boleh Beli Esok, Tapi Kad AMG Petronas Orizainal

Artikel Berkaitan

66
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: kedai mesra, little joe malaysia, Mesra Retail & Café Sendirian Berhad, Petronas, pewangi kereta

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!
    HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!
  • Inilah 13 Ciri Menarik Yamaha Y16ZR (2021) yang Perlu Anda Tahu
    Inilah 13 Ciri Menarik Yamaha Y16ZR (2021) yang Perlu Anda Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #ApaNakBuat: Indikator Bateri Menyala atau Berkelip?
    #ApaNakBuat: Indikator Bateri Menyala atau Berkelip?

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my