• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Perodua Tawar Pakej Auto Rahmah 2023 kepada Pemilik Axia, Bezza Hingga 15 Mei Ini

Perodua Tawar Pakej Auto Rahmah 2023 kepada Pemilik Axia, Bezza Hingga 15 Mei Ini

April 12, 2023 By Sharil Leave a Comment

67
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERODUA memperkenalkan pakej servis khas kepada pemilik Axia dan Bezza dalam usaha mengurangkan impak kenaikan harga barang dan pada masa sama mempromosi perkhidmatan penyelenggaraan kenderaan dan keselamatan terbaik menjelang sambutan Aidilfitri.

Pakej servis khas itu adalah maklum balas kepada Pakej Auto Rahmah yang baru dilancarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di bawah program 'Payung Rahmah' yang bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup ditanggung rakyat.

Kempen servis khas itu, yang dikenali sebagai Perodua Auto Rahmah 2023, terdiri daripada diskaun 30 peratus untuk jumlah keseluruhan dalam satu invois bagi alat ganti dan kos buruh.

Bagi melayakkan diri dalam kempen tersebut, pemilik Axia dan Bezza dikehendaki membuat janji temu di Pusat Servis Perodua berdekatan yang mana kempen berlangsung bermula 12 April hingga 15 Mei ini. (Tertakluk kepada Terma dan Syarat). 

Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pemilikan kenderaan kini menjadi satu keperluan bagi kebanyakan orang. Justeru kos pemilikan kenderaan seperti pinjaman, perbelanjaan bahan api, tol dan penyelenggaraan juga menjadi antara komponen utama perbelanjaan isi rumah rakyat Malaysia.

Beliau berkata;

MITI sangat berbesar hati kerana Perodua menyahut saranan Kerajaan menerusi Pakej Auto Rahmah 2023 yang menawarkan diskaun penyelenggaraan kenderaan di Pusat Servis rasmi.

"Kami harap jenama kenderaan lain juga akan turut mengikuti langkah Perodua bagi membantu memastikan keselamatan pemilik kenderaan dan mereka tersayang ketika di jalan raya, terutama menjelang musim perayaan Aidilfitri yang bakal tiba.

"Adalah menjadi keutamaan Kerajaan mencari kaedah terbaik dalam mengurangkan kesan kenaikan harga dan MITI sedang memanfaatkan peranannya untuk mencapai objektif itu."

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, pakej servis khas Perodua Auto Rahmah 2023 adalah dikhaskan kepada pelanggan Axia dan Bezza yang membantu memenuhi keperluan pemotoran dan pada masa sama mengurangkan kos sara hidup.

MITI sentiasa menjadi penyokong terbesar kami dan kini sedang bekerjasama dengan kami dalam merealisasikan diskaun servis khas ini,” katanya.

Menurut Zainal Abidin, Axia dan Bezza adalah model Perodua paling popular dan digunakan meluas sebagai mod pengangkutan utama pelanggan pengeluar nasional itu. Justeru Perodua ingin memastikan usaha dibuat dapat dinikmati golongan sasar dan memberikan ketenangan ketika memandu.

Ini lebih penting dengan sambutan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi kerana kebanyakan pemilik kenderaan merancang melakukan perjalanan jauh untuk bersama keluarga tersayang. Kami mengucapkan selamat menyambut Ramadan penuh keberkatan dan Hari Raya yang indah," tambah Zainal.

BACA >>> CEO: Tiada Perodua Bezza (2023) Baharu, Tahun Ini Cuma Ada Axia
BACA >>> #TahukahAnda: Perodua Axia (2023) Ada Pantang Sebelum 1,000km, Jangan Lenjan Saja!

Related

67
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, axia, Bezza, MITI, pakej, Pakej Auto Rahmah, Pakej Auto Rahmah 2023, Payung Rahmah, Perodua, Perodua Auto Rahmah 2023, servis, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev