Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Perodua Mahu Hasilkan EV Versi CKD Bawah RM100k?
Auto Terkini

Perodua Mahu Hasilkan EV Versi CKD Bawah RM100k?

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize30/08/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) merancang menghasilkan kenderaan elektrik (EV) versi pemasangan tempatan (CKD) dengan kerjasama rakan kongsi di Jepun.

Presiden dan CEO Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, syarikat itu sedang melihat pelbagai cara memperkenalkan EV di pasaran dengan harga berpatutan untuk kebanyakan rakyat Malaysia.

Kami sedang giat berusaha merapatkan jurang ini dengan sokongan penuh rakan kongsi kami. Kami yakin kami akan dapat menghasilkan sesuatu dalam masa terdekat.”

“Cabaran lain adalah menetapkan harga kereta supaya mampu dimiliki kebanyakan rakyat Malaysia. Kami tidak mempunyai keupayaan untuk melakukan ini sendiri,” katanya kepada The Edge.

Zainal berkata lagi, Perodua sedang melihat pelbagai cara meningkatkan ekosistem automotif Malaysia mengenai kaedah menghasilkan kereta dan menghantar ke pasaran besar-besaran dengan meningkatkan keupayaan vendor dalam menghasilkan alat ganti berkaitan EV.

EV IMPORT TIDAK BOLEH BAWAH RM100K?

Bajet 2022 memperkenalkan pelbagai insentif untuk EV yang membuka jalan kepada pengeluar EV asing seperti Tesla dan BYD untuk membawa jenama itu ke Malaysia pada harga kompetitif.

Bagaimanapun, EV yang diimport (CBU) tidak boleh berharga di bawah RM100,000. Ini antara langkah yang dibuat untuk melindungi operasi pemasangan kereta tempatan.

Justeru jika Perodua mampu mengeluarkan dan memasang EV secara tempatan, produk itu boleh dijual bawah harga RM100,000. Bagaimanapun, ketika ini rakan kongsi Perodua, Daihatsu Motor Co Ltd masih belum memiliki produk EV penuh.

Daihatsu pula ialah subsidiari milik penuh Toyota Motor Corp, yang melabur banyak dalam menghasilkan bateri lebih cekap dengan objektif menghasilkan model hibrid.

Sebaliknya, pesaing terdekat Perodua dalam pasaran domestik, Proton Holdings Bhd, mempunyai rakan kongsi Zhejiang Geely Holdings Group Co yang mempunyai model EV. Tahun ini Geely menyatakan rancangan pelaburan RM5 bilion di Tanjung Malim, yang dipercayai khas untuk pembuatan EV.

BACA >>> Proton Rancang Keluar EV Pertama Malaysia pada 2025
BACA >>> MITI Minta Proton, Perodua Percepat Pengeluaran EV Nasional Rahmah

SUMBER: TheEdge

Auto Terkini CEO Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad EV Perodua Kenderaan Elektrik (EV) Kereta Elektrik (EV) PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua)
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Super-N Diperkenal, Hanya GBP20k (RM106k)!

    10/04/2026
    Auto Terkini

    Denza Z9GT: Shooting-Brake China Kini Di Eropah, Fungsi Crab-Walk, EV dan Hibrid

    10/04/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Mekanisme MyKad, MyKasih untuk Subsidi Diesel

    10/04/2026
    Kerajaan cadang letak polis di stesen minyak sempadan
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Letak Polis di Stesen Minyak Sempadan

    09/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Proton X50 2026 Quartz Black
    Roda4

    Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

    By Shazwan Hisam09/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.