Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Perodua Beli Mesin Tera Tekan RM7j untuk Vendor Tanjung Malim
Auto Terkini

Perodua Beli Mesin Tera Tekan RM7j untuk Vendor Tanjung Malim

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju29/10/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERODUA memperkenalkan mesin tera tekan (press stamping) baharu di kilang vendor, IQM Sdn Bhd, Tanjung Malim, Perak.

Mesin itu, yang menelan pelaburan berjumlah RM7 juta, termasuk kos pemasangan dan pengangkutan, akan digunakan untuk pembuatan komponen dan  alat ganti model lama dan baharu.

Langkah tersebut adalah salah satu inisiatif Perodua dan pembekal dalam usaha mengembangkan perniagaan sebagai pembekal automotif bertaraf dunia. Mesin tera hidraulik seberat 1,600 tan metrik itu akan menghasilkan komponen badan kenderaan seperti penutup enjin, panel luar sisi, panel suku belakang, fender, pintu dan bumbung untuk model Perodua.

BACA >>> Kos Servis Bezza Lagi Mahal Berbanding Proton Persona (2019), Ini Jawapan Perodua!

IQM Sdn Bhd ialah pembekal alat ganti untuk lapan model Perodua, antaranya Myvi generasi pertama, Viva, Kelisa dan Kancil. Perodua turut memindahkan semua acuan tera (stamping dies) yang diperlukan untuk menghasilkan alat ganti model terdahulu ke lQM.

Selain menyediakan ruang lebih luas di kilang Perodua, pemindah itu juga mampu menjimatkan kos dan masa, termasuk memudahkan pemantauan dan pengurusan di bawah satu bumbung. Perodua juga berkongsi kemahiran dan pengetahuan dengan IQM mengenai pengeluaran alat ganti model-model lama.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, ini kali pertama Perodua membuat pelaburan dalam mesin tera tekan untuk vendor.

“Kami komited membangunkan semua 135 pembekal Perodua di Malaysia, bukan saja melalui perniagaan tetapi menerusi perkongsian kemahiran dan teknologi.

“Dengan kandungan tempatan melebihi 90 peratus untuk seluruh barisan produk, Perodua ialah pembeli komponen automotif terbesar Malaysia dengan perbelanjaan RM4.5 bilion setakat tahun ini daripada RM5.4 bilion yang diperuntukkan sepanjang 2019,” katanya.

Sementara itu, Perodua tahun depan akan memperuntukkan sekitar RM6 bilion untuk membeli alat ganti dengan penambahan jumlah dan kandungan tempatan. Sejak 1994, Perodua sudah menjual lebih 3.7 juta kenderaan di Malaysia, dan kini lebih kurang satu pertiga daripada keseluruhan permintaan untuk alat ganti jenama itu adalah untuk model-model lama.

VENDOR SEJAK 2002

IQM Sdn Bhd ialah vendor Perodua sejak 2002 yang membekalkan komponen tera logam (metal stamping), pemasangan badan dan tiub brek kepada pengeluar nasional itu. IQM mula menghasilkan alat ganti Viva apabila pengeluaran model itu ditamatkan pada 2014, manakala tahun lalu mula menghasilkan alat ganti Myvi generasi kedua di barisan pengeluaran khas baharu.

BACA >>> Perodua Sedia Kongsi Teknologi, Vendor dan Fasiliti untuk Kereta Nasional Ketiga
BACA >>> Proton Jalin MoU dengan Kumpulan Pertama Vendor Luar Negara dan Tempatan

GALERI
Auto Terkini Datuk Zainal Abidin Ahmad IQM Sdn Bhd Labur Perodua vendor Vendor Perodua
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

SUV EV Coupé Leapmotor B05 Diperkenal di Brussels Autosalon

02/03/2026
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
KTM Komuter
Auto Terkini

KTM Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

02/03/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.