Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Perodua Axia (2023) Lancar Esok (14 Februari), Kalau Baru Tempah Esok, Bila Pula Dapat?
Auto Terkini

Perodua Axia (2023) Lancar Esok (14 Februari), Kalau Baru Tempah Esok, Bila Pula Dapat?

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize13/02/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SUMBER kami mengatakan Perodua Axia (2023) bakal dilancarkan esok, 14 Februari. Sudahkah anda melamar Axia serba baharu ini?

Apapun, tempoh menunggu sering jadi soalan yang ditanya kepada penjual kereta. Berapakah lama tempoh menunggu untuk Perodua Axia (2023) ini nanti?

BACA >>> Tiada Lagi 4-EAT, Perodua Axia (2023) Guna Transmisi D-CVT, Apa yang Bagus?
BACA >>> Tempahan Perodua Axia (2023) Serba Baharu Dibuka, Harga RM38.6k-RM49.5k

Tempoh Menunggu Perodua Axia (2023)

Terdahulu, Perodua mengumumkan 3,591 unit Perodua Axia (2023) sudah ditempah dengan varian SE dan AV mendapat tempahan paling tinggi, serta meletakkan sasaran tempahan 5,700 unit sebulan.

Memandangkan model generasi pertama Axia sudah ditamatkan pengeluaran akhir Januari lalu untuk memberi laluan kepada Perodua Axia (2023), pembeli masih yang belum mendapat Axia lama dinasihatkan bertukar kepada model baharu.

Namun Perodua sebelum ini mendedahkan masih ada sekitar 44,000 unit Axia generasi lama yang masih tertunggak dan belum diserahkan, tetapi angka itu hanya sebahagian jumlah keseluruhan 220,000 unit tempahan tertunggak pelbagai model  tahun lalu yang masih belum dijelaskan Perodua.

Persoalannya, jika tempahan baharu dibuat selepas Perodua Axia (2023) serba baharu dilancarkan, berapakah lama pula tempoh menunggu untuk mendapatkan model berkenaan kerana masih banyak tempahan lama tertunggak?

Menurut memo dalaman Perodua tular, Perodua Alza kekal sebagai model jenama itu yang paling lama tempoh menunggu, iaitu lebih 13 bulan, manakala model popular lain seperti Bezza, Myvi dan Ativa juga mempunyai tempoh menunggu lama hingga mencecah minimum 4-5 bulan.

Hanya Perodua Aruz saja mempunyai tempoh menunggu singkat, iaitu sekitar dua bulan saja, manakala tempoh menunggu Perodua Axia tidak didedahkan kerana bakal digantikan.

Logo Perodua

Menurut memo itu, tempoh menunggu Perodua mampu mencecah 2 bulan (paling singkat) dan lebih setahun (maksimum). Disebabkan Perodua Axia menjadi model popular pertama tahun ini, tempoh menunggunya mungkin boleh mencecah 4-5 bulan, sama model popular Perodua lain seperti Myvi, Bezza dan Ativa.

Bagaimanapun, sukar untuk tempoh menunggu Perodua Axia (2023) serba baharu menandingi Alza yang mendapat sambutan luar biasa berdasarkan harga, dan ciri ditawarkan serta pengecualian cukai diberikan Kerajaan.

Sudahkah anda menempah Perodua Axia (2023) yang dijual pada harga tentatif RM39.6k hingga RM49.5k?

BACA >>> 3,591 Unit Perodua Axia (2023) Serba Baharu Sudah Ditempah Setakat Hari Ini
BACA >>> Ada 220k Tempahan Tunggak, Pembeli Belum Dapat Axia Lama Digalak Tukar Perodua Axia (2023)

14 februari hari kekasih Perodua Alza perodua aruz Perodua Ativa Perodua axia 2023 Perodua Bezza roda2 Tempoh Menunggu
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Super-N Diperkenal, Hanya GBP20k (RM106k)!

    10/04/2026
    Auto Terkini

    Denza Z9GT: Shooting-Brake China Kini Di Eropah, Fungsi Crab-Walk, EV dan Hibrid

    10/04/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Mekanisme MyKad, MyKasih untuk Subsidi Diesel

    10/04/2026
    Kerajaan cadang letak polis di stesen minyak sempadan
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Letak Polis di Stesen Minyak Sempadan

    09/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.