Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»UMW Toyota Lancar Corolla Cross Hybrid (2022) CKD, Harga Mula RM136k!
Auto Terkini

UMW Toyota Lancar Corolla Cross Hybrid (2022) CKD, Harga Mula RM136k!

ShawkathBy Shawkath17/01/2022
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


UMW Toyota Motor (UMWT) bakal melancarkan varian baharu kenderaan utiliti sukan (SUV) Corolla Cross Hybrid pada Jumaat lalu (14 Januari).

SUV hibrid versi pemasangan tempatan (CKD) itu ialah produk tambahan kepada varian petrol Corolla Cross 1.8V dan 1.8G, yang mana UMWT sebelum ini cuma menawarkan versi import (CBU) dari Thailand.

Semua siri Corolla Cross akan menggunakan platform Arkitektur Global Baharu Toyota (TNGA) yang dipasangkan di kilang UMWT di Bukit Raja, Selangor. Berikut spesifikasi Corolla Cross Hybrid:

WARNA, HARGA DAN JAMINAN

  • Lima warna pilihan: Red Mica Metallic (merah), Nebula Blue Metallic (biru), Platinum White Pearl (putih), Silver Metallic (perak) dan Celestite Grey Metallic (kelabu).
  • Harga jualan bermula daripada RM136,550 (tanpa insurans)
  • Waranti kilang lima tahun, waranti lapan tahun tanpa had perbatuan untuk bateri hibrid, inverter dan unit kawalan elektronik (ECU).
  • Pelanggan juga boleh melanjutkan waranti dua tahun lagi (menjadi 10 tahun) iaitu waranti pertama sepertinya dalam industri tempatan.

TRENKUASA

  • Trenkuasa petrol 4-silinder sebaris 16-injap 1.8L kitaran Atkinson DOHC dengan teknologi VVT-i berkuasa 96.6hp @ 5,200rpm dan tork 142Nm @ 3,600rpm serta dipadankan transmisi e-CVT dalam sistem pacuan roda depan (FWD).
  • Motor elektrik menawarkan kuasa 71hp dan tork 163Nm dengan jumlah kuasa keseluruhan 120hp. Kelajuan maksimum ialah 170kmj.
  • Kadar penggunaan bahan api 23.3km per liter.
  • Kuasa motor elektrik diperoleh daripada bateri logam nikel hidrida 6.5Ah yang disimpan bawah kerusi belakang.
  • Pecutan dari titik pegun lebih pantas berbanding varian petrol, iaitu:
    • 0-50kmj – kurang 2.1 saat (berbanding varian petrol)
    • 0-80kmj – kurang 1.7 saat
    • 0-100kmj – kurang 0.9 saat

REKABENTUK

  • Rekabentuk luaran mirip versi petrol, tetapi ada tambahan lencana Hybrid pada fender dan pintu but.
  • Ada aksen biru pada logo Toyota di gril depan, dan kemasan biru dalam lampu utama jenis bi-LED. Lampu belakang juga LED, termasuk lampu kabus.
  • Rel bumbung mampu menampung beban hingga 70kg.
  • Rim aloi 18 inci dibalut tayar Toyo Proxes CR1 saiz 225/50. Jenis tayar ditukar sebagai sebahagian proses lokalisasi dan mengambil kira faktor prestasi. Tayar ini dikatakan lebih berpretasi dan efisien bahan api berbanding Michelin Primacy 4 pada varian petrol CBU.
  • Menggunakan sistem brek cakera pada keempat-empat roda dan ada tayar ganti.
  • Dimensi: 4,460mm panjang x 1,825mm lebar x 1,620mm tinggi. Jarak roda ialah 2,640mm manakala jarak lega bumi pula 161mm. Radius pusingan ialah 5.2m.
  • Frem tingkap berwarna krom manakala gril depan pula dikenakan kemasan Gun Metallic.

KABIN

  • Butang penghidup biru dengan sistem entri tanpa kunci (keyless).
  • Stereng tiga jejari balutan material kulit, boleh laras depan-belakang dan tinggi-rendah.
  • Mempunyai karpet kaki khas dan set butang kawalan baharu untuk mengaktifkan mod elektrik (EV). Mod pemanduan lain ialah Sport, Eco dan Normal.
  • Kluster instrumen lebih besar, 7 inci dengan paparan khas hibrid. Skrin varian petrol cuma 4.2 inci.
  • Skrin unit infotainmen 9 inci jenis sesentuh dan dilengkapkan konektiviti Android Auto dan Apple CarPlay dan enam pembesar suara.
  • Kerusi pemandu boleh laras elektrik 8-tahap. Kerusi menggunakan material kulit.
  • Ruang kabin lebih senyap, 6dB ketika memecut berbanding versi petrol. Jika kekal kelajuan 60kmj, kadar desibel depan dan belakang lebih senyap (masing-masing 4dB dan 7dB).
  • Kapasiti ruang buat 440 liter, sama seperti versi petrol, tetapi  berat kenderaan 1,430kg adalah 25kg lebih berat daripada versi petrol.
  • Kapasiti tangki minyak susut kepada 36 liter berbanding varian petrol, 47 liter.
  • Ada fungsi kawalan iklim dwi-zon (1.8V dan 1.8G hanya satu zon).
  • Cermin pandang belakang elektrokromatik.
  • Cermin sisi boleh dilipat secara automatik, pintu but belakang dilengkapi sensor kaki untuk memudahkan pembukaan.

KESELAMATAN

  • Dilengkapi ciri monitor pandangan panoramik (PVM) dan Sistem Telematik Kenderaan (VTS).
  • Dilengkapkan filem keselamatan dan solar serta disediakan perakam video digital (DVR) di depan. DVR belakang juga boleh ditambah sebagai opsyen.
  • Hadir dengan pakej bantuan keselamatan pemandu Toyota Safety Sense, terdiri daripada Sistem Pra-Perlanggaran (PCS) dengan Brek Kecemasan Automatik (AEB), Amaran Keluar Lorong (LDW) dengan Bantuan Kemudi, Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC) dan Bantuan Jejak Lorong (LTA).
  • Ciri DRCC disediakan mampu berfungsi pada tahap sebarang kelajuan dengan ciri mengekori kenderaan depan pada halaju rendah.
  • Masih menggunakan brek kaki dan bukan brek parkir elektronik (EPB).
  • Tambahan lain ialah 7 beg udara, Kawalan Traksi, Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC), Bantuan Mula Daki (HSA), Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), ISOFIX, enam sensor parkir, Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB), pemantau titik buta (BSM) dan Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA).

BACA >>> Teknologi Toyota Safety Sense (TSS) Terbukti Kurangkan Kadar Kemalangan
BACA >>> Toyota Corolla Cross Hybrid CKD Buka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM137k!
BACA >>> Pintas Rekod Corolla Sedan, Corolla Cross Jadi Model Toyota Paling Laris Brazil
BACA >>> Toyota Corolla Cross Modellista Lancar di Thailand, Hanya 250 Unit, Harga Mula RM143k!

Arkitektur Global Baharu Toyota (TNGA) Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 Toyota Corolla Cross Hybrid (CKD) UMW Toyota Motor
Shawkath

Artikel Berkaitan

Lebuhraya WCE
Auto Terkini

160,000 Kenderaan Dijangka Penuhi WCE Hujung Minggu Ini

21/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

21/02/2026
KTM Komuter
Auto Terkini

KTMB Beri Diskaun 30 Peratus Tambang ETS Balik Kampung Sambut Ramadan

22/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

20/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.