• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Perginya Otai Cub Prix, Norizman Ismail dalam Kenangan!

Perginya Otai Cub Prix, Norizman Ismail dalam Kenangan!

May 5, 2017 By Abang GYL 2 Comments

2.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DUNIA sukan permotoran tempatan hari ini dikejutkan dengan pemergian Norizman Ismail, 32, yang meninggal dunia akibat insiden semasa sesi ujian masa CP150 Cub Prix di Bandar Baru Kijal, Kemaman, Terengganu selepas terjatuh di selekoh pertama.

Sebaik saja terjatuh, pelumba berasal dari Sendayan itu terus dibawa pasukan marsyal dan paramedik ke unit trauma untuk menerima rawatan segera sebelum dikejarkan ke hospital. Malangnya, Norizman disahkan meninggal dunia pada jam 4.50 petang.

Norizman memulakan karier dalam kejohanan Cub Prix sejak 2004 dan pernah menaiki podium sebagai juara kelas perdana sebanyak dua kali pada 2005 dan 2011.

PERLUMBAAN BATAL

Pihak Cub Prix kemudian memutuskan membatalkan siri perlumbaan hari ini sebagai tanda penghormatan kepada Norizman selepas berbincang dengan pasukan dan pelumba. Persatuan Automobil Malaysia (AAM) dan seluruh komuniti Cub Prix turut memanjangkan ucapan takziah dan dukacita kepada keluarga, rakan-rakan dan pasukan Norizman.

Semoga Norizman ditempatkan kalangan orang beriman. 😢

Norizman Ismail Cub Prix_PanduLaju (2)
Norizman Ismail Cub Prix_PanduLaju (1)

Artikel Berkaitan

2.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: CUB PRIX, Norizman Ismail, Norizman Ismail maut kemalangan Cub Prix

Comments

  1. Roszita says

    May 7, 2017 at 11:24 AM

    Alfatihah..Takziah…mudah2 rohmu di tempat kalangan syuhadah…Amin

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: 5 Tanda Absorber Kereta Anda Perlu Tukar Baharu
    #TahukahAnda: 5 Tanda Absorber Kereta Anda Perlu Tukar Baharu
  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
  • 7 Motosikal Terbaik untuk Penunggang Urban Harian di Malaysia
    7 Motosikal Terbaik untuk Penunggang Urban Harian di Malaysia
  • Perbandingan: Yamaha Y16ZR (2021) vs SYM VF3i Pro (2020), Model Mana Paling Berkuasa Sebenarnya?
    Perbandingan: Yamaha Y16ZR (2021) vs SYM VF3i Pro (2020), Model Mana Paling Berkuasa Sebenarnya?

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my