Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Percutian Lebih Menarik, Selamat dan Selesa dengan Isuzu D-Max X-Terrain
Roda4

Percutian Lebih Menarik, Selamat dan Selesa dengan Isuzu D-Max X-Terrain

ShawkathBy Shawkath23/07/2024
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TAHUKAH anda, memandu trak pikap ke destinasi baharu untuk bercuti hujung minggu akan jadi jauh lebih menarik berbanding kenderaan utiliti sukan (SUV) atau kenderaan pelbagai guna (MPV)?

Kenapa? Bagi penulis, memori percutian sebenar bukan hanya tercipta ketika berada di destinasi, tetapi juga sepanjang perjalanan ke lokasi dituju.

Bukan bermaksud SUV atau MPV 5-kerusi itu membosankan tetapi trak pikap moden membolehkan anda merasai pengalaman pemanduan baharu yang lebih praktikal untuk meneroka pelbagai permukaan jalan dengan ruang simpanan barang lebih luas tanpa mengganggu keselesaan dalam kabin.

Dengan Isuzu D-Max X-Terrain pula, pemandu pasti rasa lebih tenang bersama orang tersayang kerana dapat menikmati perjalanan dalam keadaan selesa dan selamat.

KESELAMATAN TERBAIK SETIAP DETIK

Antara faktor menjadikan Isuzu D-Max X-Terrain sebagai trak pikap pilihan terbaik ialah sistem dan teknologi keselamatan ditawarkan, iaitu ALLSIGHT.

Teknologi ALLSIGHT hadir bersama sistem kamera stereo generasi keempat baharu yang memiliki sudut imbasan dan penglihatan 120º yang lebih luas untuk mengesan dan mengenal pasti objek di depan.

Malah jarak imbasan depan bertambah kepada 150 meter berbanding 120 meter sebelum ini. Penambahbaikan itu membantu meningkatkan keselamatan pejalan kaki, terutama kanak-kanak sebagai kumpulan pengguna paling ramai maut setiap tahun.

Pakej keselamatan komprehensif Isuzu D-Max X-Terrain terdiri daripada tiga bahagian penting, iaitu Platform Pemanduan Dinamik Isuzu, Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) dan ciri keselamatan aktif-pasif.

1. PLATFORM PEMANDUAN DINAMIK ISUZU

  • D-Max generasi ketiga ini dibina berasaskan platform serba baharu.
  • Platform itu menampilkan beberapa perubahan dibuat membabitkan struktur rekabentuk lebih kuat, ringan, dan rigid.

2. SISTEM ADAS

Isuzu D-Max X-Terrain dilengkapi sistem ADAS yang berfungsi memantau dan bertindak memastikan pemandu, termasuk penumpang mendapat perlindungan tertinggi.

Penggunaan sensor, radar dan kamera secara aktif berfungsi mengimbas sebarang potensi ancaman atau risiko perlanggaran sepanjang pemanduan. Sistem ADAS trak pikap ini terdiri daripada 12 ciri iaitu:

Amaran Rempuhan Depan (FCW)
  • Memberi amaran kepada pemandu jika sistem kenderaan mengesan potensi perlanggaran di depan trak pikap.
Brek Kecemasan Autonomi (AEB)
  • Kenderaan akan membrek automatik jika mengesan ada potensi perlanggaran.
Bantuan Belok (TA)
  • Sistem memantau trafik arah bertentangan ketika kenderaan mahu membelok dan akan membrek automatik untuk mengelak perlanggaran.
Mitigasi Salah Guna Pedal AT
  • Sistem mengesan sama ada terotel pendikit ditekan secara tidak sengaja dan akan menyekat kuasa enjin serta memberi amaran kepada pemandu jika ada kenderaan di depan.
Kawalan Jelajah Adaptif dengan Fungi Henti-Mula (ACC)
  • Kelajuan jelajah akan dilaras mengikut kenderaan di depan, termasuk fungsi berhenti dan bergerak semula.
Amaran Keluar Lorong (LDW)
  • Kenderaan boleh mengesan dan memberi amaran kepada pemandu jika kenderaan tersasar keluar dari laluan asal.
Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB)
  • D-Max mampu memalapkan pancaran lampu sukuh tinggi secara automatik pada malam jika mengesan kehadiran kenderaan lain dari arah bertentangan.
Pemantau Titik Buta (BSM)
  • Sistem akan mengesan kehadiran kenderaan lain yang dekat atau berada dalam zon titik buta, dan memaparkan lampu amaran pada cermin sisi.
Brek Trafik Lintas Belakang (RCTB) – Ciri TERBAHARU Versi 2024!
  • Sistem brek akan menghentikan kenderaan secara automatik jika mengesan objek di belakang ketika sedang mengundur.
Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
  • Sistem akan memberi amaran kepada pemandu apabila mengesan ada objek melintas dalam zon titik buta ketika kenderaan sedang mengundur.
Pengehad Halaju Manual (MSL)
  • Membolehkan pemandu menetapkan had kelajuan maksimum supaya tidak melebihi halaju ditetapkan.
Brek Multi-Rempuh (MCB)
  • Sistem MCB ini membantu mencegah perlanggaran atau mengurangkan impak berterusan jika trak pikap ini terlibat kemalangan.

3. CIRI KESELAMATAN AKTIF, PASIF

Selain sistem ADAS, Isuzu D-Max X-Terrain turut didatangkan dengan ciri keselamatan aktif dan pasif untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan pemandu, penumpang dan kenderaan itu sendiri.

Ada 14 ciri keselamatan standard disediakan:

  • 7-beg udara SRS untuk perlindungan terunggul pemandu dan penumpang.
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) membantu meningkatkan pembrekan lebih selamat.
  • Agihan Brek Elektronik (EBD) membolehkan kawalan daya brek antara roda depan dan belakang mengikut beban kenderaan.
  • Bantuan Brek (BA) iaitu sistem kenderaan membantu mengaktifkan daya brek penuh ketika kecemasan.
  • Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC). Sistem akan membantu pemandu mengekalkan kawalan ketika memandu.
  • Sistem Kawalan Traksi (TCS). Ini membolehkan kawalan lebih cemerlang di jalan raya atau pelbagai permukaan rupa bumi.
  • Kawalan Turun Bukit (HDC) membantu mengaktifkan kawalan brek automatik dan mengekalkan halaju ketika turun bukit atau laluan curam.
  • Lampu susur Follow-Me-Home. Lampu depan akan terus menyala untuk membantu pemandu dan penumpang berjalan selamat selepas enjin dimatikan dan keluar dari kenderaan.
  • Walk Away Door Lock. Sistem akan mengunci pintu sebaik saja pemandu berjalan meninggalkan kenderaan dalam jarak tiga meter. Namun pastikan kunci berada dalam tangan anda
  • Perakam video digital (DVR) depan dan belakang membantu merakam situasi di depan dan belakang kenderaan ketika memandu.
  • Bantuan Daki Bukit (HSA) memastikan kenderaan tidak menggelongsor ke belakang kerika mendaki permukaan curam.
  • Signal Henti Kecemasan (ESS) akan menyalakan lampu kecemasan untuk memaklumkan kepada pengguna lain bahawa anda sedang membrek dan berhenti mengejut.
  • Sensor parkir depan dan belakang membantu mengesan objek secara pantas ketika sedang memarkir kenderaan.
  • Kamera undur pula membantu pemandu melihat arah belakang untuk memastikan kenderaan dapat diundur dengan lebih selamat.

KESELESAAN SEPANJANG PERJALANAN

Selain berwajah baharu, Isuzu D-Max X-Terrain mendapat beberapa pembaharuan ruang kabin untuk keselesaan selain membolehkan penumpang merasai elemen kemewahan sepanjang perjalanan.

Perubahan pertama ialah balutan kulit hitam pada tempat duduk dengan kombinasi busa keselesaan elastik antigetar.

Pandangan ke panel pintu pula menyerlahkan elemen rekabentuk MIURA terbaharu dengan pencahayaan ambien multiwarna. Apabila pintu dibuka, LED pada plat calar (scuff plate) akan bercahaya (diposisikan di bawah).

Lebih menarik, trak pikap terbaharu Isuzu dilengkapi ciri lampu aluan (Welcome Light) terbaharu untuk model edisi 2024. Sebaik saja pintu dibuka, bahagian bawah pintu akan memancarkan pencahayaan tertera teks X-Terrain dalam lima jalur cahaya putih atas permukaan jalan.

Kluster instrumen ditukar kepada jenis paparan multi-info (MID) 7 inci berwarna e-LUMAX, manakala stereng kulit jenis multifungsi dan boleh dilaras atas-bawah dan dalam-luar.

Selain stereng, pemandu juga boleh melaraskan kerusi dengan sokongan lumbar hingga 8-tetapan semudah menekan butang pada sisi kerusi.

Konsol papan pemuka pula terhidang unit infotainmen skrin sentuh 10 inci yang dilengkapi konektiviti wayarles Apple CarPlay dan Android Auto. Sistem penyaman udara jenis kawalan dual-zon Automatik untuk penumpang depan.

Penumpang belakang juga lebih selesa kerana tersedia ventilator penyaman udara dan tambahan port pengecas Type- C.

MOD PEMANDUAN ‘ROUGH TERRAIN’ TERBAHARU

Isuzu D-Max X-Terrain

Aspek dan keupayaan pemanduan kini ditambah baik dengan mod terbaharu, Rough Terrain yang boleh diaktifkan untuk semua varian 4×4 Double Cab.

Mod ini boleh diaktifkan sama ada dengan penggunaan 2H, 4H atau 4L yang membolehkan kekuatan dan kecekapan cengkaman ditambah baik ketika agihan kuasa kenderaan berlaku secara lebih lancar dan berterusan.

Ciri terbaharu itu membolehkan pemandu Isuzu D-Max mengendalikan trak pikap ini dengan lebih yakin ketika berada di permukaan bumi mencabar dalam pemanduan off-road. Ini ciri bonus yang bermanfaat tinggi kepada mereka yang kurang berpengalaman memandu di kawasan off-road atau permukaan jalan tidak berturap.

HARGA DAN WARANTI

Isuzu Malaysia menawarkan lima varian Isuzu D-Max 2024 ke pasaran tempatan dalam dua konfigurasi badan.

Varian Single Cab hanya didatangkan dengan kotak gear manual dalam pilihan dua enjin, 1.9L dan 3.0L, manakala varian Standard ada pilihan transmisi manual dan automatik dalam satu pilihan enjin, 1.9L.

Selain itu, tiga varian lain iaitu Auto Plus, Premium dan X-Terrain menerima kotak gear automatik. Berikut senarai harga, pilihan enjin dan transmisi untuk semua varian Isuzu D-Max 2024:

Single Cab
  • 1.9L 4×4 MT: RM98,949.20
  • 3.0L 4×4 MT: RM105,888.40
Standard
  • 1.9L 4×4 MT: RM109,599.20
  • 1.9L 4×4 AT: RM116,999.20
Auto Plus
  • 1.9L 4×2 AT: RM109,499.20
Premium
  • 1.9L 4×4 AT: RM134,649.20
  • V-Cross 3.0L 4×4 AT: RM141,138.40
X-Terrain
  • V-Cross 3.0L 4×4 AT: RM157,938.40

Senarai harga di atas adalah harga Isuzu D-Max 2024 atas jalan tanpa insurans untuk pendaftaran persendirian. Waranti diberikan adalah tujuh tahun tanpa had perbatuan!

TIGA CARA KETAHUI LEBIH LANJUT TENTANG ISUZU D-MAX 2024

Ada tiga cara mengetahui lebih lanjut tentang kelebihan dan manfaat memiliki trak pikap Isuzu D-MAX 2024 iaitu:

  • Lawat laman web rasmi Isuzu Malaysia.
  • Bagi pengguna yang berminat mengetahui lebih lanjut tentang trak pikap Isuzu D-Max, anda dipelawa untuk membuat pendaftaran di sini.
  • Layari portal khas Virtual Reality Isuzu Malaysia untuk mencuba pandu uji maya untuk mengetahui lebih mendalam tentang ciri keselamatan trak pikap ini. Selain itu, anda juga boleh melakukan ujian di jalan raya.
Auto Terkini Isuzu D-Max (2024) Isuzu Malaysia Roda4 Trak pikap
Shawkath

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Honda CR-V Generasi Ke-6 Kini di Jepun, Lambat Tetapi Lebih Canggih

27/02/2026
Chery taja kejuaraan Piala Lee Chong Wei (LCWC) 2026
Auto Terkini

Chery Taja Kejuaraan Piala Lee Chong Wei 2026, Pentas Cungkil Bakat Muda Badminton

26/02/2026
Auto Terkini

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Petros, Tuntutan RM7.95 Juta Petronas Sah

26/02/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Volvo EX30 Dapat Nafas Baharu, Enjin Elektrik 150 PS, Jarak Maksimum 476 km

26/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
PLUS mula projek rintis ANPR
Auto Terkini

200,000 Pengguna Muat Turun Aplikasi JustGO Malaysia untuk Sistem ANPR

By Syafie20/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.