Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
Roda4

Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?

ShawkathBy Shawkath04/03/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


BERITA tentang kehadiran kenderaan utiliti sukan (SUV) Perodua sebenarnya sudah kedengaran sejak beberapa tahun lalu, tetapi mula menjadi sebutan ramai sejak Proton mengambil langkah pertama melancarkan SUV pertama jenama itu, X70 sebelum disusuli X50.

Ativa (2021) sebenarnya  tergolong dalam SUV segmen-A, manakala SUV Proton paling kecil, X50 pula segmen-B. Walaupun kedua-duanya berbeza segmen, tetapi ramai pengguna Malaysia cenderung mahu membandingkan kedua-dua model tersebut secara langsung.

Jadi, bagi memenuhi permintaan ramai, artikel ini kami cuba bandingkan varian tertinggi dua model jenama nasional itu, Proton X50 Flagship dan Perodua Ativa AV.

REKABENTUK

Perodua Ativa AV memaparkan rekabentuk berkotak dengan gril bersaiz besar yang membuatkannya kelihatan lebih maskulin. (Proton X50 Flagship pula memiliki wajah lebih lembut beralun tetapi moden dan mempunyai saiz gril yang jauh lebih kecil tetapi memiliki bonet seperti terapung di atas gril).

Bahagian bawah bampar Ativa AV memaparkan rekaan seperti kuku harimau dengan kemasan krom. (Proton X50 pula mengenakan tona hitam dan berbentuk bawah bampar yang lebih kemas walaupun mendatar).

 

Lampu siang (DRL) Ativa ditempatkan pada bahagian atas perumah lampu yang nampak seperti gaya sedan jenama Jepun. (X50 Flagship pula dipasang lampu DRL yang memisahkan lampu utama kepada dua bahagian).

Perodua Ativa kelihatan lebih kemas pada bahagian sisi dengan meneruskan konsep berkotak dan mengenakan warna badan sama pada tiang belakang. Tiang tengah (B) diwarnakan hitam sebagai padanan dengan bumbungnya. Rim sport Ativa memaparkan jejari lima batang menegak.

(Proton X50 pula memiliki gaya solekan warna hampir sama kecuali tiang belakang dan bahagian sisi bawah yang disalut tona hitam sebagai warna kontras. Rim X50 pula memiliki bentuk lima bentuk segitiga yang lebih menarik).

Kabin Ativa AV didominasi dengan warna gelap dan ada kemasan krom pada beberapa bahagian papan pemuka, ruangan konsol tengah dan stereng. Tempat duduk SUV Perodua ini didatangkan dengan dua tona. Tombol gear Ativa lebih konvensional.

(Proton X50 pula memaparkan konsep moden dengan papan pemuka tona merah hitam sebagai padanan dengan tempat duduknya. Konsol tengah dan tombol gear SUV ini lebih kemas dan menarik).

BACA >>> Perodua Ativa (2021) Lancar dengan ASA 3.0, Harga Mula Serendah RM61,500!

VARIAN DAN HARGA

Ativa ditawarkan dalam tiga varian pada harga berikut:

  • X – RM61,500
  • H – RM66,100-RM66,600
  • AV – RM71,200-RM72,000

X50 ada empat varian dengan harga di bawah:

  • 1.5T Standard – RM79,200
  • 1.5T Executive – RM84,800
  • 1.5T Premium – RM93,200
  • 1.5L TGDi Flagship – RM103,300

Proton X50 Flagship sudah tentu kelihatan lebih mewah atau premium dengan perbezaan harga sekitar RM30,000 berbanding Perodua Ativa AV. Harus ditekankan bahawa Ativa AV ini lebih cenderung kepada sasaran pengguna tersendiri dan bukannya fokus kepada kelas eksekutif semata-mata.

TRENKUASA

  • Perodua Ativa menggunakan enjin 3-silinder 1.0T (97hp, 140Nm @ 2,400-4,000rpm) untuk semua varian dengan transmisi D-CVT yang mempunyai fungsi gear pisah @ split gear (pertama dalam kenderaan Toyota) untuk keseronokan pemanduan dan kecekapan bahan api.
  • Proton X50 didatangkan dalam dua pilihan enjin yang dipadankan transmisi dual klac (DCT) 7-kelajuan dengan Mod Manual
    • 3-silinder 1.5T (148hp, 226Nm) – Standard, Executive dan Premium
    • 3-silinder 1.5 TGDi (175hp, 255Nm @ 1,500-4,000rpm) – Flagship

PENGGUNAAN MINYAK

  • Perodua Ativa: 18.9km per liter
  • Proton X50: 15.4-15.6km per liter

DIMENSI

  • Perodua Ativa: Panjang 4,065mm x Lebar 1,710mm x Tinggi 1,635mm. Jarak roda 2,525mm, dan berat kasar 1,035kg. Luas but boleh dipertingkat daripada 303 liter kepada 369 liter.
  • Proton X50: Panjang 4,330mm x Lebar 1,800mm x Tinggi 1,609mm. Jarak roda 2,600mm dan berat 1,370kg.

(X50 lebih panjang 265mm, dan lebih lebar 90mm daripada Ativa, tetapi lebih rendah 26mm berbanding SUV Perodua itu. Jarak roda X50 juga lebih panjang 75mm daripada Ativa yang memberikan ekstra ruang kabin. Ativa pula lebih ringan 335kg daripada X50).

KESELAMATAN

  • Perodua Ativa menawarkan ciri keselamatan standard seperti enam beg udara SRS, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC), Kawalan Traksi (TC), Signal Henti Kecemasan (ESS), Bantuan Mula Daki (HSA) dan pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX sebagai ciri standand dan Perakam Video Integrasi Digital (DVR).
  • Ativa AV juga dilengkapi Bantuan Pemandu Pintar Perodua (PSDA), terdiri tiga bahagian iaitu:
    • Bantuan Keselamatan Termaju (A.S.A): Amaran Pra-Perlanggaran (PCW), Brek Pra-Perlanggaran (PCB), Kawalan Salah Operasi Pedal serta Amaran Pergerakan Depan.
    • Bantuan Pemanduan: Sistem Amaran Lencong (LDW), Sistem Elak Tukar Lorong (LDP), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Kawalan Kekal Lorong (LKC) dan Pemantau Titik Buta (BSM).
    • Bantuan Parkir: Sensor Belok Depan, Sensor Belok Belakang, Kamera Undur dan Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
  • Proton X50 Flagship menawarkan enam beg udara SRS, ABS, EBD, BA, Brek Pegun Automatik (ABH), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Kawalan Traksi (TC), Bantuan Pegun Bukit (HHA), Kawalan Turun Bukit (HDC), Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Amaran Pelanggaran Depan (FCW), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Bantuan Kekal Lorong (LKA), Sistem Amaran Lencong (LDW), Sistem Maklumat Titik Buta (BLIS), Bantuan Parkir Automatik (APB), sensor parkir depan dan Belakang dan Kamera 360º.

WARNA

Ativa didatangkan dalam lima warna, berbeza mengikut varian tertentu:

  • Dwi-Tona (badan merah atau putih, bumbung hitam) – Varian AV
  • Merah (Pearl Merah Delima) – Varian H dan AV
  • Putih (Pearl Diamond White) – Varian H dan AV
  • Biru (Cobalt Blue) – Varian X dan H
  • Kelabu (Granite Grey)
  • Perak (Glittering Silver)

X50 pula ditawarkan enam warna untuk semua varian:

  • Putih (Snow White)
  • Perak (Armour Silver)
  • Kelabu (Jet Grey)
  • Biru (Ocean Blue)
  • Jingga (Citric Orange)
  • Merah (Passion Red)
perbandingan Perodua Ativa (2021) Proton X50 SUV Ativa SUV Perodua Ativa
Shawkath

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
Auto Terkini

BMW, UM Meterai MoU untuk Pembangunan Aplikasi Bateri EV Terpakai

16/01/2026
TGR Vios Challenge 2025
Auto Terkini

Musim 8 Toyota GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge Tutup Tirai dengan Tiga Juara Baharu

16/01/2026
New Kia Carnival 2026
Roda4

Kia Carnival 2026 Baharu Rasmi Lancar di Malaysia, CKD dari Kulim, Harga Mula RM188,888

16/01/2026
View 4 Comments

4 Comments

  1. Mohd azrin bin aziz on 04/03/2021 23:14

    Beza?
    Nampak buruk sikit dari x50.

    Reply
  2. Khairul on 26/03/2021 07:46

    Masa bila pulak si Atit tu ada DRL ketinggalan zaman kan design dan reka bentuk dia🤣🤣

    Reply
  3. Izan Kasim on 07/05/2021 17:25

    Lebih baik x50 sebab ada system auto pilot utk parking.

    Reply
  4. Khai on 24/07/2022 11:03

    X50 lebih nampak elegant

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.