Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#Perbandingan: Chery Tiggo Cross 1.5 Turbo vs 1.5 Hybrid CSH, Mana Satu Nak Pilih?
Autotainment

#Perbandingan: Chery Tiggo Cross 1.5 Turbo vs 1.5 Hybrid CSH, Mana Satu Nak Pilih?

SyafieBy Syafie11/07/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Perbandingan Chery Tiggo Cross 1.5 Turbo vs 1.5 Hybrid CSH
CHERY Malaysia melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-B baharu, Chery Tiggo Cross yang tampil dalam pilihan dua enjin berbeza, 1.5 Turbo dan 1.5 Hybrid CSH (Chery Super Hybrid) pada harga bermula RM88,800.

Pasti ramai tertanya; “Nak pilih mana satu?“

Jom kita tengok perbandingan lengkap antara dua varian tersebut daricsegi rekabentuk, enjin, aspek keselamatan, hingga ciri dalaman.

Enjin dan Prestasi

Chery Tiggo Cross 1.5 Hybrid CSH
1.5 Hybrid CSH
Chery Tiggo Cross 1.5 Turbo
1.5 Turbo

Jika anda peminat pemanduan bertenaga, Tiggo Cross 1.5 Turbo menggunakan enjin 1.5L Turbo dengan output kuasa 147ps dan tork 210Nm yang dipadankan transmisi dual-klac (DCT) 6-kelajuan.

Pecutan 0-100kmj sekitar 9.9 saat dengan penggunaan bahan api 6.3 liter per 100km.

Varian 1.5 Hybrid CSH pula lebih canggih dan jimat dengan enjin aspirasi natural (NA) 1.5L Kitaran Atkinson yang  dipadankan sistem hibrid dual motor elektrik. Output kuasa gabungan 204ps dan tork 310Nm dengan transmisi khas untuk hibrid DHT150.

Pecutan sepantas 9.6 saat dan lebih jimat sekitar 5.4 liter per 100km.

Ciri Luaran, Siapa Lebih Bergaya?

Chery Tiggo Cross 2025 lancar di Malaysia
Chery Tiggo Cross 2025 lancar di Malaysia

Dari luar, kedua-dua varian nampak sporty, tetapi ada perbezaan minimal.

Varian 1.5 Turbo dipasangkan rim aloi 18 inci, dan ada warna eksklusif Blood Stone Red (merah), manakala brek belakang menggunakan kaliper brek merah untuk gaya lebih agresif.

Varian Hybrid CSH lebih elegan dengan rim aloi 17 inci dan lencana ‘Hybrid‘ terpapar pada pintu but. Warna eksklusif varian ini ialah Moonlight Silver (perak).

Dalaman dan Keselesaan

Chery Tiggo Cross 1.5 Turbo
1.5 Turbo
Chery Tiggo Cross 1.5 Hybrid CSH
1.5 Hybrid CSH

Menjengah ruang kabin, kedua-dua varian tampil premium dengan Unit infotainmen skrin kembar 10.25 inci, yang disepadukan bersama kluster instrumen dan mendapat sokongan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto wayarless, termasuk konsol dilengkapi pengecas wayarless 15kW, berserta penyaman udara dwi-zon.

Namun, 1.5 Hybrid CSH ada kelebihan tambahan seperti sokongan lumbar pada kerusi pemandu dan tambahan satu beg udara, menjadikan jumlah keseluruhan 7 beg udara, berbanding 6 beg udara pada 1.5L Turbo.

Melihat perincian panel tengah, varian 1.5 Hybrid CSH tiada butang brek parkir elektronik (EPB) dan butang brek pegun automatik (AHB) seperti varian 1.5 Turbo.

Stereng juga berbeza daripada 1.5 Turbo yang tertera logo Chery, sebaliknya 1.5 Hybrid CSH menggunakan teks ‘CHERY‘.

Ciri Keselamatan Varian Hibrid Lebih Lengkap

Kedua-dua varian menerima ciri keselamatan seperti:

  • Brek Kecemasan Automatik (AEB)
  • Amaran Perlanggaran Depan (FCW)
  • Pemantau Titik Buta (BSM)
  • Kamera 540º
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)

Bagaimanapun, varian 1.5 Hybrid CSH mendapat tambahan ciri keselamatan seperti:

  • Amaran Buka Pintu (DOW)
  • Amaran Perlanggaran Belakang (RCW)
  • Bantuan Tukar Lorong (LDA)
  • Brek Trafik Lintas Belakang (RCTB)
  • ACC + Had Laju Pintar (ACC + ISA)

Waranti dan Servis Percuma

Semua pembeli Chery Tiggo Cross 2025 mendapat:

  • Waranti 7 tahun/150,000km
  • Servis PERCUMA 5 tahun
  • Varian Hybrid CSH diberikan tambahan waranti 8 tahun/160,000km untuk bateri, motor dan unit kawalan hibrid

Mana Satu Nak Pilih?

  • Jika anda mahu pemanduan berkuasa turbo, gaya sporty dan harga lebih murah? Pilihlah varian 1.5 Turbo (RM88,800)
  • Jika anda mahu ciri keselamatan lengkap, lebih berkuasa, dan jimat bahan api? Pilihlah 1.5 Hybrid CSH (RM99,800)

Kedua-dua varian menawarkan pakej sangat berbaloi dan mampu menyaingi model lain dalam kelas SUV segmen-A premium atau -B.

Chery Tiggo Cross 1.5 Turbo
Chery Tiggo Cross 1.5 Turbo
Chery Tiggo Cross 1.5 Turbo
Chery Tiggo Cross 1.5 Turbo
Chery Tiggo Cross 1.5 Turbo
Chery Tiggo Cross 1.5 Turbo
Chery Tiggo Cross 1.5 Turbo
Chery Tiggo Cross 1.5 Turbo
Chery Tiggo Cross 1.5 Turbo
Chery Tiggo Cross 1.5 Turbo
Chery Tiggo Cross 1.5 Turbo
Chery Tiggo Cross 1.5 Turbo
Chery Tiggo Cross 1.5 Turbo
1.5 Turbo
Chery Tiggo Cross 1.5 Turbo
Chery Tiggo Cross 1.5 Turbo
1.5 Turbo
Chery Tiggo Cross 1.5 Turbo
Chery Tiggo Cross 1.5 Turbo
Chery Tiggo Cross 1.5 Turbo
1.5 Turbo
Chery Tiggo Cross 1.5 Turbo
Chery Tiggo Cross 1.5 Turbo
Chery Tiggo Cross 1.5 Turbo
Chery Tiggo Cross 1.5 Turbo
Chery Tiggo Cross 1.5 Turbo
Chery Tiggo Cross 1.5 Turbo
Chery Tiggo Cross 1.5 Turbo
Chery Tiggo Cross 1.5 Turbo
Chery Tiggo Cross 1.5 Turbo
Chery Tiggo Cross 1.5 Turbo
Chery Tiggo Cross 1.5 Hybrid CSH
Chery Tiggo Cross 1.5 Hybrid CSH
Chery Tiggo Cross 1.5 Hybrid CSH
Chery Tiggo Cross 1.5 Hybrid CSH
Chery Tiggo Cross 1.5 Hybrid CSH
Chery Tiggo Cross 1.5 Hybrid CSH
Chery Tiggo Cross 1.5 Hybrid CSH
Chery Tiggo Cross 1.5 Hybrid CSH
Chery Tiggo Cross 1.5 Hybrid CSH
Chery Tiggo Cross 1.5 Hybrid CSH
Chery Tiggo Cross 1.5 Hybrid CSH
Chery Tiggo Cross 1.5 Hybrid CSH
Chery Tiggo Cross 1.5 Hybrid CSH
Chery Tiggo Cross 1.5 Hybrid CSH
Chery Tiggo Cross 1.5 Hybrid CSH
1.5 Hybrid CSH
Chery Tiggo Cross 1.5 Hybrid CSH
1.5 Hybrid CSH
Chery Tiggo Cross 1.5 Hybrid CSH
Chery Tiggo Cross 1.5 Hybrid CSH
Chery Tiggo Cross 1.5 Hybrid CSH
Chery Tiggo Cross 1.5 Hybrid CSH
Chery Tiggo Cross 1.5 Hybrid CSH
Chery Tiggo Cross 1.5 Hybrid CSH
Chery Tiggo Cross 1.5 Hybrid CSH
Chery Tiggo Cross 1.5 Hybrid CSH
Chery Tiggo Cross 1.5 Hybrid CSH
Chery Tiggo Cross 1.5 Hybrid CSH
Chery Tiggo Cross 1.5 Hybrid CSH
Chery Tiggo Cross 1.5 Hybrid CSH
Auto Terkini Chery Malaysia Chery Super Hybrid (CSH) Chery Tiggo Cross perbandingan Tiggo Cross 1.5 Hybrid CSH Tiggo Cross 1.5 Turbo
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Roda4

Protected: Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

11/03/2026
Auto Terkini

Mercedes-Benz VLE Elektrik, Jarak Lebih 700 km, Kerusi Boleh Keluar

11/03/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Jualan Proton e.MAS 5 Menurun Tapi Kekal Dalam 10 Model Paling Laris di Malaysia

11/03/2026
Auto Terkini

Jualan Perodua Hampir Cecah 50k Unit Dalam Tempoh Dua Bulan 2026

11/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.