• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Peranti Komunikasi untuk Penunggang, Cardo PackTalk Edge Kini di Malaysia! Harga RM1,649

Peranti Komunikasi untuk Penunggang, Cardo PackTalk Edge Kini di Malaysia! Harga RM1,649

July 18, 2022 By Wahid Leave a Comment

98
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


CARDO Malaysia
mengumumkan ketibaan peranti Bluetooth untuk helmet motosikal, Cardo PackTalk Edge untuk pasaran tempatan. Ini berita baik buat mereka yang gemar mendengar muzik atau menggunakan telefon ketika menunggang.

Penggunaan peranti Bluetooth pada helmet sudah menjadi jadi trend yang agak biasa masa kini berbanding lima tahun lalu kerana semakin banyak motosikal dilengkapi aplikasi infotainmen yang boleh dihubungkan dengan telefon pintar.

BACA >>> Kenapakah Mesti 'Delete' Data dalam Unit Infotainmen sebelum Jual Kereta?

Justeru, dunia dua roda menyaksikan peningkatan mendadak teknologi wayarles, dan Cardo adalah salah satu jenama pengeluar teknologi terkenal dan disegani dalam kalangan penunggang motosikal.

Ada banyak barisan peranti Cardo, dan PackTalk Bold ialah model dalam kategori perdana. Terbaharu, Cardo memperkenalkan model PackTalk Edge, juga sebagai model perdana.

Cardo PackTalk Edge-8
Cardo PackTalk Edge-9

Berikut ciri Cardo PackTalk Edge:

  • Boleh melakukan strim muzik, radio FM, telefon menerusi pautan Bluetooth.
  • Perisian dan pembesar suara jenama JBL yang dinaik taraf.
  • Penapisan bunyi bising dipertingkat. Cardo menggunakan mikrofon untuk 'membaca' tahap bunyi bising dengan menghasilkan frekuensi audio lebih jelas. Melalui pengalaman penulis, ciri ini membuatkan suara penunggang jadi sangat jelas ketika bercakap hingga pendengar tidak percaya anda sedang menunggang!
  • Ada fungsi nterkom melalui pautan Bluetooth sesama penunggang, pembonceng atau penunggang lain menerusi pautan Dynamic Mesh Communication (DMC) generasi kedua dengan pengguna peranti yang ada fungsi DMC.
  • Cipset dan protokol Bluetooth 5.2 terbaharu (PackTalk Bold menggunakan Bluetooth 4.1) yang membenarkan pindahan data lebih pantas selain mengurangkan penggunaan tenaga. Ia juga membolehkan sambungan padanan (pairing) dibuat lebih cepat.
  • Transmisi data menerusi Bluetooth 5.2 juga lebih stabil, dan lebih jauh.
  • Kualiti audio untuk fungsi panggilan telefon juga sangat jelas.
  • Perisian boleh dikemas kini secara wayarles menerusi fungsi 'Over the Air Update'.
  • Port pengecas ditukar daripada mikro USB kepada USB Type-C untuk  pengecasan dan pemindahan data lebih pantas.
  • PackTalk Edge boleh memberikan masa penggunaan selama dua jam jika dicas 20 minit. Ini amat berguna, terutama jika menunngang jauh.
  • Pengecasan penuh 0-100 peratus mengambil masa 2 jam dengan masa penggunaan hingga 13 jam, dan kuasa siap sedia (standby) hingga 10 hari.
  • Pengecaman suara semula jadi (Natural Voice Recognition) yang membolehkan penunggang menyebut fungsi yang dimahukan dengan menggunakan arahan suara dan pertuturan biasa.
  • Maksudnya, penunggang tidak perlu merakam arahan terlebih dulu. Misalnya, penunggang hanya perlu sebut, "Hey Cardo, music on" dengan cara dan suara tersendiri.
  • Selain itu, penunggang juga  boleh menyanyi sekuat hati dalam helmet tanpa menjejaskan fungsi peranti.
Ciri Luaran

  • Kasing (casing) lebih nipis dan aerodinamik.
  • Punat pelbagai fungsi lebih besar.
  • Pelekap air mount baharu magnet yang sangat kuat dan tahan kelajuan tinggi.
  • Tiada lagi antena luaran seperti PackTalk Bold.
  • Casing kalis air dan habuk.
Cardo PackTalk Edge VS Peranti Bluetooth Lain
  • Peranti PackTalk bukan bergantung kepada pautan Bluetooth sahaja, kerana ciri itu ada beberapa batasan, terutama ketika berkonvoi.
  • Misalnya, sambungan Bluetooth akan terputus jika seorang atau beberapa penunggang terpisah dari kumpulan. Selepas itu, sambungan mungkin tidak dapat disambung kembali kecuali dengan membuat pautan (pairing) semula.
  • Cardo mengatasi masalah tersebut dengan memperkenalkan protokol sambungan DMC.' Rangkaian DMC tidak terputus walaupun ada beberapa pengguna terputus hubungan dengan kumpulan. Malah penunggang yang terpisah hubungan komunikasi akan disambung secara automatik apabila menyertai semula konvoi.
  • DMC juga membolehkan sambungan seramai 15 pengguna pada satu-satu masa berbanding Bluetooth.
  • Justeru fungsi Bluetooth adalah menyambungkan peranti kepada telefon pintar dan panel meter motosikal, termasuk pembonceng. Sebaliknya, DMC digunakan untuk sambungan berkumpulan.
Berapakah Harga Cardo PackTalk Edge?

  • Dijual pada harga RM1,649. Jika mahukan peranti Bluetooth dengan ciri yang memuaskan, inilah produk itu!
  • Cardo Malaysia juga menawarkan  model Cardo lain seperti:
    • PackTalk Bold - RM1,429
    • Freecom 4X - RM1,179
    • Spirit - RM369
  • PackTalk Bold memiliki ciri Bluetooth 4.1, DMC generasi pertama, dan pembesar suara JBL generasi pertama. Freecom  4X pula ada pembesar suara JBL dan Bluetooth, tetapi tiada DMC, manakala Spirit ialah model standard dengan ciri Bluetooth sahaja.

Layari laman Facebook Cardo Malaysia untuk mendapatkan lebih banyak maklumat.

BACA >>> Cardo Perkenal Peranti Komunikasi Wayarles Motosikal Baharu, Harga Mula RM470
BACA >>> Yamaha India Perkenal Aplikasi Bluetooth untuk Model Siri FZ

Cardo PackTalk Edge-8
Cardo PackTalk Edge-9
Cardo PackTalk Edge-10
Cardo PackTalk Edge-7
Cardo PackTalk Edge-6

Related

98
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Roda2 Tagged With: aksesori, Cardo Malaysia, Cardo PackTalk Edge, Peranti Bluetooth, Peranti Komunikasi Bluetooth

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
    #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev