Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Peragut Panik Kena Jerit Sampai Jatuh Longkang
Auto Terkini

Peragut Panik Kena Jerit Sampai Jatuh Longkang

Azizi HBy Azizi H30/10/2020
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PANIK punya pasal, seorang peragut terhumban ke dalam longkang ketika cuba melarikan diri selepas meragut seorang remaja perempuan dalam insiden yang berlaku di depan sekolah rendah di Jalan Sekolah, Seri Kembangan, Selangor kira-kira jam 5 petang, semalam.

Sebaik saja diragut, mangsa ragut berusia 17 tahun itu dilaporkan menjerit meminta pertolongan hingga menyebabkan suspek panik dan terjatuh dari motosikal ditunggangnya.

BACA >>> Tip Melawan Penjenayah Jalanan, Sila Genggam Kunci Kereta Anda Sekarang!

Orang ramai yang terdengar jeritan mangsa kemudian menangkap suspek yang tidak dapat ke mana-mana kerana mengalami kecederaan dan hanya terbaring kesakitan di tepi longkang.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, polis menerima laporan insiden jam 5.30 petang, dan sepasukan anggota dihantar untuk menahan suspek.

Pemeriksaan menemui beberapa telefon bimbit yang dipercayai dicuri dan beberapa paket disyaki berisi dadah. Semakan maklumat peribadi pula mendapati suspek ada empat rekod jenayah lampau.

Suspek kini dihantar ke sebuah hospital berhampiran kerana mengalami kecederaan di kepala dan dipercayai patah kaki. Siasatan lanjut dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang.

BACA >>> ‘Black Panther’ Selamatkan Mangsa Ragut Dapat Hadiah Jam

SUMBER: BeritaHarian | FB Info Roadblock JPJ/Polis

Auto Terkini jenayah Peragut Panik Jatuh Motosikal
Azizi H

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

UPSI, Proton Teroka Kerjasama Strategik Perkasa Ekosistem BEV Nasional

25/02/2026
Auto Terkini

Chery Serah Tiggo Cross HEV kepada Pemenang Cabutan Bertuah!

25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

25/02/2026
Pesawat pejuang F-16 milik Tentera Udara Turkiye
Auto Terkini

F-16 Turkiye Terhempas Penerbangan Malam, Juruterbang Maut

25/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
PLUS mula projek rintis ANPR
Auto Terkini

200,000 Pengguna Muat Turun Aplikasi JustGO Malaysia untuk Sistem ANPR

By Syafie20/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.