• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Penunggang Terpelanting Langgar Kereta Nak Masuk Shell, Netizen Gaduh Cari Siapa Salah

Penunggang Terpelanting Langgar Kereta Nak Masuk Shell, Netizen Gaduh Cari Siapa Salah

November 22, 2021 By Farah Leave a Comment

6.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SATU video kamera pemuka (dashcam) tular di media sosial  apabila pemiliknya terlanggar seorang penunggang motosikal hingga tercampak atas jalan.

Insiden dipercayai berlaku selepas Plaza Tol Jalan Duta, tidak jauh dari stesen minyak Shell. Berdasarkan rakaman video, pemandu kereta dilihat hendak masuk ke stesen minyak yang terletak di kiri jalan.

BACA >>> Cilok Tak Pandang Jalan, Pakcik Kriss Terlungkup Kena Langgar Persona
BACA >>> Scrambler Gaya Retro, Keeway SCR250V (2022) Lancar di Indonesia, Harga RM16.8k!

Namun tidak sampai beberapa meter dari stesen minyak, sebuah motosikal berkuasa besar jenis BMW R1250GS datang bahagian kiri kereta berkenaan hingga menyebabkan penunggangnya terpelanting dan tercampak di tengah jalan.

Susulan video tular itu, ramai netizen saling berdebat dan meluahkan pendapat masing-masing mengenai siapa patut dipersalahkan.

Ada mendakwa penunggang motosikal terlalu laju hingga gagal menyedari pemandu yang hendak masuk ke stesen minyak. Lagipun kelajuan kereta hanya dalam 19-30kmj.

Bagaimanapun, tidak kurang juga netizen yang menyalahkan pemandu tersebut kerana dia sepatutnya membayar tol di bahagian paling kiri jika mahu ke stesen minyak tersebut.

Ramai juga mengakui laluan selepas plaza tol untuk masuk ke stesen minyak itu sebagai kawasan kerap berlaku kemalangan.

big-bike-langgar-kereta-tol-duta-1
big-bike-langgar-kereta-tol-duta-2

Ada juga netizen memuat naik video penunggang motosikal mencerita detik dia kemalangan yang menurutnya pemandu tersebut bergerak melintang di depannya dan dia tidak sempat mengelak.

Seorang netizen sempat berkongsi tip mengenai insiden yang berlaku yang meminta penunggang berhati-hati di plaza tol tersebut.

Kami doakan semoga rider tersebut cepat sembuh. Kepada semua pengguna jalan raya, berhati-hatilah ketika memandu.

BACA >>> Bomba Jumpa Tangki Gas Kimpal, Oksigen, Punca Alza Terbakar Tiba-Tiba Disiasat
BACA >>> Polis Cari Marsyal Konvoi 'Eskyen' Jadi Polis di Port Dickson

Artikel Berkaitan

6.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: kemalangan, Penunggang Motosikal, Rider, simpang jalan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
    Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
  • APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
    APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
  • Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
    Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
  • Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi
    Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my