Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Penunggang Motosikal ‘Naik Sheikh’ Maki JPJ Sebab Disaman
Auto Terkini

Penunggang Motosikal ‘Naik Sheikh’ Maki JPJ Sebab Disaman

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam08/08/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Lelaki maki JPJ sebab disaman

SEORANG penunggang motosikal mengamuk dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas disaman dalam satu operasi bersepadu di Plaza Tol Kemuning, Lebuhraya Shah Alam (Kesas), malam tadi.

Insiden berlaku ketika JPJ Selangor menjalankan pemeriksaan ke atas 580 kenderaan.

Gelar JPJ Pencuri, Cabar Tindakan

Lelaki maki JPJ sebab disaman

Walaupun cuba ditenangkan, suspek terus memaki hamun anggota penguat kuasa dengan menggelar sebagai ‘pencuri’ serta mencabar jika ada berani menahannya. Situasi tegang itu akhirnya reda apabila individu terbabit beredar dari kawasan operasi.

Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, 148 saman dikeluarkan daripada 580 kenderaan yang diperiksa dengan kesalahan paling tinggi tiada lesen memandu (76 kompaun). Kesalahan lain direkodkan:

  • Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh: 51 saman
  • Tiada insurans kenderaan: 49 saman
  • Tiada Lesen Kenderaan Barangan (GDL): 8 saman
  • Nombor pendaftaran diubah suai: 8 saman
  • Tiada nombor pendaftaran depan/belakang: 7 saman
  • Tiada cermin pembalik: 5 saman
  • Kesalahan teknikal lain: 10 saman

JPJ turut menyita lapan motosikal dan empat kereta, selain mengeluarkan 13 notis arah periksa, dan lapan notis larangan penggunaan kenderaan (PG3).

Kebanyakan yang kami tahan mengaku lupa perbaharui lesen kerana sibuk. Paling lama, kita kesan motosikal yang LKM-nya tamat tempoh lebih dua tahun.”

– Azrin Borhan, Pengarah JPJ Selangor

3 Lelaki Ditahan AADK Positif Dadah

Dalam operasi sama, Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia (AADK) Petaling turut membuat saringan air kencing terhadap beberapa individu. Hasilnya, tiga lelaki tempatan berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun didapati positif metamfetamin dan ditahan untuk siasatan lanjut.

JPJ mengingatkan orang ramai supaya sentiasa memastikan lesen dan dokumen kenderaan dikemas kini, dan menjaga etika ketika berdepan penguat kuasa bagi mengelakkan tindakan undang-undang.

SUMBER: HarianMetro

Auto Terkini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) JPJ Selangor operasi jpj
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    CAAM jadi badan berkanun bebas
    Auto Terkini

    MOT: Kenderaan De-Controlled, Pikap Bawa Barang Kini Ada Garis Panduan Baharu

    16/03/2026
    Auto Terkini

    24,135 Kes Langgar Had Laju Direkod Kamera AwAS di Kelantan

    16/03/2026
    Auto Terkini

    iCAUR Malaysia Rai Pencapaian Baharu, 1,800 Kenderaan Kini Di Jalan Raya

    16/03/2026
    Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
    Auto Terkini

    Lebih 15j Kenderaan Gagal Perbaharui Cukai Jalan Lebih Lima Tahun, Majoriti Motosikal

    16/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.