Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Penunggang Balun Warga Emas Tengah Jalan di Padang Jawa Dicekup Polis
Auto Terkini

Penunggang Balun Warga Emas Tengah Jalan di Padang Jawa Dicekup Polis

FarahBy Farah23/05/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEMALAM, tular aksi seorang penunggang motosikal membelasah seorang lelaki warga emas hingga terbaring atas jalan berdekatan jejantas Padang Jawa, Klang, Selangor.

Berdasarkan maklumat dikongsi, punca kejadian disebabkan motosikal ditunggang lelaki itu dilanggar Honda City dipandu warga emas tersebut.

Insiden bertukar panas apabila muncul video susulan yang menunjukkan penduduk kampung berkumpul memukul penunggang motosikal tersebut kerana berang tindakan suspek yang dianggap biadap membelasah orang tua. Susulan itu, polis menahan suspek yang berusia 23 tahun untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, polis menerima laporan daripada mangsa, berusia 61 tahun, kira-kira jam 2 petang, semalam.

Menurutnya, insiden berlaku apabila mangsa bersama isteri dan cucunya dalam perjalanan ke Putrajaya pada jam 12 tengah hari, semalam. Ketika membelok ke kanan menghala ke Alam Avenue, suspek yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR dipercayai menjerit dan memarahi mangsa.

Mangsa kemudian berhenti untuk memeriksa sekiranya ada perlanggaran, namun suspek terus menendang dada kirinya.

“Suspek kemudian duduk atas badan mangsa dan menumbuk muka dan kepala bertubi-tubi hingga menyebabkan bengkak bawah mata serta kepala selain sakit di rusuk,”  katanya.

Susulan itu, penunggang motosikal tersebut direman dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan. Polis turut meminta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kes itu menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nur Syuhada Aziz di talian 018-9124770.

BACA>>> Polis Buru ‘Brader Sado’ Lagak Samseng Sepak Mat Motor
BACA>>> #Tular: Empat Samseng Civic Serang Myvi Kena Cekup, Sah Positif Dadah

Auto Terkini Honda City Penunggang Belasah Warga Emas Rider rider kena langgar warga emas dibelasah Yamaha Y15ZR
Farah

Artikel Berkaitan

Bikin Auto

#BikinAuto: M Performance Track Kit untuk BMW M2 dan Ekzos M Performance untuk BMW M2 CS

02/03/2026
Lee Chong Wei kini pemilik Zeekr 7X
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
KTM Komuter
Auto Terkini

KTM Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

02/03/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.