• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pengadang Plastik Laluan Tikus Kena Bakar, Polis Ganti Pengadang Batu

Pengadang Plastik Laluan Tikus Kena Bakar, Polis Ganti Pengadang Batu

May 10, 2021 By Arif Leave a Comment

116
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TINDAKAN pihak polis menutup ‘laluan tikus’ membangkitkan kemarahan penduduk Kampung Gong Lapang di Besut, Terengganu yang bertindak membakar pengadang dan kawat duri dibina pihak berkuasa di situ.

Kejadian berlaku sekitar jam 9.30 pagi Ahad lalu yang mana laluan ditutup adalah sempadan antara Terengganu dan Kelantan. Susulan insiden berkenaan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya meletakkan pengadang batu yang lebih tahan lasak.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, masyarakat perlu faham keperluan memutuskan penularan wabak Covid-19 melalui pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh negara.

Tindakan segelintir pihak tidak bertanggungjawab merosakkan pengadang dan kawat duri di sempadan dua negeri itu adalah bukti masih ada yang bersikap acuh tidak acuh dengan penguatkuasaan pihak berkuasa.

Menurut Roslee, tindakan itu adalah satu bentuk pemberontakan kerana ‘laluan tikus’ yang biasa digunakan mereka sudah ditutup sepenuhnya.

Pihak polis kini sedang memburu individu bertanggungjawab melakukan perbuatan khianat tersebut dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api. Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian boleh menghubungi bilik gerakan IPD Besut di talian 09-6959999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

BACA >>> TERKINI! Seluruh Negara Tak Boleh Rentas Negeri, Daerah Mula Isnin Ini!
BACA >>> Polis: Tiada Lagi Rentas Negeri Hujung Minggu Kecuali 3 Sebab, Sampai Lepas Raya!

SUMBER: Astro Awani | InfoRoadblockJPJ/Polis

116
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Besut, ipd, JKR, Kelantan, mco, PDRM, PKP, PKPB, PKPP, Rentas Daerah, rmco, Terengganu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Harley Davidson Nightster (2022) Masuk Malaysia, Harga Mula RM93.9k!
    Harley Davidson Nightster (2022) Masuk Malaysia, Harga Mula RM93.9k!
  • Ducati V21L Sebagai Jentera Lumba Kejuaraan MotoE 2023 Lancar!
    Ducati V21L Sebagai Jentera Lumba Kejuaraan MotoE 2023 Lancar!
  • Penjawat Awam Boleh Perbaharui Insurans Kenderaan Secara Ansurans Tanpa Faedah
    Penjawat Awam Boleh Perbaharui Insurans Kenderaan Secara Ansurans Tanpa Faedah
  • JPJ Tahan Pemegang Kad UNCHR Pandu Kereta
    JPJ Tahan Pemegang Kad UNCHR Pandu Kereta

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my