Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Pengeluar Vietnam Hasilkan Helmet Bajet dan Selamat untuk Penunggang Motosikal
Aksesori

Pengeluar Vietnam Hasilkan Helmet Bajet dan Selamat untuk Penunggang Motosikal

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju23/05/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DALAM usaha membantu mengurangkan kecederaan kepala, pengeluar helmet Vietnam, Protec menghasilkan produk helmet kos rendah dan selama, khas untuk 45 juta penunggang motosikal negara itu, termasuk mendidik generasi akan datang tentang kepentingan memakai helmet.

Namun Protec bukan sekadar melindungi penunggang Vietnam, syarikat itu turut membantu golongan kurang bernasib yang mengalami kecederaan akibat kemalangan jalan raya. Di kilang itu saja ada 100 pekerja barisan pemasangan yang menggunakan kerusi roda, yang mana satu pertiga ialah golongan kurang upaya (OKU) dengan kecacatan sama ada sejak lahir atau disebabkan kemalangan jalan raya.

USAHAMA DENGAN YAYASAN

Pada masa sama Protec turut menjalinkan kerjasama dengan Yayasan Pencegahan Kecederaan Asia (AIP) yang dilancarkan usahawan Amerika Syarikat, Greig Craft, juga pengasas perniagaan sosial pada 1999.

Caranya, Yayasan AIP membeli helmet funky daripada Protec pada kos bahan, dan kemudian mendermakan produk itu kepada kanak-kanak sekolah sambil mengadakan sesi pembelajaran interaktif. Di pasaran, helmet Protec untuk kanak-kanak dijual pada harga serendah 228,000 đồng (RM40) hingga 398,000 đồng (RM70).

Sejak 2000, lebih 450,000 helmet sudah diserahkan kepada penunggang dan pembonceng. Walaupun Vietnam terkenal dengan reputasi menghasilkan barang tiruan murah, termasuk helmet, tetapi produk kebajikan itu disahkan memenuhi standard keselamatan dan direka mengikut iklim negara tersebut.

BACA >>> HJC Perkenal Helmet CL-17 Hulk dan Punisher II, Harga AS$199.99 (RM788.26)

Protec turut membiayai kempen kesedaran awam AIP di TV, radio dan saluran multimedia lain.

Sejak 2007, semua penunggang dan pembonceng motosikal wajib memakai helmet di jalan raya Vietnam. Pada tahun berikut, dengan bantuan Yayasan AIP menerusi kempen, ‘Wear a helmet, there are no excuses’ (Pakai helmet, tiada alasan), kematian jalan raya mencatatkan penurunan 12 peratus, manakala kecederaan otak, 24 peratus.

SUMBER: VisorDown

aksesori helmet Protec Vietnam Yayasan Pencegahan Kecederaan Asia (AIP)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    13/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    13/03/2026
    Roda2

    Model Edisi Khas Vespa 946 Horse Raikan Tahun Kuda

    10/03/2026
    Roda2

    2026 MV Agusta Enduro Veloce Dilancar, Travel Enduro Premium Harga Sekitar RM91k

    09/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.