Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pengecualian Cukai Jualan Kenderaan CKD, CBU Lanjut Hingga 30 Jun 2022
Auto Terkini

Pengecualian Cukai Jualan Kenderaan CKD, CBU Lanjut Hingga 30 Jun 2022

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju29/10/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

INSENTIF pengecualian cukai jualan sebanyak 100 peratus untuk kenderaan penumpang melibatkan model pemasangan tempatan (CKD) akan disambung enam bulan lagi iaitu sehingga 30 Jun 2022.

Selain itu, insentif sama tetapi pada kadar 50 peratus turut diberi kepada pembeli model import (CBU) termasuk kenderaan pelbagai guna (MPV) dan kenderaan utiliti sukan (SUV).

Pengumuman itu dibuat Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz semasa membentangkan Bajet 2022 hari ini.

Langkah itu dilihat boleh membantu memacu semula industri automotif yang terjejas susulan beberapa siri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penutupan bilik pameran kenderaan serta aktiviti pembuatan gara-gara langkah pencegahan pandemik Covid-19.

Insentif itu mula diperkenalkan mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada awal Jun 2020. Beliau pada ketika itu membentangkan pakej Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

Pada masa itu, beliau mengumumkan insentif pengecualian cukai jualan sepenuhnya untuk model CKD dan 50 peratus untuk CBU, bermula 15 Jun hingga 31 Disember 2020.

Insentif itu kemudian disambung untuk tempoh enam bulan sehingga 30 Jun 2021 dan ditambah lagi enam bulan sehingga 31 Disember 2021.

BACA >>> MAA Mahu Kerajaan Lanjutkan Insentif Pengecualian Cukai Jualan Kenderaan
BACA >>> Kerajaan Sambung 6 Bulan Lagi Pengecualian 100 Peratus Cukai Jualan untuk Kenderaan CKD
BACA >>> CEO Proton Edar Minta Kerajaan Lanjutkan Pengecualian Cukai Jualan Kereta
BACA >>> PENJANA: Kerajaan Mansuhkan 100 Peratus Cukai Jualan untuk Kenderaan CKD

Bajet 2022 Cukai Kenderaan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) Pengecualian Cukai Jualan Kenderaan Tan Sri Muhyiddin Yassin Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Batal 3 EV, Bos Besar Potong Imbuhan!

    14/03/2026
    Auto Terkini

    Porsche Esports Sprint Challenge Malaysia 2026 Dibuka, Final Di Sepang Ogos Ini

    13/03/2026
    Auto Terkini

    Ferrari Amalfi Spider Versi Bumbung Boleh Buka Tampil Anggun!

    13/03/2026
    Auto Terkini

    PLUS Jangka 2.3j Kenderaan Sehari, 34 Smart Lane Diaktifkan Sempena Aidilfitri

    13/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.