Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Penganggur Cium Penguat Kuasa DBKL Akhirnya Kena Penjara 7 Bulan
Auto Terkini

Penganggur Cium Penguat Kuasa DBKL Akhirnya Kena Penjara 7 Bulan

Han OthmanBy Han Othman23/03/20171 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEORANG penganggur dihukum penjara tujuh bulan selepas didapati bersalah mencium seorang penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika mangsa sedang menjalankan tugas. Tertuduh, Cesar Jamanulla, 36, dari Kota Kinabalu, Sabah mengaku bersalah kerana menggunakan kekerasan jenayah dengan maksud mahu mencabul kehormatan.

Tertuduh mengaku bersalah di hadapan majistret, Mahyuddin Md Som sebelum dijatuhkan hukuman penjara bermula tarikh beliau ditahan pada 20 Februari lalu.

Cesar didapati melakukan kesalahan tersebut di hadapan Hotel Ansa, Bukit Bintang, Jalan Gading di Kuala Lumpur pada jam 7.20 malam, 20 Februari tahun ini. Pertuduhan dibacakan adalah di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, atau denda, atau sebatan, atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika disabitkan kesalahan.

Cesar yang tidak diwakili peguam turut merayu diringankan hukuman kerana perlu menyara keluarga. Berdasarkan fakta kes, penguat kuasa wanita yang berusia 27 tahun itu sedang menjalankan rondaan saman parkir bersama rakan setugasnya ketika didatangi tertuduh yang bertindak menghalang dia mengeluarkan saman.

BERTUKAR MENJADI SYAITAN

Ketika sedang mengeluarkan saman untuk kereta terakhir, Cesar sekali lagi datang sambil ‘memuji’ kecantikan mangsa, tetapi tidak dilayan. Mangsa meminta diberikan laluan untuk membolehkannya mengambil gambar kereta yang disaman.

BACA >>> Pecut Ford Mustang Lebih 300kmj, Budak 19 Tahun Bakal Dipenjara Setahun

Namun, tidak semena-mena, tertuduh pantas bertukar menjadi ‘syaitan’ dengan memegang muka dan mencium bibir mangsa. Mangsa cuba menolak tertuduh, tetapi terus diterpa hingga memaksa dia menjerit memanggil rakan setugasnya yang kemudian datang memberkas dan mengheret tertuduh ke balai polis.

JADIKAN PENGAJARAN

Kami harap pengguna jalan raya mengambil pengajaran daripada kes ini supaya tidak mengikut perangai syaitan seperti tertuduh. Ingat rukun negara kita, keluhuran perlembagaan dan kesopanan dan kesusilaan. Saman diberikan kerana anda buat salah. Kalau buat salah, terimalah saman. Saman parkir DBKL baru RM50 sahaja. Kalau jumpa pegawai kompaun, boleh dapat diskaun RM30. Saman tetap saman, tetapi kenapa nak buat jenayah? Sekarang tidak pasal-pasal sudah masuk penjara.

Siapa yang malu? Tentulah mereka dan keluarga mereka.

SUMBER: Sinar Harian

Auto Terkini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kena penjara cuba cabul penguat kuasa DBKL penganggur cium penguat kuasa DBKL penganggur dipenjara 7 bulan Seksyen 354 Kanun Keseksaan
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Honda Insight Kembali, Jadi EV dan Bukan Hibrid, Gaya Crossover!

06/03/2026
JAECOO J5 lancar di Malaysia
Roda4

JAECOO J5 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM102,000!

05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

05/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.