• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pecut Ford Mustang Lebih 300kmj, Budak 19 Tahun Bakal Dipenjara Setahun

Pecut Ford Mustang Lebih 300kmj, Budak 19 Tahun Bakal Dipenjara Setahun

December 28, 2016 By AO 1 Comment

FacebookTwitter

hector-fraire-bg
SEORANG lelaki di Oklahama, Amerika Syarikat bakal menghadapi hukuman penjara selepas diberkas polis kerana memandu laju mencecah 335kmj pada waktu malam di atas jalan raya awam.

Insiden berlaku pada November lalu di Kilpatrick Turnpike dalam Oklahoma City apabila Hector Fraire, 19, dikesan polis memandu kereta Ford Mustang 2011 miliknya yang sudah diubah suai pada kelajuan 137kmj dalam zon 113kmj. Suspek kemudian terus memecut apabila mengetahui ada peronda polis cuba mengejarnya.

Peronda Jalan Raya Oklahama berkata, kelajuan tertinggi dicatatkan Fraire ialah 283kmj dan 335kmj , dan pada situasi tertentu suspek didapati mematikan lampu depan dan brek kereta sebelum dapat dicekup polis di satu persimpangan lampu isyarat.

TAKUT PUNCA LARIKAN DIRI

ford-mustang-2011
Model Ford Mustang yang dipandu Hector Fraire. *Bukan kereta sebenar.

 
Pihak berkuasa berkata, ketika ditahan Fraire benar-benar meminta maaf dan mendakwa dia melarikan diri kerana takut. Fraire turut memberitahu dia adalah salah seorang ahli kelab kereta lumba. Apa yang mengejutkan ialah usia suspek yang masih lagi muda, baru berusia 19 tahun.

Fraire kini berdepan dakwaan mahkamah kerana memandu secara berbahaya dan cuba melarikan diri daripada pihak berkuasa. Jika didapati bersalah, dia bakal dikenakan hukuman penjara 90 hari dan denda AS$500 (RM2,240) atas kesalahan memandu berbahaya. Bagi kesalahan lari daripada polis pula, Fraire kemungkinan boleh dihukum setahun penjara dan denda AS$2,000 (RM8,960).

SUMBER: Foxnews

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, berita terkini, denda memandu laju, Ford, Ford Mustang 2011, Hector Fraire, memandu laju, padah memandu laju

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Harley Davidson Nightster (2022) Masuk Malaysia, Harga Mula RM93.9k!
    Harley Davidson Nightster (2022) Masuk Malaysia, Harga Mula RM93.9k!
  • Ducati V21L Sebagai Jentera Lumba Kejuaraan MotoE 2023 Lancar!
    Ducati V21L Sebagai Jentera Lumba Kejuaraan MotoE 2023 Lancar!
  • Penjawat Awam Boleh Perbaharui Insurans Kenderaan Secara Ansurans Tanpa Faedah
    Penjawat Awam Boleh Perbaharui Insurans Kenderaan Secara Ansurans Tanpa Faedah
  • JPJ Tahan Pemegang Kad UNCHR Pandu Kereta
    JPJ Tahan Pemegang Kad UNCHR Pandu Kereta

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my