Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pencuri Kereta Dicekup Selepas Dikunci dalam BMW yang Dicuri
Auto Terkini

Pencuri Kereta Dicekup Selepas Dikunci dalam BMW yang Dicuri

Han OthmanBy Han Othman12/12/2016
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


SEORANG pencuri kereta di Seattle mungkin menganggap dia sudah cukup bertuah apabila kebetulan terjumpa sebuah BMW yang tertinggal kunci di dalamnya. Malangnya, kereta mewah itu secara automatik mengunci pencuri tersebut di dalam sehingga diberkas polis.

Menurut laman web Jabatan Polis Seattle (SPD), SPD Blotter, pemilik BMW itu baru saja berkahwin pada hari sebelum kejadian dan meminjamkan kereta itu kepada seorang rakannya. Namun, pada jam 5 pagi, Rabu lalu, kawannya itu tertinggal kunci kereta di dalam yang kebetulan dibawa lari oleh suspek.

Tanpa menunggu masa lama, si pemilik kereta mewah itu terus menghubungi unit kecemasan 911 yang kemudian meminta kerjasama pihak BMW.

Menurut SPD Blotter:

Pasukan 911 menghubungi pihak BMW yang dapat menjejak kenderaan itu hingga ke Blok 2100 di NE 63rd Street. Apabila mereka (pasukan 911) tiba di blok itu sekitar jam 5:45 pagi, mereka dapati BMW itu diparkir di satu lorong, enjin dihidupkan dengan seorang lelaki sedang tidur di kerusi pemandu.

Suspek dikejutkan menerusi pengumuman pembesar suara dalam kereta itu yang berbunyi:

Saya tidak dikunci di sini dengan kamu, kamu yang dikunci di sini dengan saya”

Suspek lelaki berusia 38 tahun itu langsung terkejut dan terjaga serta cuba melarikan diri, tetapi tidak sempat. Suspek ditahan polis yang mendapati dia turut memiliki sejumlah kecil metamfetamin.

SUMBER: Popular Mechanics

Auto Terkini BMW curi kereta Jabatan Polis Seattle pencuri kereta SPD
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Beberapa RnR Lebuhraya PLUS Ditutup Sementara Januari Ini

19/01/2026
Auto Terkini

Dakar Rally 2026 Milik Red Bull KTM Factory Racing

19/01/2026
Auto Terkini

Honda CRF1100L Africa Twin 2026 Tampil Grafik Lebih Segar dan Pilihan Warna Baharu

19/01/2026
Van Rapid KL On-Demand
Auto Terkini

Rapid On-Demand Cecah Lebih 19,000 Penumpang Harian pada Disember 2025

19/01/2026
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam19/01/2026
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/2026
Auto Terkini

Kawasaki Brusky 125 ‘Kembar’ Modenas Karisma 125 Terjual 17,000 Unit di Filipina

By Syafie15/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.