• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Peminat Kongsi Lakaran Imej Bayangan SUV Pertama Rolls-Royce, Cullinan

Peminat Kongsi Lakaran Imej Bayangan SUV Pertama Rolls-Royce, Cullinan

August 1, 2017 By Azhan O Leave a Comment

67
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KETIKA Rolls-Royce sedang sibuk merancang membangunkan model pertama kenderaan utiliti sukan (SUV), Cullinan, muncul seorang peminat berkongsi lakaran imej bayangan SUV tersebut yang diilhamkan daripada model Ghost.

Rupa sebenar Cullinan semestinya tersimpan kemas sebagai rahsia, tetapi lakaran grafik daripada MoAoun ini memang cukup mengancam dan bersesuaian dengan imej SUV berstatus mewah.

Bersama suspensi dinaikkan dengan jarak roda tinggi, Ghost versi SUV ini dihiaskan tayar off-road, deretan lampu limpah di atas bumbung, bar besi pada bampar, kemasan plastik pada gerbang roda dan kotak barang atas bumbung. Hasilnya memang menarik bukan?

BACA >>> Mahu Ambil Hati Pak Arab, Rolls-Royce Buka Bilik Pameran Terbesar Dunia di Abu Dhabi

Ramai pemerhati berpendapat model Cullinan bakal laris di pasaran berdasarkan trend global sedia ada yang menjadikan kelompok pembeli jenama mewah sebagai sasaran. Jika terlaksana, model tersebut bakal menjadi SUV paling mewah dalam segmennya yang menawarkan kualiti pengendalian terbaik, ruang kabin luas, ciri teknologi terkini dan prestasi enjin V12  hebat.

Segalanya disatukan dalam rekaan gaya Rolls-Royce yang cukup terkenal dengan kehalusan rekabentuk. Terdahulu, gambar intipan atau spyshot Cullinan dalam versi samaran didedahkan kepada umum. Apa yang kelihatan cuma lampu utama dan gril depan mirip model Phantom.

GALERI

SUMBER: Car Scoops

Artikel Berkaitan

67
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), lakaran grafik, rendering, Roda4, Rolls-Royce, Rolls-Royce Cullinan, Rolls-Royce Ghost, SUV, SUV Rolls-Royce

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my