Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pemilik McLaren Kini Boleh Pandu Sampai Lebam, Tempoh Waranti Dilanjutkan Hingga 12 Tahun!
Auto Terkini

Pemilik McLaren Kini Boleh Pandu Sampai Lebam, Tempoh Waranti Dilanjutkan Hingga 12 Tahun!

Han OthmanBy Han Othman19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

mclaren-waranti-bg
BERITA baik buat pemilik McLaren yang mahukan jaminan ke atas kereta sport mereka kerana syarikat pengeluar supercar tersebut bersetuju menawarkan waranti lanjutan yang akan melindungi kereta mewah anda itu selama 12 tahun bermula tarikh pengeluaran!

Terdahulu, pemilik McLaren hanya diberikan pilihan untuk melanjutkan tempoh waranti kilang daripada tiga tahun dengan perbatuan tanpa had kepada tujuh tahun. Lebih menarik, waranti lanjutan itu tidak dikenakan sebarang kos tambahan dan boleh dibeli dalam tambahan 12 hingga 24 bulan.

mclaren-p1-2014
McLaren P1 (2014)

Bagaimanapun, waranti ditawarkan tidak melindungi model McLaren P1, tetapi cuma barisan Sports Series dan Super Series, termasuk model seperti 570s, MP4-12C, 650S dan model-model seumpamanya.

Bagi anda yang sedang merancang membeli McLaren dengan waranti, ia hanya diperuntukkan kepada pemilik kereta baharu, dan terpakai yang sah di bawah usia 10 tahun dan perbatuan di bawah 160,000km. Waranti tersebut juga hanya melindungi masalah yang bukan berpunca daripada masalah haus dan lusuh (wear and tear), kecuaian atau salah guna. Alat ganti dan naik taraf luar atau aftermarket juga tidak dilindungi.

McLaren bukanlah satu-satunya pengeluar supercar yang menawarkan perlindungan waranti panjang. Menurut Business Insider, Ferrari pada dua tahun lalu pernah menawarkan lanjutan tempoh waranti daripada standard tiga tahun sehingga kepada 12 tahun.

570S
650S
MP4-12C

SUMBER: Autoblog.com

Auto Terkini Kereta Sport McLaren Roda4 Supercar waranti
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

Protected: Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

11/03/2026
Auto Terkini

Mercedes-Benz VLE Elektrik, Jarak Lebih 700 km, Kerusi Boleh Keluar

11/03/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Jualan Proton e.MAS 5 Menurun Tapi Kekal Dalam 10 Model Paling Laris di Malaysia

11/03/2026
Auto Terkini

Jualan Perodua Hampir Cecah 50k Unit Dalam Tempoh Dua Bulan 2026

11/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.