• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pemilik Ford Malaysia Dapat Diskaun Servis Hingga 20 Peratus, Bermula 1 April-31 Mei

Pemilik Ford Malaysia Dapat Diskaun Servis Hingga 20 Peratus, Bermula 1 April-31 Mei

April 1, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

53
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGEDAR tunggal kenderaan Ford di Malaysia, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) mengumumkan promosi servis hingga 20 peratus sempena musim perayaan Aidilfitri akan datang yang berlangsung bermula 1 April hingga 31 Mei depan. 

Promosi itu membolehkan pemilik kenderaan Ford menikmati penjimatan harga seperti berikut:

  • Diskaun hingga 20 peratus untuk alat ganti terpilih seperti pakej brek dan tali sawat pemasaan (timing belt).
  • Diskaun 10 peratus untuk upah buruh 10 peratus bagi pakej terpilih.
  • PERCUMA pemeriksaan 27 poin.
  • Diskaun hingga 20 peratus untuk pakej minyak pelincir.

Selain itu, pelanggan yang berbelanja lebih RM350 dalam satu resit diberikan hadiah bekas minuman eksklusif, manakala setiap pemilik Ford yang melakukan servis pula akan diberikan sampul hijau.

Semua alat ganti yang ditawarkan di 39 pusat servis berdaftar Ford seluruh negara dijamin tulen dan mempunyai tempoh waranti hingga 12 bulan atau 20,000km (yang mana tiba dulu), tidak termasuk alat ganti haus dan lusuh.

KEMUDAHAN JANJI TEMU SERVIS

Lubricant Package - Visual 3
Brake Package - Visual 2
Battery - Visual 1

Pelanggan yang ingin membuat janji temu servis boleh melakukan tempahan secara atas talian melalui laman web Ford pada bila-bila masa. Pelanggan juga boleh membuat janji temu e-Servis secara masa nyata (real-time) di tujuh Pusat Servis berdaftar Ford seluruh negara iaitu Ford Ara Damansara, Ford Petaling Jaya 2, Ford Juru, Ford Butterworth, Ford Kuching, Ford Kota Kinabalu dan Ford Tawau.

Sebarang janji temu boleh dibuat DI SINI, atau hubungi Pusat Servis Ford atau hubungi talian khidmat pelanggan Customer Care Hotline di talian 1300-38-3181.

BACA >>> Ford Ranger Raptor X Edisi Khas yang Pertama Warna Merah Lancar di Malaysia, Harga RM216k
BACA >>> Ford Ranger WildTrak, Raptor Dapat Rebat Tunai Hingga RM6k!

Artikel Berkaitan

53
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Ford, Promosi, Promosi Aidilfitri 2021, SDAC-Ford, servis, Sime Darby Auto Connexion

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
    Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
  • APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
    APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
  • Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
    Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
  • Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi
    Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my